Pages

Thursday, September 19

Melangkah pergi~

                           ❤Assalamualaikum


Perghh tajuk entry Cik Anna kali ni sesuatu sangat. Dah macam tajuk novel pulakkan. Sendu je. Haha. Sebenarnya tengah mood sayu je ni. Almaklumlah tinggal seminggu lebih je lagi nak duduk kat rumah ni. Home sweet home. Dimana umi dan abah tinggal sebagai keluarga yang bahagia. Ohmooo. Dah macam anak dara yang nak kena kahwinkan lepastu pergi kau duduk dengan suami kau. Tapi Cik Anna melangkah pergi bukan sebab nak kahwin ke apa, tapi atas tanggungjawab. Chewah!! Ayat nak meletop je. Rasa macam baru semalam Cik Anna up entry dapat kerja yang pertama lepas tamatkan diploma. Sekali 1/10 ni Cik Anna nak start kerja baru dah. Kuang ajo sungguhkan, cukup-cukup setahun kau blah eh. Takdelah Cik Anna bukan nak kuang ajo, tapi dah rezeki takkan nak tolak. Manalah tawu ni permulaan career Cik Anna untuk lebih sukses. Lagipun dah setahun dok buat kerja home based. memang anti social habisla. Umi abah pun dah bersuara "Pergilah buat kerja jumpa orang pulak". Haha! Sesuatu sangat tau. Mentang-mentang officemate Cik Anna cuma bos yang satu ittew, dan laptop Vaio yng setia menemani semua dok risau Cik Anna ni tak campur orang. Jadi, yelah-yelah nak keluor la ni. Sob sob. 

Setelah difikir-fikir, rupanya Cik Anna tak pernah duduk jauh dari family, walaupun form 1- 3 duduk hostel, tapi masih tak jauh, cuma setengah jam je dari rumah. Lepastu Form 4-5 duduk rumah sebab taknak masuk Teknik. Then, continue belajar dekat PUO, jarak dari rumah 45 minit je. Semua masih dalam negeri ok. Dapat kerja pun dekat Johor Bahru, rumah dekat Yong Peng lebih kurang 1 jam je jaraknya. Masih dalam negeri. Ini tetibe dapat kerja dekat Petaling Jaya, nak balik Yong Peng dalam 3 jam macam tu. Huwaaaa, luar negeri dan paling jauh dengan family. Mesti lepas ni jarang gila balik. Oh tidak. Memang berdikari habis ni. Sob sob. Semoga Cik Anna dapat menjaga diri dengan jayanya. Time to move on!! Prove it that you can do it girl!

Untuk kerja yang sekarang ni, Cik Anna memang dapat pengalaman yang sangat bernilai. Bekerja dengan Bulgarian, dalam business SEO memang best. Dapat bos yang paling best dalam dunia pun best. Semua best. yang tak best kerja ni tak sesuai untuk orang muda. Buktinya, berat badan naik tak beringat. Sebab tak keluar rumah. Sob sob. Lepasni nak kurangkan berat badan. Takmaulah berat-berat. Pakai baju semua tak muat nanti. T_T

Eh, melalut dah. Oklar. tu je entry Cik Anna kali ni. Doakanlah Cik Anna elok-elok je duduk kat PJ tu. Tatottt ittew nak duduk sowang-sowang. Hahak! Doakan lagi ye, Cik Anna enjoy kerja baru, office baru, officemate baru dan bos baru! Ameen. =)


Jumpa lagi. Bye!!

Wednesday, July 31

Nasi Arab Sedap di Batu Pahat & Menghitung Hari

 Bismillahirrahminrrahim 
Assalamualaikum…

Wahh, kemain tajuk menghitung hari. Kalau dalam bulan puasa, menghitung hari bila nak habis puasa la kan. Ye dok? Tapi Cik Anna dok kire berapa hari lagi nak kerja sebelum cuti raya, tolak sabtu ahad, tinggal khamis, jumaat, isnin, selasa, rabu. 5 hari lagi!!! Hoyeahhh! Memang tak sabar. Lain giler rasa cuti bila dah kerja ni. Kalau time study dulu, memanglah seronok cuti weekend, tapi dah kerja ni seronok dia berganda-ganda even cuti sabtu ahad je. Memang seronoklah. Eishh, tak tawu nak cakap seronok dia tu macam mana. Hakhak. Mungkin penat dia lain macam kot. Yelar, Cik Anna kalau kerja mesti menghadap laptop, takde laptop tak kerjalah Cik Anna. Penat weyh menghadap skrin laptop berjam jam. Bukan otak je penat, mata pun penat. Sobs sobs. (Nanges). So, kalau sabtu ahad tu memang tak pandanglah laptop Cik Anna ni. Kuikui.

Ok, penat membebel. Puasa ke idok??? Ok, raya ni insyaAllah 1st raya balik kampung dekat Selangor. Then, petang or malam ke Pahang pulak. Raya ke-2 dengar cerita dah start nak ke Kelantan. Kira 1st timelah raya kat Kelantan. Tu pun sebab majlis belah suami Ayong. Kalau tak takde maknanya nak berjalan jauh-jauh ke Kelantan. huhu. Mintak-mintak abah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk drive. Abang Cik Anna dengan Cik Anna nama je dah ada lesen, tapi masing-masing FAIL bawak Unser abah. Bukan tak boleh bawak langsung tapi mahunye semua dok mengucap sepanjang perjalanan. keh3. Kalau kereta Auto memang Cik Anna yakin nak bawak. Haha. Konpem kena gelak ni, nama pun Auto, tak reti bawak pi masuk sekolah rendah balik. Oklah. Selamat Berpuasa ye uoll. Tinggal berapa hari je lagi. Sekejap je masa berlalukan. Ni Cik Anna masukkan gambar hadiah dari En.Fuad & gambar time pergi makan nasi arab tu. Tak banyak pun gambarnya. Almaklumla, kelaparan dah masing-masing. Ok Take Care!!

Ni hadiah dari #intanpayung. Hoodies. Senang giler nak pakai. Lepas ni kalau tak Syria memang Cik Anna pakai hoodies je, senang, tak rimas dan terletak elok je. TQ Mi Amor!!

Ni air gas orang Arab, Barbican namanya. For sure ramai dah rasakan, Cik Anna yang terhegeh-hegeh baru nak rasa. Pineapple flavor. Memang sedap!! (sampai ada yang buat macam air dia sendiri je ; cc:abangku)

Ni budak kecik punya. Dia kalau nampak ni dalam menu memang dia mintak yang ni lah. Lepastu cakap "Adik nak yang ni". Chicken sandwich roll. Memang sedap. Habis kot budak kecik ni makan. Cayalah!

Ok ni Cik Anna punya. Lambat dapat. Yang lain dah nak habis makan, CikAnna punya baru sampai. Tangkap gambar lelaju lepastu campak fon terus ngap. Lapar punya cerita. Mih3. Memang 1000x sedap! Lamb Kebab. Perghh. Rasa dia memang yummylicious. Amboi, meleleh air liur nak cerita. Sos yang putih tu (tak tawu nama) memang sedap!! Dia datang sekali dengan roti arab tu. So, memang kenyangla cerita dia. Tapi seriously sedap! Nak lagi nak lagi! Sebenarnya Cik Anna tak berapa sangat nasi arab, sebab rasa rempah tu kuat kecual Hanith Lamb/Chicken. Tu sedap. Tapi kalau order memang tak habislah. Banyak kot. So, Cik Anna biasa akan order yang macam kebab, lamb grill. Yang takde nasilah. So far pilihan ni pilihan bijak. Kih3. Harga pun berpatutan. Takdelah sampai RM20 pun 1 dish tu.

Ohh, kami makan kat sini ye. Bukit Pasir.Orang Batu Pahat mesti tahu tempatnya. Hari tu bulan puasa Full House. Very Recommended.

Oklar. Bubbye uoll!!

~Wassalam~



Monday, July 29

Tidak aktif menulis tapi Aktif menjadi seorang pembaca blog yang tegar

 Bismillahirrahminrrahim 
Assalamualaikum…

Hai korang! Kalau ada oranglah. Ramadhan dah nak beransur pergi. Kita tinggal "less than 10 days" je nak memanfaatkan 1 bulan yang penuh barakah ni. Jadi sempat lagi Cik Anna nak ucapkan "Salam Ramadhan". Pada Cik Anna Ramadhan ni adalah bulan hadiah. Macam-macam kita dapat, hadiah Allah nak bagi. Dapat sabar, dapat sihat, dapat tahan segala nafsu, dan yang paling best dapat hadiah pahala berganda-ganda. Siapa tak nak hadiahkan. =)

Alhamdulillah, Cik Anna punya tarikh lahir jatuh dalam bulan Ramadhan ni iaitu semalam. 19 Ramadhan 1434H. Rasanya nilar first time kot Cik Anna punya birthday jatuh bulan Ramadhan. Tapi tak tahulah kalau time kecik-kecik tu ada jugak. Tak ingat. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas dan peluang untuk memperbaiki diri ini. Hadiah?? Cik Anna dapat hadiah dari Intan Payung (Fuad). Baik hati betul beliau. Sungguh-sungguh nak bagi Cik Anna hadiah. Terharu. T_T. Ok family pulak dah belanja makan dekat Restoran Nasi Arab. Memang makan sedap-sedaplah. Bukan belanja Cik Anna sorang je tau, Tapi belanja 3 orang sekaligus. Habib (18/7, Abang cik Anna), Umi (25/7, My gorgeous mom) dan Cik Anna. Semua lahir bulan 7. Seronok, seronok seronok! TQ kat abah dan ayong sebab belanja! :D

Ok, back to the title yang kemain panjang tu. Untuk pengetahuan, Cik Anna ni bukanlah blogger yang aktif nak tulis entry setiap hari, mahupun seminggu sekali atau sebulan sekali. Kadang-kadang diam selama berbulan. Maafkanlah Cik Anna ye. Tapi kalau korang nak tahu, kalau nak lah. kalau tak nak takpe, tak dapat duit raya pun. Muehehe. Ok, Cik Anna ni akan bukak blog ni setiap hari dan baca blog-blog yang Cik Anna follow. Kalau busy dan penat sekalipun, Cik Anna akan hilangkan penat tu dengan baca blog. So, boleh cakap Cik Anna ni follower blog tegarlah, tapi takdelah Cik Anna pergi comment dekat blog ke apa, jadi silent reader je. And i'm happy by doing that.

Ok, tu je nak story. Selamat berpuasa uoll!! Semoga ramdhan tahun ni tak hilang ye! (mood tengok cerita Ramadhan Yang Hilang) Hehe.

Ok, ketemu lagi!

Wassalam.

Monday, June 17

Cerita Konvo Part 3

Bismillahirrahminrrahim
Assalamualaikum…


Ok, the last part of Cerita Konvo. I mean, “The Day!”. Memang bangun awal pagilahkan. Walaupun baju, tudung semua dah siap gosok semua. Sampai-sampai tengok semua orang tengah pakai dan betulkan topi(Sorry, lupa nama scientific dia). Nasiblah Ayong dah pakaikan topi Cik Anna siap-siap dari homestay, so tak perlu nak menyibuk jugak ye. Sebelum masuk dewan tu masing-masing memang excitedlah. Sesi bergambar tak pernah habis. Nak masuk pintu dewan pun sempat bergambar lagi okeh. Mihmihmih. Cik Anna and girlfriends masuk paling last sekali. So, nama kitorang pun yang lastlahkan. Tunggu habis semua barulah turn kitorang. Fuhhhh. Punyalah risau, kalau kat atas tu tersadung ke, topi jatuh ke, apa-apalah yang tak best. Tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Syukur! So, jom layan the picca!!! Takmau cakap banyak, tengok jelar gambar ye, janji hutang entry ni dah habis. Hehe!

Sebelum masuk dewan.








-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam dewan.





                                     


Here we go!! 

                                                      Muka takde senyum. Nebesss I taw!

                                     
 Tak rugi I beli kurung lace. Nampak jugak. Haha!

 Ok dah selesai. Alhamdulillah. =) Happyyyy!

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, Dah selesai sesi Konvokesyen marilah bertemu umi abah dan keluarga yang dicintai. Lepastu boleh photoshoot dengan kawan-kawan. Layan gambar lagi sekali ok. =)

Bergambar dulu sebelum ketibaanku. Hehe. Kesian sebab tunggu panas-panas.

Dengan Umi, Anan dan Sufiyah.

Now dgn Najmi, Abah, Umi, Anan dan Sufi.

Tukar orang ambil gambar. Ayong pulak masuk. Heee~

My hero. Kalau tak kerana Abah, tak dapatlah Anah Segulung Diploma di PUO. Love u! Beliau selalu stalk Cik Anna diam-diam dekat twitter. Biase dia. haha. Terima Kasih yang tak terhingga untuk segala pengorbanan Abah untuk Puteri ke-2 Beliau ni. Sebelum terlambat. "Happy Father's Day Abah!" =D

Buah hati pengarang jantung Umi dan Abah. I just love both of u. Sooo much!! Thank you umi for the doa. Thanks for everything dan thanks sebab melayan kerenah anakmu yang pelik-pelik ni. Nak cari Baju Kurung pun sampai ke Muar bagai.

Umi dan Abah. Sedondonkan. Hehe. Tapi sedih sebab takde gambar berdua dengan umi. Sob sob.


Najmi, Sufiyah dan Abah.

Lagi.

Dan lagi.

Sisters!! Najwa takde so kurang satu tempat.

Olololo. Memang sayanglah! 

Anah yang Paling baik dan Paling garangkan. Hihi!

Ok done bergambar bersama Family tercinta.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, dah isi perut semua, ready untuk sesi bergambar dengan classmate pulak. =) Jom layan All the Picca. Ohh, no caption untuk yang ini. Just layan all the picture ok. TQ!



























-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok, Part yang terakhir lepas sesi bergmabar semua, pergi kedai gambar untk ambil gambar family. Abah dah booked and bayarkan. TQ abah! Tak tanya pun harga berapa. Bertuah betul. Jadi marilah kite tepek gambar yang cantik itu ye. Kenang-kenangan. =)

Habib dan Najwa takde :( . Tapi takpe tangkap yang mana ada. Ada rezeki tangkap gambar 1 family. I LOVE my FAMILY!

And this is me. Now I am Internet Marketing Executive at NGS Marketing Sdn Bhd. Gaji takdelah besar mana. Tapi perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik untuk hambaNya. Bagi yang membaca blog Cik Anna, Cik Anna doakan anda semua berjaya. Dan mohon doa kalian juga untuk Cik Anna.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Last but not least, TQ kepada semua yang menjayakan Majilis Konvokesyen Cik Anna. Especially untuk umi abah dan family. Masing-masing dah bersusah payah dari Johor ke Perak. Terima Kasih sangat-sangat. LOVE! TQ jugak kepada BFF Fazliana Azmi (Fena) dan keluarga sebab bagi tumpang dekat rumah dan layanan yg sangat baik. TQ sangat2!! Next thank you goes to Fuad for the present. Susah payah pergi carik Doodolls and Coklat tu. Memang yummiess! Dan TQ kepada semua kawan-kawan untuk moment-moment yang sangat indah. Hugs and Kisses(utk girls only!!!) 

Wassalam, BYE!