Pages

Friday, February 5

Hello 2016! Walaupun dah February.

Assalamualaikum,

Sebelum bermukadimah, boleh tak nak gelak dulu. Hahahahahahahaha. Adoila. Kalau tengok last update blog ni bulan February tahun 2015. Setahun dah woiiii.

Bertapa terpinggirnya blog ku ini. Maaf ye sayang!

Well takde yang baru pun tahun 2016. Masih berdua. InsyaAllah coming soon bertiga berempat berlima. hahaha. Siapa terbaca doakan la yekkk. 

End of March insyaAllah tamatlah servisku di Cardas. Terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak ilmu, terlalu banyak pahit manis. Manis kebanyakannya. How lucky I am.

Tapi terpaksa juga kugagahkan diri untuk berhenti setelah merasa "Ok rasanya dah cukup ni, no more".

Next step masih samar. Masih berdoa dan sentiasa berdoa untuk Allah mudahkan jalanku. Fulltime housewife? Ofcourse not. Haha. Malaysia punya ekonomi ditahap membimbangkan kot. 

Mula berjinak kembali untuk berniaga. Setelah carik punya carik. Aku tak taula minat aku ni apa. Tapi 1 benda je yang aku seronok nak buat. Berniaga. Especially kalau aku pakai dan cuba benda tu dan aku rasa, perghh produk ni memang bagus.

Korang pernah dengar Dianpixy? Now aku jual produk Dian - Dianz Vitamin C & E dengan Nano Lightener Cream.

Dua-dua pernah pakai. Dan dua-dua best. Aku ada masalah kulit yang mana kalau berpeluh, akan naik ruam, then bila kulit tu kering dia akan nampak macam daki. Huduh benorkan rupanya. Tapi Alhamdulillah, almost 1 bulan pakai Nano Lightener Cream on off sebab selalu je tak ingat nak pakai, now totally hilang dah. Husband pun macam eh, dah takde dah hitam-hitam tu. Terus macam kembang kempis hidung. Hahaha.



So kalau korang ada masalah kulit kering, ketiak hitam, parut ke ruam ke. Bolehlah beli dengan aku produk Dianz ni. Tak mahal pun. Tak sampai 50 hengget pon. Siap dapat Free Gift lagi. Kalau beli 2 barang, dapat Free Postage. Bestkan? 

Marilah cuba. Lelaki pun digalakkan untuk pakai. Buang daki-daki tu barulah hensem. Kekeke.



Apa-apa whatsapp ye. >> +60175830668

Tapi aku nak maklumkan, aku ambik pre-order dulu. Lepas CNY baru pos.

Ok see u later!

Tuesday, February 10

New Life!

Assalamualaikum,

Ngeeeee~~~ Sengih panjang dulu. Asal tulis blog mesti pasal new life. Pastu biar blog bersawang. Good job Raihanah. Ok now nak announce bahawa saya secara rasminya isteri kepada Ahmad Fuad b. Rashid. Syukur Alhamdulillah. Rasa bersyukur tu macam nak nangis hari-hari sebab terharu sebab semuanya berjalan lancar dan percayalah bahawa percaturan Allah tu sangat sempurna dan indah.

I am nobody, duit dalam akaun memang macam chipsmore. Nak kahwin ala-ala fairytale ke memang tak pernah bermimpilah. Nak tak nak kena face the reality. Mana nak cari duit ribu-ribu. Nasib dapat husband yang sangat berjimat cermat aka my Menteri Kewangan. Memang superb beliau buat kerja dan pandai saving. Syukur sebab tak terjebak untuk buat pinjaman. Sebab kitorang dah sebulat suara no matter what usaha selagi terdaya. Tak nak menyesal dikemudian hari. Dan bak kata Ayong, biar susah sekarang, sebab inilah pengalaman paling berharga yang kita akan ingat dikemudian hari. So keep in mind, takpe susah sekarang, sebab lepas ni insyaAllah senang. Dan yang paling penting, Allah itu ada, nak apa-apa mintaklah dekat Dia.

Alhamdulillah semuanya lancar dan dalam bajet. Nanti Mrs.Fuad ni story. Korang yang rasa takda duit, tak cukup duit, tak mampu nak buat best-best masa kahwin, please please buang semua tu. Dahulukan yang wajib, simple but nice pun okay kan. :)

Last but not least hopefully, ni share gambar masa #weddingadana. Details-details bajet nanti akan diberitahu. :) Mana yang terbaca entry ni, doakanlah kami berdua dapat menempuh alam perkahwinan dengan sebaik mungkin. Biarlah jodoh kami hingga ke syurga.

See u soon my dear blog! Muah ciked! >,<






Thursday, September 19

Melangkah pergi~

                           ❤Assalamualaikum


Perghh tajuk entry Cik Anna kali ni sesuatu sangat. Dah macam tajuk novel pulakkan. Sendu je. Haha. Sebenarnya tengah mood sayu je ni. Almaklumlah tinggal seminggu lebih je lagi nak duduk kat rumah ni. Home sweet home. Dimana umi dan abah tinggal sebagai keluarga yang bahagia. Ohmooo. Dah macam anak dara yang nak kena kahwinkan lepastu pergi kau duduk dengan suami kau. Tapi Cik Anna melangkah pergi bukan sebab nak kahwin ke apa, tapi atas tanggungjawab. Chewah!! Ayat nak meletop je. Rasa macam baru semalam Cik Anna up entry dapat kerja yang pertama lepas tamatkan diploma. Sekali 1/10 ni Cik Anna nak start kerja baru dah. Kuang ajo sungguhkan, cukup-cukup setahun kau blah eh. Takdelah Cik Anna bukan nak kuang ajo, tapi dah rezeki takkan nak tolak. Manalah tawu ni permulaan career Cik Anna untuk lebih sukses. Lagipun dah setahun dok buat kerja home based. memang anti social habisla. Umi abah pun dah bersuara "Pergilah buat kerja jumpa orang pulak". Haha! Sesuatu sangat tau. Mentang-mentang officemate Cik Anna cuma bos yang satu ittew, dan laptop Vaio yng setia menemani semua dok risau Cik Anna ni tak campur orang. Jadi, yelah-yelah nak keluor la ni. Sob sob. 

Setelah difikir-fikir, rupanya Cik Anna tak pernah duduk jauh dari family, walaupun form 1- 3 duduk hostel, tapi masih tak jauh, cuma setengah jam je dari rumah. Lepastu Form 4-5 duduk rumah sebab taknak masuk Teknik. Then, continue belajar dekat PUO, jarak dari rumah 45 minit je. Semua masih dalam negeri ok. Dapat kerja pun dekat Johor Bahru, rumah dekat Yong Peng lebih kurang 1 jam je jaraknya. Masih dalam negeri. Ini tetibe dapat kerja dekat Petaling Jaya, nak balik Yong Peng dalam 3 jam macam tu. Huwaaaa, luar negeri dan paling jauh dengan family. Mesti lepas ni jarang gila balik. Oh tidak. Memang berdikari habis ni. Sob sob. Semoga Cik Anna dapat menjaga diri dengan jayanya. Time to move on!! Prove it that you can do it girl!

Untuk kerja yang sekarang ni, Cik Anna memang dapat pengalaman yang sangat bernilai. Bekerja dengan Bulgarian, dalam business SEO memang best. Dapat bos yang paling best dalam dunia pun best. Semua best. yang tak best kerja ni tak sesuai untuk orang muda. Buktinya, berat badan naik tak beringat. Sebab tak keluar rumah. Sob sob. Lepasni nak kurangkan berat badan. Takmaulah berat-berat. Pakai baju semua tak muat nanti. T_T

Eh, melalut dah. Oklar. tu je entry Cik Anna kali ni. Doakanlah Cik Anna elok-elok je duduk kat PJ tu. Tatottt ittew nak duduk sowang-sowang. Hahak! Doakan lagi ye, Cik Anna enjoy kerja baru, office baru, officemate baru dan bos baru! Ameen. =)


Jumpa lagi. Bye!!