Pages

Sunday, July 15

Sun - Day :D

Assalamulaikum dan hai peeps!
Wahhhh. Pejam celik - pejam celik. Dahh ahad. Hari ahad ni for surelah ramai yang bercuti. So apa aktiviti hujung minggu korang? Mesti ada yang qada' tidur. Yang spent time dengan family. Yang beli baju rayo.. Al-maklum la dah nak puasa dah. Dan untuk makluman aku dah ada dah baju raya. Advance bukan? :D
Hari ahad ni matahari macam malu-malu je nak keluar. Pagi tadi bangun tidur , kuaq sat pi bekfes, takda la sat sangat. Lama jugak. Sebab lepas bekfes abah bawak pi basuh kereta Unser beliau. So tunggulah lama sikit kat situ. Lopaih tu abah kata beliau agak lapar. Then teruih bawak kitorang pi pekena Asam Pedas Sembrong. Memang sodaplah. Agak dah lama sikit tak pekena mesti rindulah nak pi makan sana. Dah konyang pi Ayer Hitam pulak. Terindu pulak budak-budak Six Sigma. Pi sana sebab saja-saja nak usha harga barang kat satu kedai runcit ni. Secara random oklah harga kat situ. Dah habis beli barang singgah jap beli nasi ayam untuk adik aku Hannan.
Ok masuk part II, :) Lepak-lepak dekat rumah apa lagi, tak laptop depan mata, tv sebelah mata sikit ataupun dua-dua depan mata. Boleh bayang tak? Haha! Dapatlah pulak satu cerita best dan lawak dan sengal lakonan Jepp Sepah. "Bomoh Temberang". Kekekekekeke kitorang adik beradik termasuk abah tergolak-golak depan tv. Habis je cerita tu aku ajak adik-adik aku pi basuh motor. Memang semangatlah sebab abah baru belikan sabun mandi untuk motor-motor tu. So kitorang pun beriadah memandikan motor yang dah lama tak mandi. Alolololo. Kesiannn. Tapi takpe now dah mandikan. Dah wangi! dan dah hensem! :D
Ok tu jelar story hari ahad ni. :) Chow dulu okeh!
Wassalam~

Saturday, July 14

Resepi Lasagna

Assalamualaikum and hye peeps!
Ok terang benderang tajuk dah bagitahu nak story ape kan untuk entry ni. Resepi ini diambil oleh umi dekat Kongsi Resepi. Beribu-ribu resepi apa jua benda korang nak makan ada kat situ. So just carik je. Cerita camno aku boleh tetibe masak lasagna ni bermula bile umi nak pergi yasinan dengan ayong. So, umi mintak aku masak lasagna. Dengan berbesar hatinya aku pon bersetuju. Dalam hati seronok giler, masak benda yang aku suka. Walaweyhh.. So, umi pon bagila resepi, dan bahan-bahannya. First time masak sensorang weyh. Terkulat-kulat aku potong bawang. Haha! ko hado?? Aku buat entry ni pun sebab ada member yang mintak aku resepi. So anum and wahida sila masak sekarang! Haha! ok ni resepi dia :-

LASAGNA - KONGSI RESEPI

Bahan-bahan :-

1 Kotak Lasagna
Shredded cheese (Mozarella)

Bahan-bahan yang digunakan. :)

Sos Daging

400 - 500gram daging cincang
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Carrot - ikut suka korang nak masukkan banyak mana.kalau aku sikit je.hehe (hiris)
2 sudu besar minyak masak
1 botol/tin sos tomato spaghetti Prego
Lada sulah
garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih, bawang besar, dan carrot. Biar sampai naik bau. (time ni aku macam konpius camne la naik bau tu, kemainla aku bau.siap tanya adik-adik bau tak?haha!)

2. Masukkan daging cincang, masak sehingga daging perang. Means masakla tu dagingnya.

3. Masukkan sos tomato spaghetti, lada sulah dan garam. Biar hingga kering, tapi jangan kering sangat sebab nanti sos daging yang lembap tu kita perlukan untuk lembutkan kulit lasagna time proses membakar dalam oven. Ok done untuk sos daging. Next untuk sos keju/putih pulak.

Sos Keju / Sos Putih

2 sudu besar mentega / marjerin
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
garam secukup rasa
2 sudu besar shredded cheese

Cara - caranya

1. Korang bukak api perlahan je, then masukkan mentega dalam periuk. Biarkan sampai cair.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan ballon wisk sampai sebati. Tutup api.

3. Masukkan susu . Gaul sampai sebati. Then korang letak semula periuk tu atas api sederhana, masukkan shredded cheese and terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat sebab nanti sos tu sejuk dia jadi lebih likat. so kacau tu jangan lama-lamalah.) Okeh siap! Last step pulak.

Cara melapis lasagna

1. Ok first korang buat satu lapisan sos daging dalam loyang.

2. Lopaih tu tuangla sos keju atas lapisan sos daging tu. Ratakanlah.

3. Lapiskan dengan instant lasagna sheet tutupkan permukaan sos danging dgn sos keju tu. Susun comey-comey cantik-cantik.

4. Ok, korang bulehla buat 2 - 3 lapisan lagi sama step macam kat atas.

Korang boleh susun lebih kurang camni.

5. Untuk lapisan terakhir lepas sos daging dan sos keju tu korang tak payah taruk instant lasagna sheet dah. Korang tabur shredded cheese rata-rata. kalau korang suka banyak cheese taburla banyak-banyak. Sodap weyh..

6. Last sekali! korang boleh bakar lasagna tu dalam oven. Dalam lebih kurang 30 minit macam tu.

Bila dah siap tu korang buatlah muka berlagak sikit macam garfield bila dapat lasagna dannnnn dah boleh makan! Nyum-nyum. :D

Pada yang nak try tu trylah. Bila lagikan nak masak lasagna. Aku yang tak pandai masak ni pun dah masak. Chewah berlagak pulak. Macam hebat sangat aku kan. Tapi memang seronok! :)

p/s :: tak banyak gambar nak bagi sebab most gambar dalam tab my sis Ayong. Dan dia tak balik minggu ni. :(

Ok last! Selamat mencuba korang! :D Wassalam~









Tak Tahu! Tak Tahu!

Assalamualaikum dan hye peeps!
Ermmm, tak tahulah. Sebenarnya dari minggu lepas aku nak hupdate entry baru untuk blog ni. Tapi terbengkalai. Memula nak hupdate pasal program yang aku pergi selama 2 minggu dekat UTHM. Tapi entah kenapa dan bagaimana aku tak sempat nak habiskan. Owh ye sebab gambar tak boleh nak upload. So tersimpanlah entry itu di draft. Lepas balik program tu abah bawak kitorang balik kampung Pahang, jumpa nenek dan atuk. Yelar rumah nenek dah siap ber 'tile' semua tak gheti-gheti lagi nak balik kan. Aku takde story pon hari ni just sesaje nak menaip. Well aku tak dapat tawaran dari mana-mana U pun. Dan aku memang dah agak. Agak sukar nak dapat bila kau mohon dan bagi result HPNM sampai Sem 5 jek. Haishh. Nak buat camno kan. Allah tahu mana yang terbaik untuk aku. Now nak usaha cari a better job. Yelar buat apa nak menganggur kat rumah ni. Tak selesa. Cuti sem dengan dah cuti sebab tak buat apa-apa adalah berbeza. Rasa tak selesa, tak seronok. So go on with ur life. Pada member yang dapat continue Degree, congrates uoll!! Pada ramai yang senasib dengan aku, jangan sesedey ok. This is not the end of our life. Banyak lagi yang kita nak kena tempuh.
Oklah. Stop kat sini. Nanti ada cerita menarik aku story ok. Sekarang ni cuaca mendung je. Macam tahu-tahu je hati aku sekarang ni. :)

Ni nak bagi sikit gambar tengok-tengok.

ONE OF MY BESTIE 'FENA IN THE HOUSE!' (dapat jugak spent time dengan minah ni 2 minggu)
p/s :: sebab hari tu dah spent time dengan anum sebulan!so kire fair lah. :)

Tupperware yang digunakan untuk makan. Cantik kan! Tapi memule je sodap. Lopaih tu korang pikirlah sendiri.

with awesome girl yang menemani hari-hari aku di UTHM.diorang memang best! :D

Library terbesar di Asia Tenggara. Dekat sinilah kitorang belajar, bermain dan menggile bersama-sama. ^,^v

Dengan student final sem Politeknik Mersing Johor yang sangat best dan happening!

My Blue Dolphin member. Well acamno kito punyo kueh ghayo? Korang memang terbaekkkkk!

Masa untuk pulang. Last photoshoot dengan mereka di pepagi hari. Hope dapat jumpa lagi! :)

So, tular gambar yang dapat dikongsi dalam blog ni. Padahal berlambak gambar yang ada. Tapi biarlah menjadi simpanan peribadi. :) Program Most Wanted Graduate dekat UTHM, Parit Raja, Johor memang best sesangat. Salah satu memori yang best setelah habis diploma ni. Thanks Ya Allah. 

Ok, see u soon my dear blog! Wassalam~

p/s:: nak lipat kain.dari tadi tergendala. :p