Pages

Saturday, July 14

Resepi Lasagna

Assalamualaikum and hye peeps!
Ok terang benderang tajuk dah bagitahu nak story ape kan untuk entry ni. Resepi ini diambil oleh umi dekat Kongsi Resepi. Beribu-ribu resepi apa jua benda korang nak makan ada kat situ. So just carik je. Cerita camno aku boleh tetibe masak lasagna ni bermula bile umi nak pergi yasinan dengan ayong. So, umi mintak aku masak lasagna. Dengan berbesar hatinya aku pon bersetuju. Dalam hati seronok giler, masak benda yang aku suka. Walaweyhh.. So, umi pon bagila resepi, dan bahan-bahannya. First time masak sensorang weyh. Terkulat-kulat aku potong bawang. Haha! ko hado?? Aku buat entry ni pun sebab ada member yang mintak aku resepi. So anum and wahida sila masak sekarang! Haha! ok ni resepi dia :-

LASAGNA - KONGSI RESEPI

Bahan-bahan :-

1 Kotak Lasagna
Shredded cheese (Mozarella)

Bahan-bahan yang digunakan. :)

Sos Daging

400 - 500gram daging cincang
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Carrot - ikut suka korang nak masukkan banyak mana.kalau aku sikit je.hehe (hiris)
2 sudu besar minyak masak
1 botol/tin sos tomato spaghetti Prego
Lada sulah
garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih, bawang besar, dan carrot. Biar sampai naik bau. (time ni aku macam konpius camne la naik bau tu, kemainla aku bau.siap tanya adik-adik bau tak?haha!)

2. Masukkan daging cincang, masak sehingga daging perang. Means masakla tu dagingnya.

3. Masukkan sos tomato spaghetti, lada sulah dan garam. Biar hingga kering, tapi jangan kering sangat sebab nanti sos daging yang lembap tu kita perlukan untuk lembutkan kulit lasagna time proses membakar dalam oven. Ok done untuk sos daging. Next untuk sos keju/putih pulak.

Sos Keju / Sos Putih

2 sudu besar mentega / marjerin
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
garam secukup rasa
2 sudu besar shredded cheese

Cara - caranya

1. Korang bukak api perlahan je, then masukkan mentega dalam periuk. Biarkan sampai cair.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan ballon wisk sampai sebati. Tutup api.

3. Masukkan susu . Gaul sampai sebati. Then korang letak semula periuk tu atas api sederhana, masukkan shredded cheese and terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat sebab nanti sos tu sejuk dia jadi lebih likat. so kacau tu jangan lama-lamalah.) Okeh siap! Last step pulak.

Cara melapis lasagna

1. Ok first korang buat satu lapisan sos daging dalam loyang.

2. Lopaih tu tuangla sos keju atas lapisan sos daging tu. Ratakanlah.

3. Lapiskan dengan instant lasagna sheet tutupkan permukaan sos danging dgn sos keju tu. Susun comey-comey cantik-cantik.

4. Ok, korang bulehla buat 2 - 3 lapisan lagi sama step macam kat atas.

Korang boleh susun lebih kurang camni.

5. Untuk lapisan terakhir lepas sos daging dan sos keju tu korang tak payah taruk instant lasagna sheet dah. Korang tabur shredded cheese rata-rata. kalau korang suka banyak cheese taburla banyak-banyak. Sodap weyh..

6. Last sekali! korang boleh bakar lasagna tu dalam oven. Dalam lebih kurang 30 minit macam tu.

Bila dah siap tu korang buatlah muka berlagak sikit macam garfield bila dapat lasagna dannnnn dah boleh makan! Nyum-nyum. :D

Pada yang nak try tu trylah. Bila lagikan nak masak lasagna. Aku yang tak pandai masak ni pun dah masak. Chewah berlagak pulak. Macam hebat sangat aku kan. Tapi memang seronok! :)

p/s :: tak banyak gambar nak bagi sebab most gambar dalam tab my sis Ayong. Dan dia tak balik minggu ni. :(

Ok last! Selamat mencuba korang! :D Wassalam~









No comments:

Post a Comment