Pages

Wednesday, July 31

Nasi Arab Sedap di Batu Pahat & Menghitung Hari

 Bismillahirrahminrrahim 
Assalamualaikum…

Wahh, kemain tajuk menghitung hari. Kalau dalam bulan puasa, menghitung hari bila nak habis puasa la kan. Ye dok? Tapi Cik Anna dok kire berapa hari lagi nak kerja sebelum cuti raya, tolak sabtu ahad, tinggal khamis, jumaat, isnin, selasa, rabu. 5 hari lagi!!! Hoyeahhh! Memang tak sabar. Lain giler rasa cuti bila dah kerja ni. Kalau time study dulu, memanglah seronok cuti weekend, tapi dah kerja ni seronok dia berganda-ganda even cuti sabtu ahad je. Memang seronoklah. Eishh, tak tawu nak cakap seronok dia tu macam mana. Hakhak. Mungkin penat dia lain macam kot. Yelar, Cik Anna kalau kerja mesti menghadap laptop, takde laptop tak kerjalah Cik Anna. Penat weyh menghadap skrin laptop berjam jam. Bukan otak je penat, mata pun penat. Sobs sobs. (Nanges). So, kalau sabtu ahad tu memang tak pandanglah laptop Cik Anna ni. Kuikui.

Ok, penat membebel. Puasa ke idok??? Ok, raya ni insyaAllah 1st raya balik kampung dekat Selangor. Then, petang or malam ke Pahang pulak. Raya ke-2 dengar cerita dah start nak ke Kelantan. Kira 1st timelah raya kat Kelantan. Tu pun sebab majlis belah suami Ayong. Kalau tak takde maknanya nak berjalan jauh-jauh ke Kelantan. huhu. Mintak-mintak abah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk drive. Abang Cik Anna dengan Cik Anna nama je dah ada lesen, tapi masing-masing FAIL bawak Unser abah. Bukan tak boleh bawak langsung tapi mahunye semua dok mengucap sepanjang perjalanan. keh3. Kalau kereta Auto memang Cik Anna yakin nak bawak. Haha. Konpem kena gelak ni, nama pun Auto, tak reti bawak pi masuk sekolah rendah balik. Oklah. Selamat Berpuasa ye uoll. Tinggal berapa hari je lagi. Sekejap je masa berlalukan. Ni Cik Anna masukkan gambar hadiah dari En.Fuad & gambar time pergi makan nasi arab tu. Tak banyak pun gambarnya. Almaklumla, kelaparan dah masing-masing. Ok Take Care!!

Ni hadiah dari #intanpayung. Hoodies. Senang giler nak pakai. Lepas ni kalau tak Syria memang Cik Anna pakai hoodies je, senang, tak rimas dan terletak elok je. TQ Mi Amor!!

Ni air gas orang Arab, Barbican namanya. For sure ramai dah rasakan, Cik Anna yang terhegeh-hegeh baru nak rasa. Pineapple flavor. Memang sedap!! (sampai ada yang buat macam air dia sendiri je ; cc:abangku)

Ni budak kecik punya. Dia kalau nampak ni dalam menu memang dia mintak yang ni lah. Lepastu cakap "Adik nak yang ni". Chicken sandwich roll. Memang sedap. Habis kot budak kecik ni makan. Cayalah!

Ok ni Cik Anna punya. Lambat dapat. Yang lain dah nak habis makan, CikAnna punya baru sampai. Tangkap gambar lelaju lepastu campak fon terus ngap. Lapar punya cerita. Mih3. Memang 1000x sedap! Lamb Kebab. Perghh. Rasa dia memang yummylicious. Amboi, meleleh air liur nak cerita. Sos yang putih tu (tak tawu nama) memang sedap!! Dia datang sekali dengan roti arab tu. So, memang kenyangla cerita dia. Tapi seriously sedap! Nak lagi nak lagi! Sebenarnya Cik Anna tak berapa sangat nasi arab, sebab rasa rempah tu kuat kecual Hanith Lamb/Chicken. Tu sedap. Tapi kalau order memang tak habislah. Banyak kot. So, Cik Anna biasa akan order yang macam kebab, lamb grill. Yang takde nasilah. So far pilihan ni pilihan bijak. Kih3. Harga pun berpatutan. Takdelah sampai RM20 pun 1 dish tu.

Ohh, kami makan kat sini ye. Bukit Pasir.Orang Batu Pahat mesti tahu tempatnya. Hari tu bulan puasa Full House. Very Recommended.

Oklar. Bubbye uoll!!

~Wassalam~



Monday, July 29

Tidak aktif menulis tapi Aktif menjadi seorang pembaca blog yang tegar

 Bismillahirrahminrrahim 
Assalamualaikum…

Hai korang! Kalau ada oranglah. Ramadhan dah nak beransur pergi. Kita tinggal "less than 10 days" je nak memanfaatkan 1 bulan yang penuh barakah ni. Jadi sempat lagi Cik Anna nak ucapkan "Salam Ramadhan". Pada Cik Anna Ramadhan ni adalah bulan hadiah. Macam-macam kita dapat, hadiah Allah nak bagi. Dapat sabar, dapat sihat, dapat tahan segala nafsu, dan yang paling best dapat hadiah pahala berganda-ganda. Siapa tak nak hadiahkan. =)

Alhamdulillah, Cik Anna punya tarikh lahir jatuh dalam bulan Ramadhan ni iaitu semalam. 19 Ramadhan 1434H. Rasanya nilar first time kot Cik Anna punya birthday jatuh bulan Ramadhan. Tapi tak tahulah kalau time kecik-kecik tu ada jugak. Tak ingat. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas dan peluang untuk memperbaiki diri ini. Hadiah?? Cik Anna dapat hadiah dari Intan Payung (Fuad). Baik hati betul beliau. Sungguh-sungguh nak bagi Cik Anna hadiah. Terharu. T_T. Ok family pulak dah belanja makan dekat Restoran Nasi Arab. Memang makan sedap-sedaplah. Bukan belanja Cik Anna sorang je tau, Tapi belanja 3 orang sekaligus. Habib (18/7, Abang cik Anna), Umi (25/7, My gorgeous mom) dan Cik Anna. Semua lahir bulan 7. Seronok, seronok seronok! TQ kat abah dan ayong sebab belanja! :D

Ok, back to the title yang kemain panjang tu. Untuk pengetahuan, Cik Anna ni bukanlah blogger yang aktif nak tulis entry setiap hari, mahupun seminggu sekali atau sebulan sekali. Kadang-kadang diam selama berbulan. Maafkanlah Cik Anna ye. Tapi kalau korang nak tahu, kalau nak lah. kalau tak nak takpe, tak dapat duit raya pun. Muehehe. Ok, Cik Anna ni akan bukak blog ni setiap hari dan baca blog-blog yang Cik Anna follow. Kalau busy dan penat sekalipun, Cik Anna akan hilangkan penat tu dengan baca blog. So, boleh cakap Cik Anna ni follower blog tegarlah, tapi takdelah Cik Anna pergi comment dekat blog ke apa, jadi silent reader je. And i'm happy by doing that.

Ok, tu je nak story. Selamat berpuasa uoll!! Semoga ramdhan tahun ni tak hilang ye! (mood tengok cerita Ramadhan Yang Hilang) Hehe.

Ok, ketemu lagi!

Wassalam.