Pages

Tuesday, January 10

Alamaya Bizz (Part 1) * Maxi Dress, Lycra Skirt, Plain Top

Assalamualaikum dan Hai semua!!

Ok hari ni semangat nak post entry dekat blog ni. Sebabnye?? Kelas untuk tengah hari ni BATAL! So, petang ni baru ada kelas. Lepas buat nota tadi then terfikir nak tulis blog hari ni. Title hari ni memang ada kena mengena okeh, tak macam hari tu. Hehe!

ALAMAYA BIZZ! Sila klik link ni untuk tahu lebih lanjut dan terus boleh add as friend jika berminat. Alamaya Bizz ni actually my sister punya FB yang dikhaskan untuk bisnes dia yang baru sahaja nak bermula. Ni owner dia AyongAtikah Zaid a.k.a my sister la. So, tulis blog ni memang special untuk dia lah. Nak mempromosikan bisnes dia. Korang mesti nak tahukan bisnes apalah kakak aku ni buat. Kat bawah nanti aku bagitahu lebih lanjut okey.

Ha! Dah ready nak tengok item apa yang Alamaya Bizz ada?? Actually banyak taw item-item dia. Untuk semua orang tak kira umur dan jantina. Dengar kata item dalam Alamaya Bizz akan bertambah dan kalau korang ada nak cari apa-apa item tak kiralah kan item apa korang boleh request kat Alamaya Bizz dan admin akan carikan untuk korang. No biggies! Lagi satu, step nak order pun senang korang just PM admin then admin akan entertain korang. Banyak tawaran yang admin akan tawarkan untuk korang. Eh, jap ada lagi kelebihan Alamaya Bizz ni. Mostly item yang Alamaya Bizz ni ambil akan "BELOW Rm100!" So, takdelah mahal-mahal sangat sampai beratuskan, semuanya berpatutan sebab Alamaya Bizz ni pandai pilih barang yang comey-comey, cantik-cantik untuk korang. Korang just pilih mana yang korang suka dan PM admin untuk selanjutnya ok! Oklah jom tengok item apa yang ada.

1. Maxi Dress Ayu-ayu!!
Item yang pertama kita tengok Maxi Dress special untuk girl kat luar sana!!

i. Maxi Dress
Colour: Soft Peach
RM58 ONLY!!(excluding postage)


ii. Maxi Dress
Colour: Red
RM58 ONLY!! (excluding postage)


Bahagian depan Maxi Dress

Bahagian belakang Maxi Dress.

Ok ni baru tunjuk dua colour, actually dia ada colour Black dan Blue jugak. Colour dia memang sangat nice. Untuk lebih lanjut korang boleh klik link ni
MAXI DRESS AYU2!! RM58 (POSTAGE RM7 @ SEM/RM9 @ SABAH/SARAWAK)
kalau ada colour yang korang nak tapi takde, korang boleh request dekat admin and nanti dia akan tolong carikan.

2. Lycra Skirt Alamaya
Skirt Lycra ni ada macam-macam colour yang menarik. Sangat cantik!!

i. Lycra Skirt
Colour: Grey
RM42 ONLY!!(Including Postage!)
Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)
Size : Free Size (Can fit S to XXL)
Labuh : 41inch
Lebar Pinggang : 13 ~ 19inch
Lebar Kaki Skirt : 38inch

ii. Lycra Skirt
Colour: Turqoise
RM42 ONLY!!(Including Postage!)
Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)
Size : Free Size (Can fit S to XXL)
Labuh : 41inch
Lebar Pinggang : 13 ~ 19inch
Lebar Kaki Skirt : 38inch

iii. Lycra Skirt
Colour: Soft Pink
RM42 ONLY!!(Including Postage!)
Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)
Size : Free Size (Can fit S to XXL)
Labuh : 41inch
Lebar Pinggang : 13 ~ 19inch
Lebar Kaki Skirt : 38inch


Untuk lycra skirt ni ada banyak colour lagi. Boleh klik link ni LYCRA SKIRT ALAMAYA @ RM42 ONLY (INCLUDING POSTAGE).
Limited Stock!! So, kalau korang nak boleh terus PM admin dan dapatkan. Memang cantik-cantik sampai empunye blog ni pun rasa nak satu. (Kalaulah boleh dapat free). Haha!

3. Plain Top (Knitted Cotton) Free Size (Can fit XS to L)

i. Colour: White
RM40 ONLY!!
Limited Stock! So, Hurry!!

i. Colour: Grey
RM40 ONLY!!
Limited Stock! So, Hurry!!

iii. Colour: Light Brown
RM40 ONLY!!
Limited Stock! So, Hurry!!


iv. Colour: Red
RM40 ONLY!!
Limited Stock! So, Hurry!!

Bahagian depan

Bahagian belakang.
Untuk Plain Top ni pun ada banyak colour. Boleh klik sini untuk lebih lanjut PLAIN TOP (KNITTED COTTON) FREE SIZE (CAN FIT XS - L) @ RM40 ONLY.
Limited Stock!! So, if u guys want it please HURRY!!

4. Maxi Dress CKO Alamaya

i. Colour: Grey
RM60 ONLY!!
Long Sleeve flower lycra maxi dress
Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)
Size : Free Size (Can fit S to XL)
Ukuran : Bahu : 38 - 43 cm Dada : 43 - 51 cm Labuh : 145 cm

ii. Colour: Soft Pink
RM60 ONLY!!
Long Sleeve flower lycra maxi dress
Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)
Size : Free Size (Can fit S to XL)
Ukuran : Bahu : 38 - 43 cm Dada : 43 - 51 cm Labuh : 145 cm


ii. Colour: Orange
RM60 ONLY!!
Long Sleeve flower lycra maxi dress
Material : Lycra (soft, smooth and stretchable)
Size : Free Size (Can fit S to XL)
Ukuran : Bahu : 38 - 43 cm Dada : 43 - 51 cm Labuh : 145 cm

Bahagian depan

Bahagian belakang

Oklah, empunya blog stop dulu kat sini. Memang cantik-cantik sampai rasa nak 1. So, korang jangan tunggu lagi sebab Alamaya Bizz sentiasa ada tawaran yang menarik untuk korang. Oh, sebelum terlupa, selain Maxi Dress, Lycra Skirt dan Plain Top kat atas ni, ada lagi item-item lain dan empunya blog ni akan update a.s.a.p. Mana yang dah berkenan tu jangan tunggu lagi!! Dapatkan SEKARANG!! =D

Owh ye, untuk buka New Tab sila tekan Ctrl dan Left click dekat mouse korang.

p/s: eh, empunya blog pun ada bisnes sendiri jugak taw!!hehe.. aku dah jadi ejen topup sekarang. So, member yang berdekatan bolehlah topup dekat aku. Minimum RM5. Digi, Celcom, Maxis semua ada!! =D





Friday, January 6

FrEaKy fRidAy!!

Assalamualaikum.. =)
Ok, title hari ni sebenarnya takdalah freaky sangat. Saja je aku letak sebab tak tahu nak bagi title apa. Nampak sangat aku ni lack of knowledge. Tak boleh nak bagi ayat power or gempak langsung. Hampeh!! Dah-dah takmau cakap pasal hampeh, nak story mory sikit hari ni. Pagi tadi kelas start pukul 8, kelas projek, hari ni perjumpaan dengan penyelia masing-masing, tadi aku dah pun dapat penyelia untuk group aku. Alhamdulillah sebab semuanya lancar buat masa ni dan kitorang pun macam dah boleh nampak sikit flow nak buat final projek ni. Hopefully, semuanya berjalan lancar dan success!!

Then, lepas jumpa penyelia aku pun terus pergi Maybank yang berdekatan konon-kononnya nak bukak akaun Maybankla ni. Eh, bukan konon-kononla betul-betullah! Sampai je bank tu aku pun masuklah dan terus pergi ke kaunter pertanyaan cakap nak bukak akaun, tapi hajat tak kesampaian sebab time tu server down so aku diminta datang pada sebelah petang. Chewahh, skema pulakkan ayat. Then, petang tu dalam ngantuk-ngantuk pada pukul 2 lebih aku pon memaksakan diri untuk bangun dan pergi bank dengan Anum. Ok, skema lagikan ayat. Dah macam buat karangan pulak aku rasa. Then, sampai je bank tu aku pun melangkah dengan penuh semangat ni nak pergi bukak akaun. Receptionist kat situ mintak aku cek IC dulu. Aku ingat cek IC ni takda effect apa-apa pun, yelar just check je. Tetibe orang bank tu cakap kat aku yang cip IC aku dah rosak. What??? Aku pun macam buat-buat terkejutlah padahal memang dah patut rosak pon IC aku tu sebab tak pernah tukarkan since darjah 6. Then, dia mintak aku buat IC baru dulu barulah aku boleh bukak akaun. Haishhh, macam-macam betul. Ulang-alik pergi bank last-last kena pergi buat IC pulak. So, nak buat macam manakan, terpaksalah aku akur. Ni, tengah pikir bila pulaklah aku nak pergi buat IC baru ni. Excited jugak nak buat IC baru. Yelah dah bertahun aku pakai IC darjah 6 tu. Tak cool lah!! Haha!!

So, aku sarankan pada sesiapa yang rasa umur dia dah 18 tahun terus jelar pergi tukar IC baru. Jangan tangguh-tangguh, leceh! Eh, jap. Yang aku ni tiba-tiba nak pergi bukak akaun Maybank pulak apahal?? Hihi. Saje je tanya. Aku sebenarnya nak buat bisnes kecil-kecilan. Nanti bila aku dah start bisnes tu aku story nah. Oklah, stop dekat sini dulu. Bubye!! =D

Apa-apa pun sengih jelar.Haha! Bukan senang taw, ni gambar special edition sebab aku dengan Anum sangat susah nak bergambar dengan menunjukkan gigi. Nanti cantik sangat pulak..Haha!! Bukti kat atas tu. Kan??

Thursday, January 5

Hello 2012!! =)

Assalamualaikum.. :)

Wahhh!! Dah 2012 ghupenye!!haha!!
Ok-ok tak, saja je buat macam excited, padahal takdelah excited sangat pun bila umur dah bertambah-tambah ni. Muehehe! Kenapa tak excited?? Bukan dah boleh kahwin ke? Eh, kenapa kahwin pulak? Bukan dah boleh mengundi ke? Eh, belum mendaftar lagilah. Even, kad pengenalan pun belum tukar since darjah 6 lagi. Tengok, saya bukan pemalas nak pergi buat IC baru, cuma saya rasa IC sekarang ni elok lagi. (padahal muka kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang mesti dah tak cam dah). Ok, cakap pasal "dah boleh kahwin", ha elok sangatlah tu kalau orang baca then cakap aku ni dah gatal merenyam nak kahwin. Sabar-sabar, aku mana ada gatal nak kahwin, saja je buat ayat macam tu nak bagi suspen sikit. Jauh lagi perjalanan nak tempuh sebagai seorang student. Duit pon takde taw nak kahwin. ok dahlah malas nak cakap pasal kahwin, buang karen je buat masa ni. Sebenarnya nak cakap pasal tahun 2012 ni, Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Masih ada lagi peluang yang Allah beri untuk aku perbetulkan diri aku. Tahun ni InsyaAllah akan tamatlah pengajian aku dalam Diploma Networking System dekat PUO ni. Selepas ni aku masih tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk aku. Mungkin aku akan sambung belajar, tulah pun impian aku lepas ni, nak ambil degree pulak. Tak cool lah kan kalau tak ambil degree. HELLO! Degree bukan semata-mata untuk cool okeh, untuk masa depanlah! Haha! Ok, takpun mungkin aku akan bekerja dan gaji pun dapat menanggung segala keperluan aku sampai terbukak hati untuk sambung belajar balik?? Jeng!Jeng!Jeng!Takpun......aku akan....eh, takda apa-apalah. Sebenarnya susah untuk kita ramalkan "siapa kita dalam 5 tahun akan datang" dan semestinya kitalah yang tentukan siapa kita akan datang.

Ok, bukak cerita 2012 ni nak cerita sikit pasal budak tecik "Amirah Sufiyah" namanya. My lovely little sister. Seorang yang sangat nakal, tak reti duduk diam, bijak, dan sangat menyentuh hati apabila bersamanya. Chewahh!! Budak tecik ni dah masuk 5 tahun, tahun ni. Cepat sangat masa berlalukan, dah sekolah tadika pun si tecik ni. Rasa teruja sangat nak dengar cerita dia hari pertama dia masuk tadika, sebab dari tahun lepas lagi dia dah beria nak sekolah. Tapi sayang i'm not home that day, just dengar cerita umi je. Hari ni hari kedua dia tadika, baru hari kedua dah buat kepala umi pening. Haha! Memang kelakar. Pergi tadika dah lengkap bertudung ni, comel je, balik je muncul depan pintu umi kata dah togel dah kepala dia, macam budak nakal umi kata sebab pergi sekolah pakai tudung balik dah tanggal dah tudung dia. Memang nakal budak tecik tu. Mungkin faktor kat tadika dia takda seorang pun kawan dia yang bertudung, then sikit pulak tu budak-budaknya, cikgu pulak buat tak heran, kalau aku jadi umi pon aku risau. Ni tak sabar nak cuti lama nak tengok dia pergi balik tadika. Mesti banyak cerita dia, sebab belum tadika pon dia dah banyak cerita pasal "tadika tipu-tipu" dia. Kau ada??

Apa-apa pun hope tahun ni lebih membawa keberkatan dalam hidup aku dan keluarga aku serta orang yang tak pernah jemu berada disamping aku, kawan-kawan.. Love all of u so much!!


Nilar budak tecik tu, gambar dia banyak sangat sampai tak tahu nak pilih mana satu, ni je yang mampu nak tunjuk. Hehe =D