Pages

Thursday, January 5

Hello 2012!! =)

Assalamualaikum.. :)

Wahhh!! Dah 2012 ghupenye!!haha!!
Ok-ok tak, saja je buat macam excited, padahal takdelah excited sangat pun bila umur dah bertambah-tambah ni. Muehehe! Kenapa tak excited?? Bukan dah boleh kahwin ke? Eh, kenapa kahwin pulak? Bukan dah boleh mengundi ke? Eh, belum mendaftar lagilah. Even, kad pengenalan pun belum tukar since darjah 6 lagi. Tengok, saya bukan pemalas nak pergi buat IC baru, cuma saya rasa IC sekarang ni elok lagi. (padahal muka kalau nak dibandingkan dulu dengan sekarang mesti dah tak cam dah). Ok, cakap pasal "dah boleh kahwin", ha elok sangatlah tu kalau orang baca then cakap aku ni dah gatal merenyam nak kahwin. Sabar-sabar, aku mana ada gatal nak kahwin, saja je buat ayat macam tu nak bagi suspen sikit. Jauh lagi perjalanan nak tempuh sebagai seorang student. Duit pon takde taw nak kahwin. ok dahlah malas nak cakap pasal kahwin, buang karen je buat masa ni. Sebenarnya nak cakap pasal tahun 2012 ni, Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Masih ada lagi peluang yang Allah beri untuk aku perbetulkan diri aku. Tahun ni InsyaAllah akan tamatlah pengajian aku dalam Diploma Networking System dekat PUO ni. Selepas ni aku masih tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk aku. Mungkin aku akan sambung belajar, tulah pun impian aku lepas ni, nak ambil degree pulak. Tak cool lah kan kalau tak ambil degree. HELLO! Degree bukan semata-mata untuk cool okeh, untuk masa depanlah! Haha! Ok, takpun mungkin aku akan bekerja dan gaji pun dapat menanggung segala keperluan aku sampai terbukak hati untuk sambung belajar balik?? Jeng!Jeng!Jeng!Takpun......aku akan....eh, takda apa-apalah. Sebenarnya susah untuk kita ramalkan "siapa kita dalam 5 tahun akan datang" dan semestinya kitalah yang tentukan siapa kita akan datang.

Ok, bukak cerita 2012 ni nak cerita sikit pasal budak tecik "Amirah Sufiyah" namanya. My lovely little sister. Seorang yang sangat nakal, tak reti duduk diam, bijak, dan sangat menyentuh hati apabila bersamanya. Chewahh!! Budak tecik ni dah masuk 5 tahun, tahun ni. Cepat sangat masa berlalukan, dah sekolah tadika pun si tecik ni. Rasa teruja sangat nak dengar cerita dia hari pertama dia masuk tadika, sebab dari tahun lepas lagi dia dah beria nak sekolah. Tapi sayang i'm not home that day, just dengar cerita umi je. Hari ni hari kedua dia tadika, baru hari kedua dah buat kepala umi pening. Haha! Memang kelakar. Pergi tadika dah lengkap bertudung ni, comel je, balik je muncul depan pintu umi kata dah togel dah kepala dia, macam budak nakal umi kata sebab pergi sekolah pakai tudung balik dah tanggal dah tudung dia. Memang nakal budak tecik tu. Mungkin faktor kat tadika dia takda seorang pun kawan dia yang bertudung, then sikit pulak tu budak-budaknya, cikgu pulak buat tak heran, kalau aku jadi umi pon aku risau. Ni tak sabar nak cuti lama nak tengok dia pergi balik tadika. Mesti banyak cerita dia, sebab belum tadika pon dia dah banyak cerita pasal "tadika tipu-tipu" dia. Kau ada??

Apa-apa pun hope tahun ni lebih membawa keberkatan dalam hidup aku dan keluarga aku serta orang yang tak pernah jemu berada disamping aku, kawan-kawan.. Love all of u so much!!


Nilar budak tecik tu, gambar dia banyak sangat sampai tak tahu nak pilih mana satu, ni je yang mampu nak tunjuk. Hehe =D


No comments:

Post a Comment