Assalamualaikum.
Hai peeps!! Hehe. Ok nak continue balik story lepas dapat email interview tu. Dah ready belum? Dah kan. Ok seperti yang sudah diberitahu aku ni memang nak tak nakla pergi interview tu. Mula-mula tu macam malaslah, company tu bukan bumiputera. owner dia mat saleh. Entah aku ni kena tipu ke nanti macam mana. Adoiii semak giler kepala. Then umi cakap kalau nak rasa or ambil pengalaman pergi interview pergi jelar dapat tak dapat belakang cerita. So, aku pun kuatkan semangat nak pergi interview tu sebab nak kutip pengalaman. Lepas tu dah cakap dekat abah semua esoknya pergilah ambil tiket ke JB. Tumpang rumah ayong kejap. Petang khamis tu aku pun pergilah and cakap kat umi aku pergi ni sebab nak kutip pengalaman. Nampak sangat kat situ aku macam tak nak gila-gila job tu.
So, pada tarikh 3 Ogos (Jumaat) aku pun pergilah interview tu. Ayong yang hantar, siap ambik cuti lagi ayong. Heheh masyehh ayong. Then pagi tu ofcourselah sampai awalkan nak cari office semua. Lepas tu sampai-sampai pintu office tu aku nampak perempuan cina, aku tanyalah ni NGS Marketing ke. Dia kata bukan u salah tempat ni. Aku turun balik pergi kat ayong cakap alamat salah. Kitorang cuak jugakla. Aku cakap kalau 5 minit tak nampak kelibat orang naik office tu aku send email kat company tu, tanya salah ke alamat diorang bagi kat aku. Then tetibe ayong tanya "Yang kau naik tu first floor kan, kau naik tak 2nd floor?" Aku pon "ha'ahlah aku tak naik pun. Ok aku pergi tengok" Aduss serabutnya kepala pagi-pagi hilang nervous semua. Sampai aku kat 2nd floor tu aku tengok pintu kunci. Aku dah cuak dah mana orang ni. Takde ke. Main-mainkan aku ke. Diorang ni bukak pukul berapa. Adoiii! Aku terus pergi kat ayong cakap pintu kunci. Ayong suruh aku tunggu kat atas. Kalau lebih pukul 10.30 takde jugak send email kat orang tu. Aku pun satu jugak, tak mintak no.telefon. Hailaaa. Then aku pun pergilah tunggu depan pintu office tu. Tak lama lepas tu ayong call "anah! ni diorang dah sampai dah. diorang parking sebelah aku. Mat saleh tu ada." yang aku pon memang tak sangkalah mat saleh tu ada sebab aku ingat dia takde kat Malaysia ni. Aku pon prepairlah betulkan tudung semua. Mat saleh tu owner company ni Mr Nyagoslav and yang email aku tu wife dia Mrs Jenny merangkap orang kanan yang menguruskan kewangan syarikat. Diorang memang friendly, lawak dan bukan seorang yang bossy. Dua-dua orang nilah yang interview aku. Sempoi je aku duduk kat sofa diorang ni duduk kat kerusi sebelah-sebelah. Interview tu lebih kurang macam sembang santai dengan diorang. Cool je. Diorang pun explainlah semua pasal kerja yang diorang offer ni. So, actually kerja home based punya. No need go to the office except you have a meeting with bos or others employees. Actually home based work ni dah menular dekat oversea dan diorang dah biasa dan lebih suka buat kerja dekat rumah. Tapi kat Malaysia ni sesuatu yang baru.So, individu yang buat kerja ni kena ada self-esteem, high discipline dan berdedikasi. Jadi time interview tu kira macam diorang offer kerja tu dekat aku dan bukan aku yang offer untuk bekerja dengan diorang. Lepas dari interview tu memang excited giler sebab first sekali kena interview dengan mat saleh. Fully speaking in english. Bangga tu! Then memang seronoklah macam-macam yang dibualkan dengan diorang. So, pada aku kalau dapat bos macam tu memang seronoklah. Takdela kuku besi sangat. Then, balik tu terus balik yong peng. Bos aku dengan wife dia suruh fikir dulu nak terima tak offer diorang. Sampai rumah aku cek email diorang offer aku position Internet Marketing Executive dengan gaji sekian-sekian dan prohibition selama 2 bulan dan sangat look forward untuk bekerja dengan aku. Eh! Aku pergi inerview tu aku mintak position Internet Marketing Assistant je dan tak sangka diorang offer Executive terus. Alhamdulillah. Tular rezeki Allah. Aku terus terima dan terus tertanya kerja macam mana yang akan aku hadapi selepas ini. Umi dan abah pon happy sebab aku dah kerja. Yelar dahlah tak dapat continue belajar dalam degree so bila dah dapat kerja takdelah diorang risau sangatkan. So, aku tetapkan tarikh nak start kerja 13/8. Selesaikan dulu barang-barang dan transport. Syukur sangat-sangat. Memang selalu macam tular kan. Benda yang kita tak nak tular yang kita dapat. Dan sememangnya Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. :) So entry lepas ni aku story lah sikit-sikit kerja aku ni. Bagi uoll paham. hihik!
p/s :: Biasa kena macam tular. Mula-mula rasa tak best tak seronok. Lepas tu bila dah lalui semuanya memang best!! Macam kena pergi camping or program yang sekolah or institusi tetapkan untuk kita. Memula malaslah, tak bestlah apa bendalah lepas dah join, terus tak nak balik. Manusia ohh manusia. Hehe! :D
Friday, September 7
New World, New Life! #1
Assalamualaikum.
Dengan penuh skemanya feeling-feeling hari ni, terfikir nak membuat satu coretan di blog. :)
Dengan rasminya saya memaklumkan diri saya kini sudah tidak bergelar pelajar/penganggur. :p
Dengan suka hati mengisytiharkan bahawa saya sudah bekerja pada ketika umur saya 21 tahun 16 hari. Dibundarkan 21 tahun. :D
Ok dah sudah dengan segala dengan. Aku pun nak storyla pasal job aku ni. Bermulanya tanggal 1 Ogos (rabu), kebiasaan aku sesudah bangun dari tidur adalah kalau tak pergi cek sarapan apa yang ada, aku akan meluru ke laptop untuk online. Then salah satu benda yang aku buat adalah cek email! Then bukak je email ada satu email dengan subject "Invitation for Job Interview". Ya Allah! First email yang aku dapat pasal interview kerja. Aku diam je dulu buat muke rileks je. Usai je aku baca email tu aku diam kejap. Then, aku cuit bahu umi dengan berkata. "Umi, anah ada interview mi jumaat ni". Lepas tu umi pun memberikan reaksinya yang bersahaja. Hehehe. Sebenarnya aku tak ingat dialog lepas tu. Tapi lepas tu aku explainla kat umi kerja apa kat mana bila semuanya. TETAPI, bila aku cek company dan job yang aku apply tu ada cerita rupanya disebaliknya. Hadoiyaiii nye pon. Actually, sebelum ni time aku tengah semangat-semangat mintak kerja aku terpandang job ni. Mula-mula aku tak nak apply pon sebab ada word "marketing". Oh no! Tak mau aku jual-jual ni. Tapi lepas tu aku fikir tak kesahlah mintak jelar sebab salah satu requirement dia ni nak orang yang atleast ada blog. Then aku ni mempunyai blog dan minat. Tapi dalam hati, "Bukannya dapat pon." "kalau dapat pun macam 20% je". Then as usual la aku emailkan resume aku dekat company tu dan tulis lah sesikit ala-ala cover letter. Then a few days lepas tu diorang reply email aku, cakap akan baca dan teliti resume aku. So, sebab aku ni dah belajar cara terbaik macam mana nak dapatkan job aku pun reply balik email cakap terima kasih semua.Tapi dalam hati biarlah tak dapat job ni. Macam tak best je. Tulah rasa yang terdetik kat hati aku. Tapi bila dapat panggilan interview aku jadi macam nak pergi tak nak pergi. So nak tahu kisah selanjutnya baca pulak post selepas ini. Haha! Takut ada pulak yang tidur bila baca blog ni. Panjang sangat katanya. So, jumpa lagi lepas ni! Adiosss~
p/s :: First interview tu! (Ok second sebenarnya sebab time nak mintak tempat praktikal pun ada interview. Tapi praktikal tak kira la kan). Hihi!
Wassalam~

Subscribe to:
Posts (Atom)