Pages

Wednesday, December 12

Annur Indah Beauty & Health Shoppe

~Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang Engkau berikan Ya Allah. Akhirnya aku memiliki page business sendiri. Hari ni 12/12/12 aku dah rasmikan page ni. Syukur sangat dalam 1 hari nak dekat 30 orang yang LIKE. Hope ramai yang akan memberikan sokongan kepada Annur Indah Beauty & Health Shoppe. Business bagi aku bukan keuntungan semata-mata tapi kesoronokan bila dapat memenuhi permintaan pelaggan. Membantu, berkongsi. Aku pulak kalau bab-bab kecantikan dan kesihatan memang suka sangat. So, memang seronok bila dapat share dengan orang. =) Harapan aku business ni akan sentiasa maju dan maju. Mohon doa dari kalian juga. In Sha Allah. 

Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman. O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding. Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair

l.o.v.e AnNur Indah a.k.a Anna Lee

p/s: Jemputlah like page ni bagi yang belum like. Mana yang belum tahu produk apa yang sesuai untuk kulit, untuk hilangkan jerawat segala bagai. Meh Inbox terus. Tanyalah apa nak tanya. Especially hal perempuan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Complete. =)

Thursday, December 6

Officially i'm Domino's Pizza Fans!!!

Assalamualaikum.
Hai peeps!! Wahhh gempak je kan tajuk entry pasal Domino's, pasal makanan. Ohmaiii rasa dah lama tak update pasal makanan. Semenjak diriku mula memboikot McD buat selama-lamanya aku telah pun berubah arah ke Domino's tapi yelar, Domino's ni roti saja so tak boleh makan selalu. Karang badan di pam pam siapa susah? Haruss diri sendiri.
Ok kenapa suka sangat dengan Domino's ni?? First, senang giler nak order. Aku ni malas nak berborak-borak dekat telefon, so yang mudah "Online Ordering" sahaja. Klik-klik pilih mana yang kau suka nak crust apa, kalau aku, aku pilih Extreme Edge. Cheese dalam tu memang marvelous! And sekarang diorang tengah promote 7-Meat Wonder. Memang ummph la! Aku sangat-sangat recommend korang rasa. 
Lepas korang pilih pizza, then ada add on deal. Aku suka Chicken Crunchy perisa Tom Yam and Breadstix. Bau roti tu. Fuhhhh perut memang main muzik je sebab tak sabar nak makan. Rasa breadstix pulak memang sedap sampai akak housemate rumah aku pun suka giler! Nyum-nyum. Now nak try BBQ Chicken wings. Ok lepas dah pilih menu then korang confirm order dan checkout. Lepas ni yang aku suka. GPS Tracker diorang. Korang boleh nampak macam mana order korang tu berjalan dari ambil order, prepare order, baking, boxing, Send for delivery. Perghhh memang bila diorang dah delivery tu bolehlah korang siap-siap pakai tudung tunggu cik abang yang deliver tu.So, apa tunggu lagi. mai order satu. Dah rasa nak lagiii. Layan gambaqla apa lagi kan.

Ni lar GPS Tracker tu. Bestkan bestkan!


Ni Breadstix. Rasa memang sedap. Aroma dia tak yah cakap. Memang kalau puasa tu melelhlah air liur. Roti pun lembut je. Nyum-nyum!

Ni onion ring. Sedap. Tapi sebab aku bukan peminat bawang mentah so memang tak berapa nak lalu la. Tapi sis aku suka! 1 box boleh habis kat dia.

Ni crazy chicken crunchy. Perisa tom yam. Dah nama ayam memang lajula. Nasib sempat snap.

Dan inilah 7-Meat Wonder. Nampak tak cheese tuh. perghhh sedappp wooo. Silakan rasa semua. Jemput-jemput. Ngeee~

So jomlah makan domino's. =) 

p/s: Domino's sila bagi saya special price sebab tolong promote. ahaks!

Mood: Alhamdulillah syukur. baru lepas ngap Domino's pizza. Tuna temptation. Memang delicious!!

That's all for now. See you in the next entry ok. In shaa Allah.
~Wassalam~
L.O.V.E Anna Lee aka AnNur Indah.