Assalamualaikum.
Hai peeps!! Wahhh gempak je kan tajuk entry pasal Domino's, pasal makanan. Ohmaiii rasa dah lama tak update pasal makanan. Semenjak diriku mula memboikot McD buat selama-lamanya aku telah pun berubah arah ke Domino's tapi yelar, Domino's ni roti saja so tak boleh makan selalu. Karang badan di pam pam siapa susah? Haruss diri sendiri.
Ok kenapa suka sangat dengan Domino's ni?? First, senang giler nak order. Aku ni malas nak berborak-borak dekat telefon, so yang mudah "Online Ordering" sahaja. Klik-klik pilih mana yang kau suka nak crust apa, kalau aku, aku pilih Extreme Edge. Cheese dalam tu memang marvelous! And sekarang diorang tengah promote 7-Meat Wonder. Memang ummph la! Aku sangat-sangat recommend korang rasa.
Lepas korang pilih pizza, then ada add on deal. Aku suka Chicken Crunchy perisa Tom Yam and Breadstix. Bau roti tu. Fuhhhh perut memang main muzik je sebab tak sabar nak makan. Rasa breadstix pulak memang sedap sampai akak housemate rumah aku pun suka giler! Nyum-nyum. Now nak try BBQ Chicken wings. Ok lepas dah pilih menu then korang confirm order dan checkout. Lepas ni yang aku suka. GPS Tracker diorang. Korang boleh nampak macam mana order korang tu berjalan dari ambil order, prepare order, baking, boxing, Send for delivery. Perghhh memang bila diorang dah delivery tu bolehlah korang siap-siap pakai tudung tunggu cik abang yang deliver tu.So, apa tunggu lagi. mai order satu. Dah rasa nak lagiii. Layan gambaqla apa lagi kan.
Ni lar GPS Tracker tu. Bestkan bestkan!
Ni Breadstix. Rasa memang sedap. Aroma dia tak yah cakap. Memang kalau puasa tu melelhlah air liur. Roti pun lembut je. Nyum-nyum!
Ni onion ring. Sedap. Tapi sebab aku bukan peminat bawang mentah so memang tak berapa nak lalu la. Tapi sis aku suka! 1 box boleh habis kat dia.
Ni crazy chicken crunchy. Perisa tom yam. Dah nama ayam memang lajula. Nasib sempat snap.
Dan inilah 7-Meat Wonder. Nampak tak cheese tuh. perghhh sedappp wooo. Silakan rasa semua. Jemput-jemput. Ngeee~
So jomlah makan domino's. =)
p/s: Domino's sila bagi saya special price sebab tolong promote. ahaks!
Mood: Alhamdulillah syukur. baru lepas ngap Domino's pizza. Tuna temptation. Memang delicious!!
That's all for now. See you in the next entry ok. In shaa Allah.
~Wassalam~
L.O.V.E Anna Lee aka AnNur Indah.
No comments:
Post a Comment