Pages

Wednesday, June 20

Extreme Couponing


Assalamualaikum & Morning!

Hai peeps, pernah dengar cerita pasal Extreme Couponing? Pagi ni bangun je dari tidur terus tengok tv then cari la siaran mana yang best nak tengok. Apalagi terus info dekat tv cari cerita best. Malangnya Astro dah tak bagi free. So, takdela HBO ke ABO ke Cel ke cerita cina ke semua takde. Yang ada WARNA and Citra je. Tapi tu pon tengah cerita tak best. Saya pon tekanlah remote 707 Astro TLC. Wahhhh, macam best je cerita ni. "Extreme Couponing". Cerita ni pasal housewife or ladies yang membeli belah cuma menggunakan kupon yang diorang kumpul dari majalah, surat khabar or mana-mana iklan. Kumpul punya kumpul dapatlah kupon yang berlambak macam kat bawah ni.



Banyakkan? Tapi kalau tengok dalam tv lagi banyak yang diorang kumpul. Sampai satu masa diorang pon dah ready dengan segala budget nak belanjakan kupon diorang tu. Kalau nak tahu bukan 2-3 barang je diorang beli. Tapi dalam 1 produk tu, contohlah ubat gigi colgate ade promosi guna kupon tu then diorang akan beli 10 atau lebih ubat gigi colgate tu. Maksudnya bukan 1 je barang yang kita boleh beli guna kupon tapi lebih dari 1. Dan biasanya diorang akan beli secara banyak. Kalau betul budget diorang ni, diorang tak perlu keluarkan sesen pon nak membeli belah. Ataupun dalam banyak-banyak barang yang diorang beli tu diorang cuma perlu bayar 6% je dan jimat 94%. Best sangatkan. Then, korang boleh simpan barang-barang tu macam store kat rumah korang. Bagi saya sangatlah AMAZING! Macam pic kat bawah ni. Silalah tengok. :p


Dah macam kedaikan. Tapi tular tersangatlah jimat. Barang yang diorang beli guna kupon ni boleh tahan sampai setahun or lebih kot. Bagi saya, kalau ramai perempuan yang boleh jimat dan pandai berbelanja macam ni mesti berbaloi sangat. Duit yang ada boleh spent untuk beli benda lain. Nak kena try neh. Tapi bila dah kerja lah. Miahahaha. 

Tiba-tiba teringat kupon Tesco bagi, tak guna pon lagi. Kat sini dah takde Tesco pulak. Haishhh. Guane neh. Tapi selalu jugak berangan Tesco bagi saya kupon banyak-banyak. Mesti seronok sebab ada 1 hari tu time beli barang-barang keperluan adalah sorang apek ni dia beli barang yang sangat banyak untuk Chinese New Year tapi dia takde kad Tesco, so macam rugilahkan kalau beli bebanyak tak guna kad Tesco, POINT tuh!. Apek tu pon tanyalah seorang makcik kat belakang dia ada kad tesco or tak, makcik tu jawab takde. So, saya dengan bangga and muka tak malunya meng "offer" kan kad tesco yang saya ada. Muahahaha. Dalam hati, "Puas hati aku!".

Ok tu jelar cerita tentang kupon pada hari ni. Hope dapatlah share something yang bermanfaat. Sebab sekarang kalau tengok girl kalau berbelanja tak reti langsung nak jimat. Sangatlah horrible kalau tahu belanja je tapi tak tahu nak spent langsung. So, cari alternatif la kan untuk halang diri dari boros. Guna kupon! Hope Mall-mall or supermarket kat Malaysia ni buat lebih banyak kupon.

Alright, sudah pon membebel tentang kupon kan. Rasanya cukuplah untuk hari ni, ok peeps have a good day okeh. 

Wassalam~

Have a blast all! :)

p/s:: Entry lepas ni maybe nak story pasal Candy Queen pula. Cerita dekat Astro jugak. Menarikla untuk peminat candy macam saya!

Tuesday, June 19

Masa Berlalu

Assalamualaikum..
Hai peeps, actually tak ada benda sangat nak story. Just nak make sure blog saya ni tak hilang dek zaman dan tak lapuk dek hujan. Chewahh! Gitukan peribahasanya.
Sekarang ni saya masih lagi duduk menghadap laptop, cek email, online fb and twitter, bukak dashboard blog tengok new entry dari blogger-blogger favorite. Dan begitulah alkisahnya sepanjang hari. Sebenarnya, main reason cek email nak tengok kalaulah ada mana-mana company yang nak panggil saya interviewkan. Sememangnya saya mengamalkan konsep, job please come to me, bukannya job where are you?let me find u. Haha! Betapa sengalnya diri ini. Well, memanglah dah apply dah send resume tapi haruslah bersabar dan berdoa kepada Allah supaya memberikan kerja yang terbaik untuk kita. Niat memang nak cari part-time job dulu dekat Yong Peng ni, tapi entahlah kemahuan melaksanakan tu takde lagi. Tunggu member cuti sem then nak pergi cari kerja sama-sama. Ceh, nak kena berkawan jugak. Huhu. Bukannya apa, saya kan baru pindah dekat YP ni balik. So, better tunggu penduduk tetap kat sini a.k.a my friend cadangkan tempat mana yang ok kalau nak kerja. Muehehehe.
Oklah, cukuplah untuk entry kali ni. Hope jumpa lagi dekat entry akan datang. :)
Have a blast all!
Wassalam~

p/s :: mahu mandi, pergi ambil baby a.k.a adik balik sekolah, then pergi bank. Penganggur terhormat katakan. Hehe

 Latest pic of me. Well, memang dah lama tak pakai tudung bawal and ni lah tudung bawal yang pertama setelah sekian lama. Nampak awkward kan. Well, memang fail lah nak meng 'ejas' tudung ni bagi terletak betul-betul. Sememangnya tudung Syria di hati. Muehehehehe.

Saturday, June 16

Dear Me,

Salam, alahai. 1 lagi entry untuk membuktikan bahawa i'm not deserve to be a blogger.
Eh, kenapa tetibe pulak ni? Ni bukan tetibe dah, ni kenyataan. Everytime bukak blog nak tulis entry baru mesti kata blog ni dah bersawang, berhabuk sampai boleh selsema.
Actually banyak nak story dalam blog ni, tapi bila postpone dan postpone sampai tak tawu dah nak story yang mana satu. Jalan mudah dah tak payah tulis, penat, malas jadi silent reader je.
So, kepada diri ini yang sedang bergelar penganggur berstatus tinggi, silalah rajin mengupdate blog anda.
Well, nak storylah sikit kan. Alang-alang dah menulis ni. Saya sudah menghabiskan pengajian Diploma in Networking System. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Bukan setakat bawak sijil diploma je untuk umi and abah tapi turut bawak pulang bersama professional certificate CompTIA A+. Syukur sangat-sangat dapat lulus cert tu dengan markah yang sangat memuaskan.
Jadi, sekarang ni fikir-fikir nak cari kerja dulu, abah pun pesan try apply kerja dulu kalau bagus, gaji ok teruskan kerja nanti degree buat off campus je. Memang terfikir macam tu sebab sekarang ni betapa ramainya orang yang ada kelulusan degree dan diploma takde kerja. Satu reason yang sangat jelas adalah kerana ketiadaan EXPERIENCE. So, baiklah aku ni cari kerja dulu. Hope adalah rezeki kat mana-mana. Sesiapa yang tebaca entry ni doakanlah saya dapat kerja yang terbaik untuk saya. :)

p/s: stop sini dulu, umi ajak pergi carik cili api.muehehehe.

Have a blast all! l.o.v.e a.n.a :)