Pages

Monday, June 17

Cerita Konvo Part 2

Bismillahirrahminrrahim
Assalamualaikum…

Hai uoll. Sorry sebab hutang post entry untuk Konvo Part2 &3. Walaupun takde siapa yang peduli pun. I still peduli okeh sebab kesian blog I yang dapat Tuan tak bertanggungjawab macam Cik Anna. So, here we go!!! Just enjoy the pic okeh! No more story. Toksah nak karang panjang-panjang. Peace!! 

PART 2 _ Raptai Day

Sebelum raptai bermula. Takde raptai pun sebenarnya. Cuma briefing je.

Wajiblah dengan minah ni kan. Hehe, Pergi kelas sesame ok. Kemana jua sesame. Oh lupe. Sesame dgn Anum. Mihmihmih.

Girlfriends!!! Fatin (Advance Dip PUO), Wahida (Degree UMS), Fena (Degree UPM), Dylah (Degree UTHM), Laila (Gadis Bekerjaya), Huda (Degree UNIMAP) and me (UNKNOWN). Bhahaha
Girlfriends & Boypreng. Motip jadi preng sebab ada Wang (3 dari kiri) dari Terengganu tu yang jadi "Preng" Mihmihmih. And sebelah kiri Wang adalah Hazwan from Penang. Now both of them studying Degree in UTHM. Buddyz dah diorang ni. Kemana sahaja berdua.
With Ieka and Aisyah. The "Cantek Girls". Nasib dapat jumpa korang. LOVE
Lepaking time. Dah habis raptai. Kita pergi makan dulu ye. END

-----------------------------------------------------------------------------------------

Now snap-snap Pre-Konvo pula. Ingatkan tak dapat join diorang petang ni. Lepas pujuk abah & umi dapat jugak join walaupun dah nak dekat maghrib. Thanks korang sebab tunggu!! So, Jom layannss the pic!!

Me, Fena & Laila

Me, Fena, Laila, Fatin & Wahida.

Time ni masing-masing dah penat. So buatlah apa jua aksi yang konon-konon spontan. ^^v

Yeahhh. Baling topi sebagai pemberitahuan "Saya dah graduate"


Buatlah apa yang kau suka. haha 
Malu-malu kucen.

Kenapa comel sangat pic neyyy! Duhh. LOVE

End of story Part 2.

Wassalam.

Sunday, April 7

Cerita Konvo Part 1



❤ Bismillahirrahmanirrahim ❤
Assalamualaikum!


Wahhh. Tajuk pun dah terang benderang Cik Anna nak story pasal apa. Yang tak boleh blar ada "Part" bagai. Haha. Korang layankan jelar okeh bila Cik Anna dah start berblogging. Kemainnn.

Ok, sebenarnya Sabtu lepas, 30/03/13 Cik Anna telah memulakan hari dengan merantau seorang diri ke KL. Dari rumah dalam pukul 7.50 nak dekat pukul 8.00 pagi. So, memang tak sempat nak breakfast sebab bas Cik Anna pukul 8.30 pg. 1 Family hantar dekat Petronas, Ayer Hitam. Sebenarnya diorang nak pergi breakfast bukan nak hantar Cik Anna punnn. Alang-alang sekalilah kan. Heheh. Sampai je Cik Anna terus tapau roti. Takut terlapar ke kan. Kang dah lapar migrain pulokk. kihkihkih. Tunggu punya tunggu 8.30 sampailah bas ittew. Tetapi...... (Ewahh, mulalah nak buat suspen) bas ittew tak berhenti dekat Petronas!! Dia berhenti sebelum petronas dekat tempat menunggu bas. Urghhh!! Nasib Abah ku bertindak pantas degan meng"hon" bas ittew. Dan nasib jugaklah pemandu bas ittew perasan "hon" abahku. Haha! Jadi Cik Anna pun naiklah bas dekat nak masuk tol tu. Fuhhhh!! Nasibku baik. Jadi dah salam bye bye semua Cik Anna pun memulakan perjalanan. Cik Anna duduk single seat okeh. Belakang tempat pemandu kedua. So, no privacy at all. Kat situ kau boleh nampak pemandu bas makan ke, nyanyi ke. Semua boleh. Tapi Cik Anna kalau dah naik bas ke kereta ke. WAJIB tidur! Keluarkan sweater konon-konon buat teruk sejuk lantas menidurkan diri sendiri. Agak-agak dah nak sampai badan ni pun pandai, dia pun menyedarkanlah Cik Anna dari tidur. Ohh sebelum tu, bas ni ada berhenti dekat Perhentian Melaka, tak ingat namanya. Kat situ Cik Anna membedal 1 bun roti ikan bilis. Buat alas perut katenye. Muehehe. Dah makan, dah tidur Cik Anna pun duduk diam-diam je dalam bas tu sampailah ke destinasi. Dah mesej Fena bagitawu dah sampai UPM.Dia dok terkejut sebab cepat sangat sampai. Cik Anna pun tak sangkalah nak sampai awal. Ingatkan 4 Jam. Tapi 3 jam je perjalanan. 11.30am on time sampai TBS. Cik Anna takdelar suruh Fena datang cepat-cepat ke hape. Bagi dia siap elok-elok semua sebab lepas ni pukul 3.30pm kitorang nak gerak balik kampung Fena. So, chill dulu. Jadi dah sampai TBS tu, Cik Anna lepak dulu dekat toilet membetulkan tudung yang tak berapa nak jadi. Dah siap dah rasa homeyyyy Cik Anna lepak dekat food court. Tak makan pun, beli roti je. ROti lagi! Hehe. Sebab lepas ni dah set dengan Fena nak lunch dengan dia. Tapi Fena terlambat pulak hari ittew. Sebab jalan jem. Biasalah Key yell. So, 2 jamlah Cik Anna duk melanguk dekat TBS tu sambil lihat orang ramai. Agak-agak dah sejam lebih tunggu mulalah En.Dizzy datang menyerpa. Urghh! Ni yang tak suka ni. Then dalam pukul 1 lebih macam tu Fena pun sampai. Dah salam laga pipi kiri pipi kanan kitorang terus gerak ke LRT Bazaar Rakyat. Sampai je dekat Pudu kitorang terus letak bag dekat Waiting Area (Ok, lepas ni ada cerita dekat sini, huhu) dan gerak ke food court. Dah pesan makanan semua, Encik Fuad pun sampai jugak, setelah Cik Anna memberitahu beliau yang Cik Anna dah ada dekat Pudu. Beliau pun datanglah dengan dua plastik bag. 1 Beg ada cokelat. 1 beg ade Dodol! haha. Hadiah buat Cik Anna sebagai pengganti diri katanya. Yelar, beliau tak hadir ke konvo Cik Anna dengan alasan "Kerja". bagus-bagus. Kerja kuat-kuat okeh!! Dah selesai makan, borak-borak, dalam pukul 3 kitorang pon pergilah dekat Waiting Area nak ambil beg. Jeng Jeng Jeng. Sampai je dekat kerusi tempat kitorang taruk beg tengok dah takde pape dah. Menggelabahlah masing-masing. Yang Fuad ingat kitorang taruk dekat Tempat simpan Luggage. Yang Cik Anna ni pulak tak tahu ade tempat tu. Maklumlah pernah sekali je naik bas dekat pudu, Haishhh. Misi mencari balik bag kitorang. Dah tanya dekat security dan orang yang ada dekat situ, tiba-tiba datang seorang kakak ni bagitawu yang beg kitorang ada sorang Security guard bawak beg Fena dan Cik Anna dekat basement. Berlari kitorang kesana. Yelar bas pukul 3.30 kot. Jumpa dengan Security guard tu ingat bolehlah ambil beg terus. Rupanya TAK! Kena bayar denda. Alahai. Pada pandangan Cik Anna ni taktik diorang untuk cari duit lebih. Sebab mula-mula dia suruh Cik Anna dengan Fuad diam. Yang Fena dah pergi dekat bas nak makesure bas tak gerak lagi. Lepas tu dia pun cakap dengan walkie talkie bagitawu nak buat apa dengan kami. Yang pelik sepatah apa pun tak paham keluar dari walkie talkie tu. Yang keluar bunyi Bzzzz Bzzbzz err, then, Security guard tu kata RM50 sebagai denda. Mak aiii!! Banyak kot. Belum sempat kitorang cakap apa-apa Security guard tu suruh kitorang diam, dia nak merayu katanya. Cik Anna dah start pelik. Dia dok kata yang kitorang ni merayula hapela, then cakap biar dia handle. Lepastu tanya kami macam mana. Sebab dah lambat kitorang pun "deal"lah dengan securitu guard tu nak bayar RM20. Dia terus je ok. So nampak sangat permainan kat situkan. Tapi nasib jugaklah beg tu Security guard simpan, kalau kena ambil dengan pencuri beg macam mana? Tak ke haru. Janji lepas ni tak buat lagi. Huhu! Jadi dah bye bye dengan Fuad, bas pun memulakan perjalanan. Cik Anna dengan Fena punya seat yang belakang sekali. Nak baringkan kerusi ke belakang ke hape memang takla. Duduk tegak je. Kesian kitorang dapat seat rupe itu. Sabar jelah. Yang Cik Anna dah start migrain. Dengan seat tegak, Perghh memang tak selesa. So, dalam perjalanan Cik Anna tidur je. bagi mengelakkan kejadian tak di ingini berlaku. Mihmihmih. Dalam pukul 6 lebih macam tu, bas kitorang berhenti dekat Terminal bas Amanjaya. Terminal baru dekat Ipoh. Amboi canggih dah Ipoh. hehe. Berhenti dekat situ Cik Anna pun bergegas carik surau.  Dan disebabkan migrain yang melanda, Cik Anna pergilah menggagahkan diri cari Panadol. Nasib ada farmasi dekat situ. So apa lagi telanlah panadol 2 biji. Teruskan perjalanan non stop ke Parit Buntar. Sebenarnya dalam bas, Cik Anna perasan ada satu group budak lelaki (4 org)  dalam lingkungan umur 19-20 depan seat kitorang. Diorang ni cara dia cakap pun dah tahu bukan orang utagha. So, Cik Anna dan Fena tanyalah diorang ni dari mana. (Sebenarnya diorang tegur Fena dulu, tanya dah nak sampai ke belum) Rupanya diorang ni student IPG KL. Bakal cikgu rupenye. Patutlah kemas je masing-masing. Bangga Cik Anna tengok anak muda yang sebegitu. Chewahhh! So, dalam pukul 8 kot kitorang sampai Parit Buntar dan dijemput adik Fena. Fuhhh. lega. Syukur dah sampai. Jauh tawu perjalanan Cik Anna semata-mata nak konvo. Sampai je kampung halaman Fena (Kuala Kurau), segala migrain hilang. Hoyehhhh! Layan Fear Factor kejap, lepastu ambil adik bongsu Fena balik tusyen dan beli Tom Yam bungkus. Balik rumah, isi perut, borak-borak dan tidur sebab esok nak berjalan lagi. Memang nyenyak tidur malam tu. Mungkin sebab penat. huhu. Jadi cerita hari esoknya kita sambung dekat Part 2 ye! =D


 Ni salah satu beg plastik yang En.Fuad bagi kat Cik Anna. Ada Dodol dalam dia. Hewhew.

Nilar Dodol Cik Anna tu! Hehe. Omey dia nak kaler Pink Putih jugak. Suka taw!! Nama sebenar dia Doodolls. Tapi nak bagi senang Dodol jelar terus. Kih3. Motip sangat si Fuad bagi Cik Anna Dodol yang tidur jek tawu. Comel macam Cik Anna katanya. Muahahaha! Ini serius! 

Yang ni isi beg plastik lagi satu. Cokelat!!! Hemo hemo hemo. Masyehhh kat Fuad sebab sudi cari dan bagi Cik Anna hadiah. Cik Anna tak bagi dia hadiah pong time Konvo dia. Nak buat cane, masa tu takdak duit. Student lagi. Tapi sampai sekarang ni pun Cik Anna takde bagi hadiah pape. Kesian kat dia. Haha! Nantilah kalau ade rezeki ye! =D

Ok tu je cerita Konvo Cik Anna Part 1 punya. nanti Cik Anna story pulok cerita Part 2 dan 3. hehe. Have a good day everyone! 

p/s: Nak bersiap pergi kenduri kawen member time sekolah rendah. Hamboii. Kawen dah dia. Tahniahla ye!!

Friday, February 8

Mystery FREE GIFT


❤ Assalamualaikum w.b.t ❤

Hai uoll!! Amboii kemain up lagi satu entry malam ni kan. Ini menandakan Cik Anna tetibe terajin. So, itu bukan sesuatu yang normal. Ahakss. Kalau tajuk entry GIFT mesti semua orang suka kan. Cik Anna memang suka gilos kalau bab GIFT-GIFT ni. Adalah satu hari ni Cik Anna terjumpa satu Page yang jual produk-produk kecantikan dari Jepun. Alahaiii, omeynyeeeee!!! Dahlah owner page tu memang Cantik! Dia jual pulak barang-barang yang sangat homeyyy! Cik Anna yang perasan homeyy ni pun memang tak berkeliplah usha page dia. Sebab memang comey gilosss. Satu hari Cik Anna dok usha. Pikir nak beli apa. Last-last Cik Anna amek Foundation. Octard Foundation. In Shaa Allah esok barang tu akan dipos ke Malaysia. Hope selamatlah sampai ye. Tak sabar pulak Cik Anna ni kan. Ihiks. Best tau korang, pergilah jenguk. Ni page Kak Wani yang sangat cantik --> Waniees facehouses (naturactor original made in japan)japan&korea beauty Kalau tengok produk-produknya tetibe korang yakin boleh jadi cantik macam orang Korea dan Jepun. Pulakkan. Korang trylah, lepas tu boleh story kat Cik Anna produk yang best. Boleh Cik Anna try kalau kewangan mengizinkanlah. Muehehe. Oh ye, apa yang Mystery Free Gift tukan. Actually ni khas untuk Customer Cik Anna. Mana yang tak tahu Cik Anna ni agen produk Catalyst, Korang bolehlah jenguk page Cik Anna, Annur Indah Beauty & Health Shoppe. Sebok nak promote page sendiri jugak kens. Haha suka hati Cik Anna la. :p Jadi begini, setiap pembelian produk Catalyst yang bernilai RM50++ Cik Anna akan bagi FREE POSTAGE + MYSTERY FREE GIFT dekat korang! Dan Mystery Free Gift tu adalah salah satu item yang dijual dekat page Waniees facehouses (naturactor original made in japan)japan&korea beauty. Cik Anna takdelah sediakan banyak-banyak Free Gift, jadi siapa cepat dia dapat. marilah ramai-ramai jaga kesihatan. Banyak benefitnya taw. Sihat dapat, Cantik dapat, Jimat dapat, FREE GIFT pun dapat. =D suka suka!! 

Ok uol Bye Bye!!

p/s: Motip sangat dok highlight word Comeyy banyak-banyak. Semata-mata nak prove yang produk tu memang comey. Ahaksss. Oh ye, Tuan Empunya page yang Cik Anna letak dekat blog ni Cik Anna minta kebenaran ye CC:: K.Wani. =) XOXO