Pages

Thursday, June 21

Jeng Jeng Jeng :)

Assalamualaikum & Morning!
Hai peeps, macam mana hari ni? Sihat? Seronok? Apa-apa pun saya nak mengucapkan Salam 1 Syaban kepada semua saudara seIslam saya. Wahhh. Dah masuk bulan Syabankan. Lagi selangkah je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Seronoknya dah nak puasa dah. Kalau kecik-kecik dulu, kalau boleh nak skip bulan Ramadhan. Ingat nak raya je. Kini tak lagi. Muehehe.


Ok back to the title untuk hari ni. Kenapa Jeng Jeng Jeng? Ingat ikut cara Johan cakap dalam Super Spontan ke?(Manusia yang tengok Super Spontan je tawu). No, no, no. Ini bukan Super Spontan ye. Entry kali ini tentang DIET! Ok no more diet actually. Entry kali ni tentang cara kurangkan berat badan dengan betul dan baik untuk kesihatan. Selama ni, girl kalau diet mesti tak makan. Ataupun makan sekali je sehari ataupun still makan tapi tak makan nasi. And lagi satu kalau pergi mana-mana tempat joging pasti akan kelihatan seorang dua girl yang tengah joging. Selain orang yang berumur la. Pada saya Diet dan Joging itu synonim. Kalau diet mesti beria nak joging. Ok semua itu sebenarnya berlaku pada diriku ini. Tapi cuma seketika. Ya cuma apabila hati ini terdetik dan berkata-kata "Oh, dah gemuk sangat dah badan ni, diet-diet, lepas ni nak joging". Dan secara pastinya semua itu terdetik apabila diri ini terajin sekejap.Muahaha. Dan sememangnya malas itu selalu. So, padanlah muka kalau berat badan tu naik tak turun-turun.

 Reaksi muka time diet.Haha!

Eh, kejap kenapa ana ni rajin sangat cakap pasal kurangkan berat badan? Mimpi jadi obesiti ke? HOh! Nasiblah tak mimpi lagi kalau tak mau nye tak makan sebulan. Ceh, boleh ke? Entah-entah bila lapar je terus tak ingat dah mimpi tu. Actually pagi-pagi tadi dah blog walking dekat blog yang saya follow, ofcoursela salah satu nya blog Fatin Liyana yang baru post entry baru dekat blog dia. So, guys mana yang dah baca bolehlah vote untuk dia. Kalau mana yang tak tahu nak pergi mana ni link dia http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/06/levis-nak-kasi-korang-hadiah-nak-tak.html boleh klik terus. Mana yang dah tahu ofcourselah teruja dengan bakal Doctor yang cantik ni. Well, saya agak lambat sikit sedar tentang individu yang gorgeous ni. Baru tahun ni jadi follower dia. So, tak kesahlah yang penting tak ketinggalan. Haha! Ok, kalau korang tengok entry dia mesti pelikkan, eh mana yang tentang kuruskan badan tu takde pon. Hehe,bukan kat entry yang ni lar guys. Dekat entry tips dia weh. Ni link dia ---> Nak kurus? Sila Klik! Haha! cepat klik and read! Entry ni dah dua tahun weyh! Lambatnya kau ana?? Hohoho, kan ceq dah habaq tadi yang ceq baru taw dia ni tahun ni. Awat hampa tak paham? Ok, enough. Pada saya kalau bab kesihatan, ilmu dan sebagainya even zaman purba kalau benda tu baik sampai tahun 2020 pun orang still ikut dan guna kan? So, kalau dah baca saya cuma nak ringkaskan jelar. Jeng jeng jeng :-

1. Benda first mesti time makan. Pada yang asyik tak nak makan sebab nak diet tu silalah makan breakfast, lunch and dinner korang. Tapi dalam kuantiti yang minimal, bukan maximum ok. Janganlah skip-skip waktu makan korang sebab nanti bila lapar mulalah nafsu tu nak makan banyak-banyak. Tapi janganlah tambah-tambah waktu makan tea-time lah supperlah. Oh nafsu semua itu.

 Fruits kenalah separuh pinggan, so bayangkan berapa banyak je nasi dan lauk. :)

2. Then. NO JUNKFOOD! Junkfood bukan sahaja jajan, gula-gula, twisties, potato chips. Biskut pon termasuk tahu! Tak kesahlah biskut lemak ke, biskut tiger ke, oat ke. Aigoooo, saya pun baru tahu yang biskut-biskut ni lagi tinggi kalori dia dari nasi. Entah-entah Nyum-nyum, Nini, Tora pon sama kalori tinggi. Haha! Ni saya dan Anum je yang tawu kenapa. So better korang just makan time waktu makan, and kalau lapar makan roti and minum milo je. Kata kak Fatin Liyana kitalah. Pada saya, its sooo trueeee. Janganlah pulak mengade-ngade masuk dapur cari maggi pulok.

 Sila AVOID ye kawan-kawan.

3. Yang ni untuk kesihatan sekali. Lately ni saya risau jugak sebab duduk rumah memang tak buat apa la. Bangun, breakfast, duduk depan tv. online, ambil adik balik sekolah, then sambung tengok tv dan online. Bila masanya lah peluh ni nak keluar, makin beratlah badan ni gamaknya. Tapi lepas jumpa entry Fatin Liyana ni terus dapat idea nak keluarkan peluh macam mana. Lepas ni nak bawak adik pergi taman permainan dengan hanya berjalan kaki. Memang bagus jugaklah sebab taman tu pun agak jauh jugaklah. So, jomlah kita amalkan sikap suka berjalan laju-laju dan bukannya lenggang lenggok. Pada yang bawak kereta, jangan mengade nak parking dekat-dekat je, parking jauh sikit then boleh jalan kaki dengan pantas. Pada yang malas nak naik tangga tu, asyik nak tunggu lif je better carilah tangga lepas ni. Hehe. Tapi memang betullah! Time study kat poli dulu, masa sem1 sampai sem 3 badan saya takdelah nampak gemuk sangat, muka pun takdelah bulat sangat. Bukan nak kata I kurus okeh cuma tak gemuk macam sekarang. Semuanya sebab time sem 1 bilik hostel tingkat 4 and hujung sekali. Memang turunlah berat badan time tu. I loikee. Lepas tu sem 2 dengan sem 3, duduk rumah sewa. Agak jauh jugakla nak menapak tu. So, berat badan pun takdelah naik sangat. Boleh maintain lagi. Then, sem 4 praktikal. Time ni dah ada motor, tapi still lagi badan tak naik sangat sebab asyik kerja. Makan pon bila waktu makan je. Tapi bila sem 5 dengan sem 6, semua orang tegur saya dah gemuk. Yelar berjalan memang dah kuranglah sebab asyik naik motor je. Dan suka sangat makan makanan ringan. So, terimalah akibatnya. Jadi sekarang nak makesure petang je bawak adik pergi main. Hohoho. Sebab kalau nak jalan sorang-sorang, MALU! I memang pemalu okeyh.


 Lepas ni bolehlah bawak adik memasing pergi taman permainan. No malas-malas.

4. Yang last ni apa-apa pun benda yang kita buat kena konsisten dari yang first sampai yang last. Jangan Hangat-hangat tahi ayam je. Tu biasanya saya lah! Haha. Tapi kalau serius nak kurangkan berat badan kena follow the rules lah kan.



Ok, guys dapat dah tips-tipsnya? Boleh ikut dah lahkan. Kalau nak yang more detail just pergi je kat blog Fatin Liyana ni. Macam-macam tips yang u guys boleh dapat. Seronokkan bila dah dapat tips yang best ni. Takdelah burden sangatkan. Ada tips jangan ini jangan itu. Buat ini buat itu. Last-last sekejap je kita boleh ikut. Lepas tu back to normal. Oklah sampai sini je. Hope mana yang baik itu sama-samalah kita amalkan ok! :D

As usual "Have a good day uolls!" And as usual too semua picca adalah ihsan dari Mr.Google kita. :)

Wassalam~

p/s :: semalam baru je umi beli chipsmore 2 paket. Haishhh. Buat-buat tak nampak jelar. (Padahal dah termakan 1 time baby hulur tadi, time makan baru tersedar, "Eh, junkfood ni! Dah makan takpela 1 je") Haha! Korang jangan buat pulak taw! Sila Serius! Hehe.

Wednesday, June 20

Hindustan kini~

Assalamualaikum.
Hai peeps, masih tak tidur lagi? Same goes to me. Kunun-kunun lah nak layan hindustan tapi yang tak syoknya hindustan malam ni tak best. Sorry to say la memang cerita hindustan sekarang dah tak best dah tak menyengat, dah tak meleleh air mata macam cerita time zaman sekolah dulu. Sekarang dengan hero dan heroin yang memang tak best langsung. Bagi peminat hindustan macam saya yang cuma akan layan hindustan yang ada heroin dan hero yang best je kalau tak "bolayan".
Actually, tak tahulah sama ada penerbit tv dah tak tahu nak siarkan cerita yang best or dia memang tak tahu apa-apa pasal hindustan. Chewah! Macam saya ni teror sangat kan pasal hindustan. Tapi seriously cuba kita tengok eh, cerita yang paling menyentuh perasaan saya, sampai saya nangis meleleh hingus semua. " Kal Ho Na ho". Jalan cerita yang sangat menarik. Pelakon yang hebat-hebat. Ofcourse lah hebat Preity Zinta tuh. My favourite actress ever. Beautiful! Gorgeous dan segala bagai. Jangan terkejut kalau ada yang panggil saya Preity Zinta time sekolah dulu. Memang banggalah habaq hang. Then Shah Rukh Khan, memang tak dapat dinafikanlah dia memang actor yang hebat, berapa banyak filem dia yang meletup-letup. Hero kedua pula Saif Ali Khan. Dia ni macam ada aura, memang best! Mana yang tak tahu filem Kal Ho Na Ho ni ada ihsan dari Mr.Google. Tayang picture kejap. Muehehe.
  Ni lah pelakon-pelakon hebat Kal Ho Naa Ho.

Last-last bestfriend ni bersama, sebab Shah Rukh Khan mati dalam cerita ni. Tapi memang sweet sangat cerita ni.


Beautiful ha? Just like me. What???Jealous lettew. Muahaha

Ok, next filem pulak yang memang meletup. Kabhi Kushi Kabhi Gham. Family punya story. Tapi memang best. Lagu sedap-sedap. Jom tengok gambar.

Pelakon cerita ni pun boleh tahan hebat.
Dalam cerita ni Kajol memang lawa. Tak dapat dinafikan.

Last filem ni rasanya tak ramai yang tahu. Main Hoon Na. Cerita ni masa saya zaman sekolah. Form 2 kot. Entah tak ingat dah. Story dia tentang Shah Rukh Khan menyamar jadi pelajar dekat 1 kolej. Dia sebenarnya askar yang ditugaskan menjadi guard kepada anak perempuan kapten dia yang pada masa tu nyawa anak kapten tu terancam sebab ada terorist ugut nak bunuh anak kapten tu. Tapi dalam pada masa yang sama Shah Rukh Khan juga cari adik dan mak tiri dia yang ayah dia amanahkan untuk cari sebelum mati. Well, memang nice story, kelakar semua ada. Lagu pun best. :)

Ni, pelakon utama filem ni. Well Zayed Khan memang handsome lah! 

Yang kiri tu Zayed Khan, dalam cerita ni dia tak gred-gred dah berapa tahun dah. Sebab sikap dia yang memang suka sangat main-main. Yang kanan tu anak perempuan kapten. Dalam cerita ni mula-mula dia macam kasar dan tak suka bergaya sebab ayah dia nak anak lelaki tapi dapat anak perempuan. Nak tahu lebih pergilah cari ok cerita ni. :p

Well, memang cerita-cerita kat atas ni best. Layan banyak kali pon takpe. Tak bosan langsung. Tapi hindustan sekarang? Cerita tak best, lagu pun tah hape-hape. So, wahai tv sekalian silalah siarkan hindustan yang best-best ok. :)

Oklah. Stop kat sini. Nyte semua. Have a blast! Don't forget to recite ur doa before sleep ok. 

p/s:: teringat time kursus CompTIA A+, layan Kal Ho Naa Ho dengan anum. saya beria menangis, tapi anum rileks je. Ceh, hati batu sungguh budak itu. Tapi tular memori hari-hari terakhir dengan anum sebelum berpisah. Sedih!

Extreme Couponing


Assalamualaikum & Morning!

Hai peeps, pernah dengar cerita pasal Extreme Couponing? Pagi ni bangun je dari tidur terus tengok tv then cari la siaran mana yang best nak tengok. Apalagi terus info dekat tv cari cerita best. Malangnya Astro dah tak bagi free. So, takdela HBO ke ABO ke Cel ke cerita cina ke semua takde. Yang ada WARNA and Citra je. Tapi tu pon tengah cerita tak best. Saya pon tekanlah remote 707 Astro TLC. Wahhhh, macam best je cerita ni. "Extreme Couponing". Cerita ni pasal housewife or ladies yang membeli belah cuma menggunakan kupon yang diorang kumpul dari majalah, surat khabar or mana-mana iklan. Kumpul punya kumpul dapatlah kupon yang berlambak macam kat bawah ni.



Banyakkan? Tapi kalau tengok dalam tv lagi banyak yang diorang kumpul. Sampai satu masa diorang pon dah ready dengan segala budget nak belanjakan kupon diorang tu. Kalau nak tahu bukan 2-3 barang je diorang beli. Tapi dalam 1 produk tu, contohlah ubat gigi colgate ade promosi guna kupon tu then diorang akan beli 10 atau lebih ubat gigi colgate tu. Maksudnya bukan 1 je barang yang kita boleh beli guna kupon tapi lebih dari 1. Dan biasanya diorang akan beli secara banyak. Kalau betul budget diorang ni, diorang tak perlu keluarkan sesen pon nak membeli belah. Ataupun dalam banyak-banyak barang yang diorang beli tu diorang cuma perlu bayar 6% je dan jimat 94%. Best sangatkan. Then, korang boleh simpan barang-barang tu macam store kat rumah korang. Bagi saya sangatlah AMAZING! Macam pic kat bawah ni. Silalah tengok. :p


Dah macam kedaikan. Tapi tular tersangatlah jimat. Barang yang diorang beli guna kupon ni boleh tahan sampai setahun or lebih kot. Bagi saya, kalau ramai perempuan yang boleh jimat dan pandai berbelanja macam ni mesti berbaloi sangat. Duit yang ada boleh spent untuk beli benda lain. Nak kena try neh. Tapi bila dah kerja lah. Miahahaha. 

Tiba-tiba teringat kupon Tesco bagi, tak guna pon lagi. Kat sini dah takde Tesco pulak. Haishhh. Guane neh. Tapi selalu jugak berangan Tesco bagi saya kupon banyak-banyak. Mesti seronok sebab ada 1 hari tu time beli barang-barang keperluan adalah sorang apek ni dia beli barang yang sangat banyak untuk Chinese New Year tapi dia takde kad Tesco, so macam rugilahkan kalau beli bebanyak tak guna kad Tesco, POINT tuh!. Apek tu pon tanyalah seorang makcik kat belakang dia ada kad tesco or tak, makcik tu jawab takde. So, saya dengan bangga and muka tak malunya meng "offer" kan kad tesco yang saya ada. Muahahaha. Dalam hati, "Puas hati aku!".

Ok tu jelar cerita tentang kupon pada hari ni. Hope dapatlah share something yang bermanfaat. Sebab sekarang kalau tengok girl kalau berbelanja tak reti langsung nak jimat. Sangatlah horrible kalau tahu belanja je tapi tak tahu nak spent langsung. So, cari alternatif la kan untuk halang diri dari boros. Guna kupon! Hope Mall-mall or supermarket kat Malaysia ni buat lebih banyak kupon.

Alright, sudah pon membebel tentang kupon kan. Rasanya cukuplah untuk hari ni, ok peeps have a good day okeh. 

Wassalam~

Have a blast all! :)

p/s:: Entry lepas ni maybe nak story pasal Candy Queen pula. Cerita dekat Astro jugak. Menarikla untuk peminat candy macam saya!

Tuesday, June 19

Masa Berlalu

Assalamualaikum..
Hai peeps, actually tak ada benda sangat nak story. Just nak make sure blog saya ni tak hilang dek zaman dan tak lapuk dek hujan. Chewahh! Gitukan peribahasanya.
Sekarang ni saya masih lagi duduk menghadap laptop, cek email, online fb and twitter, bukak dashboard blog tengok new entry dari blogger-blogger favorite. Dan begitulah alkisahnya sepanjang hari. Sebenarnya, main reason cek email nak tengok kalaulah ada mana-mana company yang nak panggil saya interviewkan. Sememangnya saya mengamalkan konsep, job please come to me, bukannya job where are you?let me find u. Haha! Betapa sengalnya diri ini. Well, memanglah dah apply dah send resume tapi haruslah bersabar dan berdoa kepada Allah supaya memberikan kerja yang terbaik untuk kita. Niat memang nak cari part-time job dulu dekat Yong Peng ni, tapi entahlah kemahuan melaksanakan tu takde lagi. Tunggu member cuti sem then nak pergi cari kerja sama-sama. Ceh, nak kena berkawan jugak. Huhu. Bukannya apa, saya kan baru pindah dekat YP ni balik. So, better tunggu penduduk tetap kat sini a.k.a my friend cadangkan tempat mana yang ok kalau nak kerja. Muehehehe.
Oklah, cukuplah untuk entry kali ni. Hope jumpa lagi dekat entry akan datang. :)
Have a blast all!
Wassalam~

p/s :: mahu mandi, pergi ambil baby a.k.a adik balik sekolah, then pergi bank. Penganggur terhormat katakan. Hehe

 Latest pic of me. Well, memang dah lama tak pakai tudung bawal and ni lah tudung bawal yang pertama setelah sekian lama. Nampak awkward kan. Well, memang fail lah nak meng 'ejas' tudung ni bagi terletak betul-betul. Sememangnya tudung Syria di hati. Muehehehehe.

Saturday, June 16

Dear Me,

Salam, alahai. 1 lagi entry untuk membuktikan bahawa i'm not deserve to be a blogger.
Eh, kenapa tetibe pulak ni? Ni bukan tetibe dah, ni kenyataan. Everytime bukak blog nak tulis entry baru mesti kata blog ni dah bersawang, berhabuk sampai boleh selsema.
Actually banyak nak story dalam blog ni, tapi bila postpone dan postpone sampai tak tawu dah nak story yang mana satu. Jalan mudah dah tak payah tulis, penat, malas jadi silent reader je.
So, kepada diri ini yang sedang bergelar penganggur berstatus tinggi, silalah rajin mengupdate blog anda.
Well, nak storylah sikit kan. Alang-alang dah menulis ni. Saya sudah menghabiskan pengajian Diploma in Networking System. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Bukan setakat bawak sijil diploma je untuk umi and abah tapi turut bawak pulang bersama professional certificate CompTIA A+. Syukur sangat-sangat dapat lulus cert tu dengan markah yang sangat memuaskan.
Jadi, sekarang ni fikir-fikir nak cari kerja dulu, abah pun pesan try apply kerja dulu kalau bagus, gaji ok teruskan kerja nanti degree buat off campus je. Memang terfikir macam tu sebab sekarang ni betapa ramainya orang yang ada kelulusan degree dan diploma takde kerja. Satu reason yang sangat jelas adalah kerana ketiadaan EXPERIENCE. So, baiklah aku ni cari kerja dulu. Hope adalah rezeki kat mana-mana. Sesiapa yang tebaca entry ni doakanlah saya dapat kerja yang terbaik untuk saya. :)

p/s: stop sini dulu, umi ajak pergi carik cili api.muehehehe.

Have a blast all! l.o.v.e a.n.a :)