Pages

Thursday, June 21

Jeng Jeng Jeng :)

Assalamualaikum & Morning!
Hai peeps, macam mana hari ni? Sihat? Seronok? Apa-apa pun saya nak mengucapkan Salam 1 Syaban kepada semua saudara seIslam saya. Wahhh. Dah masuk bulan Syabankan. Lagi selangkah je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Seronoknya dah nak puasa dah. Kalau kecik-kecik dulu, kalau boleh nak skip bulan Ramadhan. Ingat nak raya je. Kini tak lagi. Muehehe.


Ok back to the title untuk hari ni. Kenapa Jeng Jeng Jeng? Ingat ikut cara Johan cakap dalam Super Spontan ke?(Manusia yang tengok Super Spontan je tawu). No, no, no. Ini bukan Super Spontan ye. Entry kali ini tentang DIET! Ok no more diet actually. Entry kali ni tentang cara kurangkan berat badan dengan betul dan baik untuk kesihatan. Selama ni, girl kalau diet mesti tak makan. Ataupun makan sekali je sehari ataupun still makan tapi tak makan nasi. And lagi satu kalau pergi mana-mana tempat joging pasti akan kelihatan seorang dua girl yang tengah joging. Selain orang yang berumur la. Pada saya Diet dan Joging itu synonim. Kalau diet mesti beria nak joging. Ok semua itu sebenarnya berlaku pada diriku ini. Tapi cuma seketika. Ya cuma apabila hati ini terdetik dan berkata-kata "Oh, dah gemuk sangat dah badan ni, diet-diet, lepas ni nak joging". Dan secara pastinya semua itu terdetik apabila diri ini terajin sekejap.Muahaha. Dan sememangnya malas itu selalu. So, padanlah muka kalau berat badan tu naik tak turun-turun.

 Reaksi muka time diet.Haha!

Eh, kejap kenapa ana ni rajin sangat cakap pasal kurangkan berat badan? Mimpi jadi obesiti ke? HOh! Nasiblah tak mimpi lagi kalau tak mau nye tak makan sebulan. Ceh, boleh ke? Entah-entah bila lapar je terus tak ingat dah mimpi tu. Actually pagi-pagi tadi dah blog walking dekat blog yang saya follow, ofcoursela salah satu nya blog Fatin Liyana yang baru post entry baru dekat blog dia. So, guys mana yang dah baca bolehlah vote untuk dia. Kalau mana yang tak tahu nak pergi mana ni link dia http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/06/levis-nak-kasi-korang-hadiah-nak-tak.html boleh klik terus. Mana yang dah tahu ofcourselah teruja dengan bakal Doctor yang cantik ni. Well, saya agak lambat sikit sedar tentang individu yang gorgeous ni. Baru tahun ni jadi follower dia. So, tak kesahlah yang penting tak ketinggalan. Haha! Ok, kalau korang tengok entry dia mesti pelikkan, eh mana yang tentang kuruskan badan tu takde pon. Hehe,bukan kat entry yang ni lar guys. Dekat entry tips dia weh. Ni link dia ---> Nak kurus? Sila Klik! Haha! cepat klik and read! Entry ni dah dua tahun weyh! Lambatnya kau ana?? Hohoho, kan ceq dah habaq tadi yang ceq baru taw dia ni tahun ni. Awat hampa tak paham? Ok, enough. Pada saya kalau bab kesihatan, ilmu dan sebagainya even zaman purba kalau benda tu baik sampai tahun 2020 pun orang still ikut dan guna kan? So, kalau dah baca saya cuma nak ringkaskan jelar. Jeng jeng jeng :-

1. Benda first mesti time makan. Pada yang asyik tak nak makan sebab nak diet tu silalah makan breakfast, lunch and dinner korang. Tapi dalam kuantiti yang minimal, bukan maximum ok. Janganlah skip-skip waktu makan korang sebab nanti bila lapar mulalah nafsu tu nak makan banyak-banyak. Tapi janganlah tambah-tambah waktu makan tea-time lah supperlah. Oh nafsu semua itu.

 Fruits kenalah separuh pinggan, so bayangkan berapa banyak je nasi dan lauk. :)

2. Then. NO JUNKFOOD! Junkfood bukan sahaja jajan, gula-gula, twisties, potato chips. Biskut pon termasuk tahu! Tak kesahlah biskut lemak ke, biskut tiger ke, oat ke. Aigoooo, saya pun baru tahu yang biskut-biskut ni lagi tinggi kalori dia dari nasi. Entah-entah Nyum-nyum, Nini, Tora pon sama kalori tinggi. Haha! Ni saya dan Anum je yang tawu kenapa. So better korang just makan time waktu makan, and kalau lapar makan roti and minum milo je. Kata kak Fatin Liyana kitalah. Pada saya, its sooo trueeee. Janganlah pulak mengade-ngade masuk dapur cari maggi pulok.

 Sila AVOID ye kawan-kawan.

3. Yang ni untuk kesihatan sekali. Lately ni saya risau jugak sebab duduk rumah memang tak buat apa la. Bangun, breakfast, duduk depan tv. online, ambil adik balik sekolah, then sambung tengok tv dan online. Bila masanya lah peluh ni nak keluar, makin beratlah badan ni gamaknya. Tapi lepas jumpa entry Fatin Liyana ni terus dapat idea nak keluarkan peluh macam mana. Lepas ni nak bawak adik pergi taman permainan dengan hanya berjalan kaki. Memang bagus jugaklah sebab taman tu pun agak jauh jugaklah. So, jomlah kita amalkan sikap suka berjalan laju-laju dan bukannya lenggang lenggok. Pada yang bawak kereta, jangan mengade nak parking dekat-dekat je, parking jauh sikit then boleh jalan kaki dengan pantas. Pada yang malas nak naik tangga tu, asyik nak tunggu lif je better carilah tangga lepas ni. Hehe. Tapi memang betullah! Time study kat poli dulu, masa sem1 sampai sem 3 badan saya takdelah nampak gemuk sangat, muka pun takdelah bulat sangat. Bukan nak kata I kurus okeh cuma tak gemuk macam sekarang. Semuanya sebab time sem 1 bilik hostel tingkat 4 and hujung sekali. Memang turunlah berat badan time tu. I loikee. Lepas tu sem 2 dengan sem 3, duduk rumah sewa. Agak jauh jugakla nak menapak tu. So, berat badan pun takdelah naik sangat. Boleh maintain lagi. Then, sem 4 praktikal. Time ni dah ada motor, tapi still lagi badan tak naik sangat sebab asyik kerja. Makan pon bila waktu makan je. Tapi bila sem 5 dengan sem 6, semua orang tegur saya dah gemuk. Yelar berjalan memang dah kuranglah sebab asyik naik motor je. Dan suka sangat makan makanan ringan. So, terimalah akibatnya. Jadi sekarang nak makesure petang je bawak adik pergi main. Hohoho. Sebab kalau nak jalan sorang-sorang, MALU! I memang pemalu okeyh.


 Lepas ni bolehlah bawak adik memasing pergi taman permainan. No malas-malas.

4. Yang last ni apa-apa pun benda yang kita buat kena konsisten dari yang first sampai yang last. Jangan Hangat-hangat tahi ayam je. Tu biasanya saya lah! Haha. Tapi kalau serius nak kurangkan berat badan kena follow the rules lah kan.



Ok, guys dapat dah tips-tipsnya? Boleh ikut dah lahkan. Kalau nak yang more detail just pergi je kat blog Fatin Liyana ni. Macam-macam tips yang u guys boleh dapat. Seronokkan bila dah dapat tips yang best ni. Takdelah burden sangatkan. Ada tips jangan ini jangan itu. Buat ini buat itu. Last-last sekejap je kita boleh ikut. Lepas tu back to normal. Oklah sampai sini je. Hope mana yang baik itu sama-samalah kita amalkan ok! :D

As usual "Have a good day uolls!" And as usual too semua picca adalah ihsan dari Mr.Google kita. :)

Wassalam~

p/s :: semalam baru je umi beli chipsmore 2 paket. Haishhh. Buat-buat tak nampak jelar. (Padahal dah termakan 1 time baby hulur tadi, time makan baru tersedar, "Eh, junkfood ni! Dah makan takpela 1 je") Haha! Korang jangan buat pulak taw! Sila Serius! Hehe.

No comments:

Post a Comment