Pages

Tuesday, January 15

PLANNER


❤ Assalamualaikum ❤

Hai uoll. Amboi rajin Cik Anna update blogkan. Mimpi apakah?? Ok ni Cik Anna nak story pasal Planner. Korang tahu tak Planner tu hape? Planner ni biasa orang kerja ramailah guna. So, alkisahnya, Ayong, kakak Cik Anna tu. Masuk je 2013 duk hegeh-hegeh cari planner + bising-bising sebab tahun ni tak dapat planner katanya. Then, hari apa tah Cik Anna tak ingat, Cik Anna temanlah dia pergi cari dekat Plaza Angsana. Pada Cik Anna Planner tu takde pun takpe. Tapi pada Ayong planner tu penting. Kalau tak semua tak jadi. Kira macam tular. Dah jumpa planner dia memang diam teruslah takde bising-bising dah. Senyum pun sampai ke telinga. Amboiiii. Yang Cik Anna ni macam biasalah buat slumber badakla. Penting ke tak penting ke tak masuk kepala. Hehe. Then 2 hari lepas kot. Dia ada bawak 1 buku. Rupa macam buku tulis Sains jek. Rupanya buku tu Planner yang ofis dia bagi. Ceittt. Memang gelak habislah. Dengan bongkaknya Ayong kata "Nasib aku beli Planner yang cantik lagi". Then planner yang dia dapat tu dia bagilah Cik Anna. Cik Anna diam jek sebab dalam kepala tak penting. So, tercampaklah Planner tu kat sebelah. Then malam tadi time kemas-kemas laptop and barang-barang sekeliling laptop, Cik Anna kemaslah sekali Planner tu. Cik Anna terkeluarlah ayat "Planner ni nak buat apa, aku mana ada apa-apa perancangan (dengan muka blurr)". Ayong dengan kakak rumah dengar memang gelaklah diorang. Cisss. Kena gelak je dengan diorang ni. Bagi diorang plan tu penting. Ade je benda nak buat. Tapi Cik Anna ni seumur hidup tak pernah pulak plan apa-apa. Kalau orang lain sibuk nak tunaikan azam, tulis azam, buat azam. Tapi Cik Anna 1 azam pun tak pernah ada. Apa jua benda yang Cik Anna nak buat semua dalam kepala. Pam pung pang dalam kepala jek. Kadang-kadang tu nak plan apa pun tak tawu. Sebab biasanya kalau Cik Anna plan nak amek lesen ke hape Cik Anna akan cakap, then tengok keadaan kalau ada duit lebih then ON kalau tak postpone. So, sekarang ni Cik Anna tengah pikir, nak guna Planner ke tak nak. Mueheehehe. Sungguh tak retila. Adakah semua orang yang berfikiran LOGIK sama keadaan dengan Cik Anna ni?? Jadi uoll janganlah marah kalau Cik Anna ni tak tahu bila tarikh cuti secara tepat. Contoh, Raya Cina. Sungguh Cik Anna tak tahu bila tarikhnya. Sedissss sungguh. Kalau takde orang bagitahu takdelah Cik Anna tahu. Kesiankan. Nak kena ubah ni. Hukhukhuk.


Nilar rupe Planner tu. Hehe. Kemain macam buku latihan Sains. Korang jangan gelak, sekeh kang.

Oklah, pada yang hidup dia tu sentiasa ada plan, SYABAS Cik Anna ucapkan. Bagi yang takde apalah salahnya kita atur hidup kita ni lebih baik lagi. Change for good, banyak benefitnya. Cik Anna rasa nak cari kerja dalam ofislah. Nak rasa life sebagai seorang pekerja ofis. Ayong pun nak tukar ofis baru. So, Cik Anna suruh dia usha ada kerja yang sesuai tak untuk Cik Anna.  Sekali dia kata ada, "Mak Odah dah nak pindah dah, kau gantilah" Lepastu dia gelak. Ni kalau tak kerja nak main-mainkan aku memang tak sah. Cik Anna awal-awal jerit kat Ayong "Aku tak nak duduk JB sorang-soranglah!" Kalau uoll tak paham apa  yang Cik Anna storykan Cik Anna mintak ampunlah. Jumpa lagi okeh. Daaaaa
Wassalam.. :)

Monday, January 14

Next Plan??

❤Assalamualaikum❤

Hai korang. Mesti ramai yang Monday Blue's hari ni kan. haha. Tak yah la eh nak monday blues sangat. Kerja tetap kena jalan. Biasanya hari isnin ni la yang paling sibuk. Sebab last week punya kerja nak kena sambung then hari ni la nak dapat kerja baru. Tapi Cik Anna tak la. Cik Anna hari-hari dapat new task. So, ni tengah tunggu bos bagi new task. Hurmm. Tunggu jelar eh.

Actually Cik Anna tengah blurr + tak dapat terima kenyataan. Lepas ni Cik Anna tinggal sorang-sorang dekat JB ni sebab sis akan balik ke Yong Peng(YP). Ohh sangat sedih. Cik Anna dahla takde kawan kat JB mahupun officemate. Nanti Cik Anna nak bercakap dengan sape? Bergurau dengan sape? Hari tu sis Cik Anna pergi kursus pun Cik Anna dah boring tahap melampau. Nampak sangatkan lonely tu. Cik Anna boleh je nak balik YP tu sekali, tapi kat YP takde line P1. Cik Anna pulak tak boleh nak batalkan kontrak dengan P1. Sedih betul! So, sekarang ni tengah bersabar. Kerja macam Cik Anna ni kena ade teman serumah dan kawan yang Cik Anna boleh ajak berbual, bergelak ketawa. Yelar, dari pagi sampai ke malam ngadap laptop. Mestilah nak ada interaksi dengan manusiakan. Tapi nak buat macam manakan. Inilah perancangan Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. So, Cik Anna redha jelar. Now nak go on dengan hidup ni. Sekarang ni dah daftar nak ambil lesen kereta. Tunggu diorang call tetapkan tarikh. Bolehlah Cik Anna habiskan lesen ni cepat-cepat. Berdoa sangat-sangat supaya sentiasa ada rezeki untuk Cik Anna dari Allah S.W.T. 

Oklar, sebenarnya tak maniskan kalau nak menulis yang sedih-sedih. Cik Anna ingat pesan blogger Fatin Liyana. Dia takkan menulis kalau dia tengah sedih. Sebab nanti cerita jadi tak best. So Cik Anna stop kat sini dulu ye. Have a good day semua!!

Sunday, January 13

Mood : Menulis~


Assalamualaikum

Wahhh, tetibe jekk rajin nak update blogkan. Mimpi ke Cik Anna Lee ni?? Oklar, aku sebenarnya konfius dengan diri sendiri. Kalau korang perasanlakan, aku ni kejap gelarkan diri aku "aku", "saya", "ioll" dan etc. La ni, Cik Anna Lee pulokkk. Haha! Ke aku sorang je weyh yang perasan?? Cehh. Ok, sebenarnya aku tak tahulah nak gelarkan diri aku ni dalam blog sebagai apa. Tak spesifik sungguh. Kadang-kadang rasa "aku" tu kasau sangat. Tapi nak buek camno, aku ni dah terbiasa sebab memang kalau bercakap dengan member tu mesti guna word "aku". Takdenye aku nak cakap "Ana laparlah weyh, jom pi makan". Oh nooo, cair sekejap. Hahaha!

So, from now on, aku nak gelarkan diri aku dalam blog ni "Cik Anna". =) Ewahhh. Terasa comeyy sekejap. Jadi untuk tahun 2013 ni, akan ku gelarkan diriku sebagai Cik Anna. Korangpun kena panggil aku "Cik Anna" ye. Tolong jangan muntah, sekeh sorang-sorang kang.

Ok, lagi satu yang Cik Anna perasanla kan. Cik Anna ni lebih banyak membebel dari menulis. Haishhh. Masalah sungguh. Tengok, entry yang ni pun Cik Anna membebel. Bukan apa, Cik Anna ni kalau dah start menulis mana nak tulis pendek-pendek. Kalau bagi buat esei konpem panjang weyh. Kalau korang suka Cik Anna membebel teruskanlah ye support blog Cik Anna ni. Kalau tak suka pun korang kena support jugak. Ini satu paksaan! Tak kire. Muahahaha.

Oklar, Cik Anna nak berhenti membebel, Apa-apa pun selamat berhujung minggu ye semua! Mana yang rasa-rasa nak sihat dan cantik untuk tahun 2013 ni jom usha page Cik Anna, Annur Indah Beauty & Health Shoppe. Cik Anna jadi agen NSS untuk produk Catalyst. Nak best price korang Message je Cik Anna ye. =) Amboi! Sempat promote page eh. Hehe. Ampun kan jelar ok. Semoga kita diredhai Allah dalam setiap apa yang yang kita lakukan.




Bersama VCO Catalyst yang tercinta. Kalau korang nak cinta-cinta jugak kena ambil VCO ni. 1001 Khasiat okeh. =D

Wassalam.. J



GIVEAWAY 1: "22th Birthday GiveAway"

Bismillahirrahmanirrahim
~Assalamualaikum semua~

Ok, sebelum uoll semua salah faham baik aku explain dulukan. GA ni bukan aku yang buat ye. Aku cuma join jekk. Ewahh. tetibe je kan nak join GA bagai. Bukan apa, aku tertarik dengan nombor "22" tu. Eh, sama pulak umur aku dengan tuan empunya blog yang cantik manis ni. Walaupun birthday lambat lagi, tapi kalau isi borang ke hape mestilah tulis umur 22 kan?? So, tak yah nak pertikaikan umur tu sangat. Sebab mana ada orang berkurang umurnyakan. Tiap tahun mesti bertambah, jadi amalan kebaikan dan iman kita haruslah bertambah jugak ye. In Shaa Allah. So, uoll jomlah join GA ni beramai-ramai yek.


Klik banner dekat atas ni untuk join ye. Jomlah kita memeriahkan GA ni!! =D

p/s: First time weyh join GA dekat blog ni. Biasa ioll join GA dekat FB jekk. Oh kalau tak silap ni entry yang pertama untuk tahun 2013. Cehhh! (Bilalah nak berubah jadi blogger yang rajin neyh <-- Mohon doa kalian) Ngee~