Pages

Monday, January 14

Next Plan??

❤Assalamualaikum❤

Hai korang. Mesti ramai yang Monday Blue's hari ni kan. haha. Tak yah la eh nak monday blues sangat. Kerja tetap kena jalan. Biasanya hari isnin ni la yang paling sibuk. Sebab last week punya kerja nak kena sambung then hari ni la nak dapat kerja baru. Tapi Cik Anna tak la. Cik Anna hari-hari dapat new task. So, ni tengah tunggu bos bagi new task. Hurmm. Tunggu jelar eh.

Actually Cik Anna tengah blurr + tak dapat terima kenyataan. Lepas ni Cik Anna tinggal sorang-sorang dekat JB ni sebab sis akan balik ke Yong Peng(YP). Ohh sangat sedih. Cik Anna dahla takde kawan kat JB mahupun officemate. Nanti Cik Anna nak bercakap dengan sape? Bergurau dengan sape? Hari tu sis Cik Anna pergi kursus pun Cik Anna dah boring tahap melampau. Nampak sangatkan lonely tu. Cik Anna boleh je nak balik YP tu sekali, tapi kat YP takde line P1. Cik Anna pulak tak boleh nak batalkan kontrak dengan P1. Sedih betul! So, sekarang ni tengah bersabar. Kerja macam Cik Anna ni kena ade teman serumah dan kawan yang Cik Anna boleh ajak berbual, bergelak ketawa. Yelar, dari pagi sampai ke malam ngadap laptop. Mestilah nak ada interaksi dengan manusiakan. Tapi nak buat macam manakan. Inilah perancangan Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. So, Cik Anna redha jelar. Now nak go on dengan hidup ni. Sekarang ni dah daftar nak ambil lesen kereta. Tunggu diorang call tetapkan tarikh. Bolehlah Cik Anna habiskan lesen ni cepat-cepat. Berdoa sangat-sangat supaya sentiasa ada rezeki untuk Cik Anna dari Allah S.W.T. 

Oklar, sebenarnya tak maniskan kalau nak menulis yang sedih-sedih. Cik Anna ingat pesan blogger Fatin Liyana. Dia takkan menulis kalau dia tengah sedih. Sebab nanti cerita jadi tak best. So Cik Anna stop kat sini dulu ye. Have a good day semua!!

Sunday, January 13

Mood : Menulis~


Assalamualaikum

Wahhh, tetibe jekk rajin nak update blogkan. Mimpi ke Cik Anna Lee ni?? Oklar, aku sebenarnya konfius dengan diri sendiri. Kalau korang perasanlakan, aku ni kejap gelarkan diri aku "aku", "saya", "ioll" dan etc. La ni, Cik Anna Lee pulokkk. Haha! Ke aku sorang je weyh yang perasan?? Cehh. Ok, sebenarnya aku tak tahulah nak gelarkan diri aku ni dalam blog sebagai apa. Tak spesifik sungguh. Kadang-kadang rasa "aku" tu kasau sangat. Tapi nak buek camno, aku ni dah terbiasa sebab memang kalau bercakap dengan member tu mesti guna word "aku". Takdenye aku nak cakap "Ana laparlah weyh, jom pi makan". Oh nooo, cair sekejap. Hahaha!

So, from now on, aku nak gelarkan diri aku dalam blog ni "Cik Anna". =) Ewahhh. Terasa comeyy sekejap. Jadi untuk tahun 2013 ni, akan ku gelarkan diriku sebagai Cik Anna. Korangpun kena panggil aku "Cik Anna" ye. Tolong jangan muntah, sekeh sorang-sorang kang.

Ok, lagi satu yang Cik Anna perasanla kan. Cik Anna ni lebih banyak membebel dari menulis. Haishhh. Masalah sungguh. Tengok, entry yang ni pun Cik Anna membebel. Bukan apa, Cik Anna ni kalau dah start menulis mana nak tulis pendek-pendek. Kalau bagi buat esei konpem panjang weyh. Kalau korang suka Cik Anna membebel teruskanlah ye support blog Cik Anna ni. Kalau tak suka pun korang kena support jugak. Ini satu paksaan! Tak kire. Muahahaha.

Oklar, Cik Anna nak berhenti membebel, Apa-apa pun selamat berhujung minggu ye semua! Mana yang rasa-rasa nak sihat dan cantik untuk tahun 2013 ni jom usha page Cik Anna, Annur Indah Beauty & Health Shoppe. Cik Anna jadi agen NSS untuk produk Catalyst. Nak best price korang Message je Cik Anna ye. =) Amboi! Sempat promote page eh. Hehe. Ampun kan jelar ok. Semoga kita diredhai Allah dalam setiap apa yang yang kita lakukan.




Bersama VCO Catalyst yang tercinta. Kalau korang nak cinta-cinta jugak kena ambil VCO ni. 1001 Khasiat okeh. =D

Wassalam.. J



GIVEAWAY 1: "22th Birthday GiveAway"

Bismillahirrahmanirrahim
~Assalamualaikum semua~

Ok, sebelum uoll semua salah faham baik aku explain dulukan. GA ni bukan aku yang buat ye. Aku cuma join jekk. Ewahh. tetibe je kan nak join GA bagai. Bukan apa, aku tertarik dengan nombor "22" tu. Eh, sama pulak umur aku dengan tuan empunya blog yang cantik manis ni. Walaupun birthday lambat lagi, tapi kalau isi borang ke hape mestilah tulis umur 22 kan?? So, tak yah nak pertikaikan umur tu sangat. Sebab mana ada orang berkurang umurnyakan. Tiap tahun mesti bertambah, jadi amalan kebaikan dan iman kita haruslah bertambah jugak ye. In Shaa Allah. So, uoll jomlah join GA ni beramai-ramai yek.


Klik banner dekat atas ni untuk join ye. Jomlah kita memeriahkan GA ni!! =D

p/s: First time weyh join GA dekat blog ni. Biasa ioll join GA dekat FB jekk. Oh kalau tak silap ni entry yang pertama untuk tahun 2013. Cehhh! (Bilalah nak berubah jadi blogger yang rajin neyh <-- Mohon doa kalian) Ngee~