Pages

Saturday, August 25

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum.
Hai my dear blog, how are you?? Never feel better right. Haha! Nasiblah blog dapat tuan macam aku. Nasiblah aku ni tak bela pets. Kalau tak kesian Nauzubillah.
Ok back to the title. Syukur Alhamdulillah Ramadhan untuk tahun ni dapat kita laksanakan. Dan dah seminggu kita menyambut syawal, berkunjung menziarahi sanak saudara. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk berkumpul beramai-ramai.
Tapi raya tahun ni dengan berumurkan 21 memang dah berbeza. Kalau dulu orang tanya buat apa sekarang bolehlah jawab "study lagi" sambil muka sengih-sengih. Lo nih, orang tanya buat apa segan pulok nak jawab. Jawab jelar "baru je habis diploma, dan baru je dapat kerja, hehe." Hehe tu wajib ada sebab malu-malu. So bila orang dengar dah kerja tu terus simpan balik duit raya untuk aku. Huh sedih betul. Haha kemain sedih. Sedih sebab zaman kanak-kanak tu dah berlalu.
So, raya tahun ni malam raya tu kami sekeluarga bergerak balik kampung pahang. Beraya kat sana. Then raya kedua balik rumah nenek dekat selangor. Macam tular kebiasaannya. Tapi yang sedihnya memori gambar untuk raya pertama dah terformat semuanya yang dalam kamera tuh. Hadoiiii.. Aku dah posing ala model taw, hilang pulak. Tapi sedihla sebab moment raya pertama memang berbeza, masing-masing muka seronok pakai baju baru. Hurmm takpelah dah hilang nak buek camnokan. Redha jelar.
Raya tahun ni bersederhana je, janji dapat jumpa family semua cukuplah. Alhamdulillah. Tahun ni tak boleh bagi duit raya lagi sebab gaji pertama pun tak dapat lagi. InsyaAllah ada rezeki adalah duit raya dari aku. Hehe.Oh ye, tak habaq pon lagi dekat blog ni, yang aku dah pun bekerja. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan lagi Allah urusan aku. Kerja apa semua tu nantilah aku story. Now mood raya je dulu. Ok lar jomla kita tengok gambar apa yang ada saki baki dalam fon aku untuk raya ni.hihi!

Dah siap dah ni "Jom beraya!" (Masukkan duit raya dalam beg dulu)

Snap pic dulu noh!! :)

Posing dengan Abam!!

Dengan Hannan pulok!!

Dalam kereta ayong pon kena posing jugak!

Anak buah yang pertama Damia. Garang orangnya nasib dapat dukung. Geram betul.

Even tak dapat raya sesama dengan budak neh tapi nak jugok edit gambar sesame sebab baju raya kaler samalah tahun ni! Tanpa dirancang. Haha!

Cucu-cucu nenek. (Raya kedua)

Cucu-cucu atok. :)

Dari kiri : Ayah Long, Abah, Cik Arin, Anan dan Abhar.

Adik kandungku dengan sepupuku. Umi kata muka mereka sama. Dah dararh keturunan. ;)

Atok yang senantiasa cool. Sokmo suruh tangkap gambar dia. hihi. Hope atok sihat sentiasa.

Nenek yang di Selangor. Arwah atok dah meninggal tahun 2010. :(

Sepupuku Faris yang paling gojes dan baik hati. Ahaaiii cucu nenek. :D

Ni jelar gambar-gambarnya. Gambar umi abah dan satu family takde dah hilang. Huhu!! Nantilah bila kumpul ramai-ramai lagi kita snap okeh. :)

Dengan ini saya Raihanah Binti Zaid mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua hamba Allah yang meraikan kemenangan umat Islam dalam melawan segala hawa nafsu di bulan Ramadhan. Mana yang baik kita teruskan. Mana yang tak elok kita tinggalkan. Jikalau ada silap dan salah harap 0-0 lah yek. :)




Sunday, July 15

Sun - Day :D

Assalamulaikum dan hai peeps!
Wahhhh. Pejam celik - pejam celik. Dahh ahad. Hari ahad ni for surelah ramai yang bercuti. So apa aktiviti hujung minggu korang? Mesti ada yang qada' tidur. Yang spent time dengan family. Yang beli baju rayo.. Al-maklum la dah nak puasa dah. Dan untuk makluman aku dah ada dah baju raya. Advance bukan? :D
Hari ahad ni matahari macam malu-malu je nak keluar. Pagi tadi bangun tidur , kuaq sat pi bekfes, takda la sat sangat. Lama jugak. Sebab lepas bekfes abah bawak pi basuh kereta Unser beliau. So tunggulah lama sikit kat situ. Lopaih tu abah kata beliau agak lapar. Then teruih bawak kitorang pi pekena Asam Pedas Sembrong. Memang sodaplah. Agak dah lama sikit tak pekena mesti rindulah nak pi makan sana. Dah konyang pi Ayer Hitam pulak. Terindu pulak budak-budak Six Sigma. Pi sana sebab saja-saja nak usha harga barang kat satu kedai runcit ni. Secara random oklah harga kat situ. Dah habis beli barang singgah jap beli nasi ayam untuk adik aku Hannan.
Ok masuk part II, :) Lepak-lepak dekat rumah apa lagi, tak laptop depan mata, tv sebelah mata sikit ataupun dua-dua depan mata. Boleh bayang tak? Haha! Dapatlah pulak satu cerita best dan lawak dan sengal lakonan Jepp Sepah. "Bomoh Temberang". Kekekekekeke kitorang adik beradik termasuk abah tergolak-golak depan tv. Habis je cerita tu aku ajak adik-adik aku pi basuh motor. Memang semangatlah sebab abah baru belikan sabun mandi untuk motor-motor tu. So kitorang pun beriadah memandikan motor yang dah lama tak mandi. Alolololo. Kesiannn. Tapi takpe now dah mandikan. Dah wangi! dan dah hensem! :D
Ok tu jelar story hari ahad ni. :) Chow dulu okeh!
Wassalam~

Saturday, July 14

Resepi Lasagna

Assalamualaikum and hye peeps!
Ok terang benderang tajuk dah bagitahu nak story ape kan untuk entry ni. Resepi ini diambil oleh umi dekat Kongsi Resepi. Beribu-ribu resepi apa jua benda korang nak makan ada kat situ. So just carik je. Cerita camno aku boleh tetibe masak lasagna ni bermula bile umi nak pergi yasinan dengan ayong. So, umi mintak aku masak lasagna. Dengan berbesar hatinya aku pon bersetuju. Dalam hati seronok giler, masak benda yang aku suka. Walaweyhh.. So, umi pon bagila resepi, dan bahan-bahannya. First time masak sensorang weyh. Terkulat-kulat aku potong bawang. Haha! ko hado?? Aku buat entry ni pun sebab ada member yang mintak aku resepi. So anum and wahida sila masak sekarang! Haha! ok ni resepi dia :-

LASAGNA - KONGSI RESEPI

Bahan-bahan :-

1 Kotak Lasagna
Shredded cheese (Mozarella)

Bahan-bahan yang digunakan. :)

Sos Daging

400 - 500gram daging cincang
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Carrot - ikut suka korang nak masukkan banyak mana.kalau aku sikit je.hehe (hiris)
2 sudu besar minyak masak
1 botol/tin sos tomato spaghetti Prego
Lada sulah
garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih, bawang besar, dan carrot. Biar sampai naik bau. (time ni aku macam konpius camne la naik bau tu, kemainla aku bau.siap tanya adik-adik bau tak?haha!)

2. Masukkan daging cincang, masak sehingga daging perang. Means masakla tu dagingnya.

3. Masukkan sos tomato spaghetti, lada sulah dan garam. Biar hingga kering, tapi jangan kering sangat sebab nanti sos daging yang lembap tu kita perlukan untuk lembutkan kulit lasagna time proses membakar dalam oven. Ok done untuk sos daging. Next untuk sos keju/putih pulak.

Sos Keju / Sos Putih

2 sudu besar mentega / marjerin
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
garam secukup rasa
2 sudu besar shredded cheese

Cara - caranya

1. Korang bukak api perlahan je, then masukkan mentega dalam periuk. Biarkan sampai cair.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan ballon wisk sampai sebati. Tutup api.

3. Masukkan susu . Gaul sampai sebati. Then korang letak semula periuk tu atas api sederhana, masukkan shredded cheese and terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat sebab nanti sos tu sejuk dia jadi lebih likat. so kacau tu jangan lama-lamalah.) Okeh siap! Last step pulak.

Cara melapis lasagna

1. Ok first korang buat satu lapisan sos daging dalam loyang.

2. Lopaih tu tuangla sos keju atas lapisan sos daging tu. Ratakanlah.

3. Lapiskan dengan instant lasagna sheet tutupkan permukaan sos danging dgn sos keju tu. Susun comey-comey cantik-cantik.

4. Ok, korang bulehla buat 2 - 3 lapisan lagi sama step macam kat atas.

Korang boleh susun lebih kurang camni.

5. Untuk lapisan terakhir lepas sos daging dan sos keju tu korang tak payah taruk instant lasagna sheet dah. Korang tabur shredded cheese rata-rata. kalau korang suka banyak cheese taburla banyak-banyak. Sodap weyh..

6. Last sekali! korang boleh bakar lasagna tu dalam oven. Dalam lebih kurang 30 minit macam tu.

Bila dah siap tu korang buatlah muka berlagak sikit macam garfield bila dapat lasagna dannnnn dah boleh makan! Nyum-nyum. :D

Pada yang nak try tu trylah. Bila lagikan nak masak lasagna. Aku yang tak pandai masak ni pun dah masak. Chewah berlagak pulak. Macam hebat sangat aku kan. Tapi memang seronok! :)

p/s :: tak banyak gambar nak bagi sebab most gambar dalam tab my sis Ayong. Dan dia tak balik minggu ni. :(

Ok last! Selamat mencuba korang! :D Wassalam~