Pages

Monday, December 26

Sabar itu Indah!

Assalamualaikum~
hewhewhew! Time aku taip untuk entry ni aku tak tahu nak bagi tajuk dia apa. So, aku decide untuk tulis dulu apa dalam kepala otak aku ni. Untuk pengetahuan, esok telah bermulalah kelas bagi semester 6 ni. Aku expect kelas hanya akan ambil masa 10 minit dan BALIK. Tak pun kelas 1 jam dan hanya dipenuhi dengan aktiviti suai kenal. Merepeklah kan kalau dah sampai final semester kau masih tak tahu siapa classmate kau. Haha! Meh sini aku sekeh-sekeh siapa yang tak kenal classmate dia tu lagi.

Erm, mula-mula kelas ni aku dah nak mula mengeluh dah. Dengan jadual yang pack pada waktu petang, dengan 1 berita tentang projek yang akan dibubarkan kumpulannya dari 3 orang kepada 2 orang. Tapi yang pasal projek final ni aku rasa memang tak patutla kalau nak bubar sekarang sebab 1 semester dah start buat projek ni sama-sama and pada sesiapa yang nak bubarkan tu tolonglah fikir logik. Manalah pulak student yang dah tersingkir daripada kumpulan dia tu nak menggagau cari idea projek lain. This is totally unfair!

Tengok, kelas belum start lagi kitorang dah dilanda masalah. Kesiankan. For your informationla kan aku ni seorang manusia yang sangat kuat mengeluh. Dan boleh sampai satu tahap aku akan mengeluh setiap 2 minit. Sesungguhnya mengeluh itu sangatlah tidak baik sebab seolah-olah kita tidak mensyukuri apa yang dah Allah tentukan untuk kita. So, from now on aku berazam tidak akan mengeluh dalam apa jua keadaan. Aku akan cuba tenangkan diri aku dan siapkan diri untuk apa jua keadaan. Kenalah sentiasa ingatkan diri aku supaya tak mengeluh and chill je. Sebab aku rasa bila aku mengeluh untuk sesuatu keadaan, nanti aku jugak yang rugi. So, marilah kita ramai-ramai berhenti menjadi seorang yang kuat mengeluh. Sebab tak rugi jugak untuk jadi seorang yang SABAR ni! Allah sayang dan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya yang penyabar. SABAR ITU KAN SEPARUH DARIPADA IMAN! Even separuh korang ingat senang ke nak dapat iman yang separuh tu. Suku pun belum tentu lagikan.

Untuk berjaya dan lebih berjaya kita kena tengok dekat diri kita sendiri, apa lagi yang belum cukup kita buat untuk menjadi seorang yang berjaya. So, untuk final ni aku berazam untuk buat sehabis baik. Pasang niat balik sebab datang Ipoh ni untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu untuk siapa? Menuntut ilmu kerana Allah. Mintak-mintaklah apa yang aku niatkan ni sentiasa telus dan ikhlas kerana Allah. Ameen. Oklah stop sini dulu. Bye!

p/s:: entry ini adalah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri. :)


ok dah macam berkempen pulakkan??Haha!

Friday, December 23

New Semester!!!



Ok hari rabu tu dah daftar sebagai pelajar senior a.k.a semester 6 student and hari ni baru nak post entry bagai??Itulah Raihanah namanya.Haha!

Apa-apa pun syukurlah sebab aku dah pun menjadi pelajar semester akhir, berharap akan menamatkan pengajian diploma dengan jayanya. Tapi sebelum tu nak story kejadian mendaftar hari tu. As usual lah kalau bangun pagi aku akan tunggu cik Marhanum yang bangun dulu, tapi aku tak expect pulak Anum ni kunci jam pukul 5 lebih, belum azan subuh dia dah bangun and mandi bagai. Yang aku ni pulak kunci jam pukul 6.40 a.m. Korang nampak tak tu??Haha! Aku bukan apa kalau aku kunci jam awal for sure lah aku akan 'snooze' balik jam tu. So, baik aku kunci jam yang aku yakin aku akan bangun terus! Tapi disebabkan dah terjaga aku pon bangunlah dalam pukul 6.20 pagi tu sebab tak nak berebut dengan bebudak rumah aku. Siap-siap tu aku pelik, kenapalah budak-budak rumah aku ni tak siap-siap lagi. Dalam hati aku ' diorang tak pergi mendaftar ke?lupa ke?'. Aku dengan Anum punyalah dok fikir pasal diorang, tapi takdelah pulak kitorang nak pergi tanya kat diorang tu. So, dalam 8 lebih aku dengan Anum pon pergilah Poli menaiki motor dan dah set dengan Fena nak jumpe terus kat poli sebab time tu Fena tengah on da way dari kampung. Sambil tengah menuju ke jabatan, tiba-tiba classmate aku bagitahu yang kitorang punye waktu pendaftaran PUKUL 11! Haishhh.. Then teruslah call Fena, kemain suke makcik tu bila aku bagitahu pendaftaran pukul 11. Entah-entah time tu dia tengah pecut takut lewat, tu yang suka sangat agaknya. Lepas tu barulah terfikir kenapa budak rumah tak siap-siap nak pergi mendaftar. Aku je yang EXCITED lebih. Sebab pendaftaran dah start lambat aku dengan Anum pon tukarlah plan, pergi breakfast dulu. Takkan nak balik rumah then bagitahu dak rumah yang kitorang dah salah jam nak pergi mendaftar. Malulah! Nampak sangat tak alert di situ ye.

Dekat tempat breakfast aku dengan Anum ni pon tunggulah Fena untuk join breakfast sekali. After sebulan tak jumpa kan, rindulah jugak kat bestie aku yang sorang ni. Sampai je dia hamboi-hamboi, kemain bergaya lagi, pipi kaler merah tu!!kau ada?? Dengan beg baru, kasut baru, kalah orang lain. Then, tengah rancak berbual, tiba-tiba.... fena:"eh, mana fon fena eh?"(sambil mencari-cari handphone dia dalam beg). Aku dengan Anum pon terkejutlah, ish takkan hilang pulak. Fena pon pergilah cari handphone dia dekat kereta. Balik semula kat tempat aku dengan anum dia kata handphone dia tak jumpe. Maybe tercicir time dia turun kereta tadi. Aku dengan Anum pon terus try call and message phone fena tu. Tapi sayang tak dapat. Haishhh.. tak pasal-pasal je hilang phone lagi. Yang aku tahu masuk ni dah 3 kali Fena hilang phone. Tiga-tiga Sony. Kesian fena, tapi apa-apa pun lepas ni sila jangan cuai lagi!! And kalau boleh pakai phone 3310 je.Haha! Tapi kita yang tengah ada phone ni silalah jaga elok-elok, jangan hilangkan or rosakkan. Teringat pulak kat Pinky B0o aku yang dah tak digunakan tu. Aku tetap sayang kau!!

So, bila dah nak dekat pukul 11 tu kitorang pon beredar untuk pergi mendaftar secara REAL! Yang tadi tu main-main je.Haha! Then, masing-masing pon selamatlah mendaftar.

Ok, lastly nak wish to all my classmate "selamat menempuh semester akhir!let's do our best!"

Oklar stop sini dulu. Bye! :)

Guess who??haha!

Tuesday, December 20

Anugerah Ilahi

"ya Allah, tanpa umi dan abahku tiada siapanya aku dimuka bumi ini."

Memang itulah ayat yang aku nak perkatakan dalam entry kali ni. Aku ni takde apanya tanpa umi dan abahku. Diorang dah membesarkan aku dalam keadaan sempurna. Bagi aku sangat sempurna. Sampailah aku dah masuk umur 20 tahun dan aku percaya untuk 20 tahun tu terlalu banyak penat lelah dan pengorbanan yang umi abah dah buat untuk aku. Terlalu banyak....

Aku sentiasa ingin menjadi anak yang baik dan solehah untuk umi dan abah. Tetapi aku ni ada keras kepalanya, ada malasnya, ada macam-macam kerenahnya. Tapi MasyaAllah, umi dan abah tetap bersabar dan sentiasa memberikan didikan yang terbaik untuk aku. Umi dan abah tak pernah berhenti dalam memberikan didikan agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam membesarkan aku 7 beradik. Dalam masa 20 tahun ni aku tak pernah nampak sedikit pun kasih sayang mereka berkurang. Umi dan abah sentiasa memberikan dan memilih yang terbaik untuk aku dan adik beradik yang lain. Kalau nak diikutkan aku 7 beradik tidaklah hidup mewah, untuk mendapat apa yang dimahukan tidaklah semudah orang lain. Tapi Alhamdulillah, segala yang Allah beri kepada keluargaku semuanya cukup. Tidak pernah aku rasakan kekurangan walaupun sedikit. Semuanya berkat usaha umi dan abah dalam memenuhi segala keperluan kami adik beradik. Umi dan abah akan sedaya upaya memberi apa yang mereka mampu untuk anak-anaknya. Jadi siapalah aku untuk menafikan bahawa umi dan abah memang yang terbaik yang Allah berikan untuk aku. "Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bersyukur atas kurniaanMu ini ya Allah, aku tidak meminta lebih dariMu, cuma berilah aku peluang untuk membalas segala pengorbanan umi dan abah, berkatilah rezeki mereka, dan berkatilah umur umi dan abah ya Allah."

Impian aku selama ni biarlah aku dapat menjadi anak yang umi dan abah tidak pernah rasa sedikit kekesalan dalam membesarkan aku. Aku memang manusia biasa yang tidak pernah terlepas dalam melakukan kesilapan. Yang lalai dan kadang-kala terlepas pandang dengan anugerah yang Allah telah beri kepada aku ini. Untuk mengucapkan kata-kata maaf dan untuk ucapkan terima kasih memang tidak pernah cukup untuk segala kesilapan yang aku pernah buat dan pengorbanan yang umi dan abah buat untuk aku. Biarlah satu hari nanti aku dapat memberikan yang terbaik untuk umi dan abah atas izin Allah s.w.t.

Untuk ulang tahun perkahwinan umi dan abah, tahniah anah ucapkan atas ikatan yang terjalin selama 25 tahun ni. Bertahan selama 25 tahun ni memang bukannya mudah, tapi 25 tahun tular yang telah umi abah lalui bersama. Syukur Alhamdulillah. Anah doakan biarlah kasih sayang umi dan abah kekal sampai ke syurga. Ameen ya Rabbal 'alameen..

umi dan abah yang tercinta

love u abah! <3

sayang umi! <3


Family yang tersayang. Ni masa raya 2010.

p/s: menangis tatkala menulis entry kali ini sebab terkenangkan segala kenangan pahit dan manis selama hidup 20 tahun ni.

Monday, December 19

Finally..Hello Ipoh!! :)

Hari ni lepas bangun subuh tadi terus fikir nak abah hantar ke Ipoh ke nak bawak motor sendiri. Last-last aku decide nak bawak motor sendiri. Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah sewa yang baru. By the way, thanks for my little brother, Najmi @ Abam @ Bambam @ Adik and sewaktu dengannya sebab teman anah bawak motor sampai Ipoh. Love u larh!haha!

Sampai je rumah sewa yang baru ni tengok-tengok ada kereta myvi warna merah. Jeng!Jeng!Jeng! Dalam hati, "kete sape lak ni".. Bagi salam takde sesiapa pun yang jawab. Then aku terus lah call budak yang handle kunci hari ni. After budak atau namanya Syam tu bagi kunci aku pun masuklah rumah sewa yang baru ni. Tengok macam takda orang yang dah masuk lagi. So, agak curious jugaklah siapa pemilik myvi merah tu. Tapi tak kesahlah, masuk je rumah aku terus pergi bilik sebab nak cop katil, almari dan sebagainya. Lepas tu mulalah kemas-kemas sikit apa yang patot. Barang-barang aku tak sampai lagi, petang sikit baru abah hantar so takde barang nak kemas. Najmi pulak dah tidur, boring kot... Kesian jugak kat dia, tapi takpe kan dik..hihi. . Sekarang ni tunggu Anum pulak sampai, orang jauh so lambat lah jugak sampainya walaupun dah gerak dari pagi-pagi lagi. Oklar, nanti aku post entry lain pulak, nak pergi jenguk najmi kat atas tu.

p/s: hari ni anniversary umi dengan abah yang ke-25! Jubli Perak tuh...
so, nanti nak post entry yang khas untuk dioranglah! InsyaAllah..
i'm proud to be ur daughter umi and abah! love u both soooooo much! <3


Sunday, December 18

It's Sunday!! ~weee~

Hari ni last day dekat East Lake View Condominium. Lepas my brother Habib habis je program dia we all terus gerak pulang ke rumah yang tercinta, Tapah.huhu~

Apabila sunday namanya, itu bermakna habislah sudah cuti aku untuk kali ini. Esok mungkin pagi-pagi lagi dah berangkat ke Ipoh. Bawak motor sorang-sorang, bila boring tu membebel jugaklah aku sorang-sorang, kadang-kadang rasa cuak tu ada so istigfar lar aku sorang-sorang. Ni kali kedua aku bawak motor sorang-sorang dari Tapah ke Ipoh. Untuk gadis yang lemah lembut macam aku ni bawak motor sorang-sorang itu sangatlah 'scary'. Ofcourse its scary! Bila ada lori yang besar-besar, bas yang laju-laju lalu sebelah korang, boleh rasa beb gegarannya!! Bas dengan lori ni pulak memang takde perasaan kesian kat penunggang-penunggang motor macam aku ni. Haishh.. So, untuk pemandu-pemandu bas dan lori kebanyakannya 'please behave yourself', tunjukkanlah sifat-sifat kemanusiaan yang kamu ada. Kita masing-masing ada hala tuju kita so sama-samalah kita menghormati hak-hak pengguna jalan raya yang lain. Ok! :) I will behave myself too! Berharap selamat sampai ke Ipoh dan masuk ke rumah sewa yang baru!

Semester 6 ni aku dengan bestie aku Anum, and Fena, akan berpindah ke rumah sewa yang baru. Hari tu dah tengok rumah tu macam ok, then sebab dah tersepit tak tahu nak cari rumah yang lain kitorang pun setuju untuk stay kat rumah untuk semester 6 ni. Sewa rumah still sama MAHAL! Tapi apa-apa pun bersyukurlah sebab ada rumah sebagai tempat berlindung dan belajar. Selagi namanya pelajar buat jelar cara pelajar kan....hihi. So, esok ni nak tengok rumah semua, katil, almari dang sebagainya, kalau ada yang tak ok bolehlah bagitahu pak cik awal-awal. Hope esok semuanya berjalan dengan lancar, selasa ni kemas rumah, basuh apa yang sepatutnya and hari rabu boleh pergi mendaftar dengan senang hati.

Oklar dah nak beransur ni, jumpa lagi untuk next entry ok! :)

w.i.t.h l.o.v.e a.n.a

Saturday, December 17

~Wonderful Morning~



Morning All!!

Sangat bertuahlah yer kalau tuan empunye blog ni bangun 'early in the morning' dan excited nak tulis blog. Mungkin sekali dalam setahun!haha.. Well, sangatlah indah di pagi hari jika anda bangun dalam keadaan fresh, tiada masalah yang perlu difikir, tidak perlu bergegas ke tempat yang ingin dituju dan apa yang anda perlu lakukan duduk sambil tengok tv, lepak atas sofa dan 'have breakfast' dengan family tercinta.

Ok, tu semua kalau waktu pagilah kan. Tapi takkanla nak duduk lepak-lepak macam tu je sampai ke malam??? What a life.. and aku rasa pagi ni aku dah bangun dengan baiknya dan fikir apa yang perlu dibuat lepas ni. Takkanlah nak online 24 hours? Lekatkan mata dekat tv? Lepas ni for sure lah adik-adik aku akan pergi ke kolam renang. Then aku?? Kolam renang kat sini pulak banyak ragamnya, nak kena pakai baju mandi yang sepatutnyalah, selagi tak ketat tak sendat tak ikut bentuk badan tak boleh mandi. Lelaki ke perempuan ke sama. pheuwwwww... So, 1 aktiviti di kolam renang aku dah tak boleh buat. Aktiviti ke-2, jaga dan lihat adik-adik aku mandi. Oh no!! Lagi-lagi si budak kecik Amirah Sufiyah, hantu kolam renang. Yang lagi bosan 'terpaksa' tengok pak guard bangla dan sewaktu dengannya yang dok guard kat kolam renang uh. Kalau taruk kumpulan Suju ke jadi guard berjam-jam pon aku boleh tunggu. Haha!

Aktiviti seterusnya, diorang kata kat East Lake View ni ada gym yang free untuk penghuni kondo ni. So, aku nak jugaklah masuk gym tu dan pada masa yang sama nak rasalah macam mana orang ber'gym' haha! Tu kira berangan lah sebab semestinya aku malu nak lakukan tu semua. *sigh

Ni lar kondominium East Lake View, dekat Seri Kembangan. :)

Ok lar, apa-apa pun buatlah apa yang nak dibuat hari ni. Taruk segala stress dan masalah ke tepi dan 'enjoy your saturday!'.

p/s:: miss my pinky b0o... :(


Friday, December 16

Holiday!!Again and Again!!!

Ok, entry kali ni title dia macam excited pulak kan!hohoho! Aku takdela excited sangat pun cuma well ni kira holiday dengan family untuk akhir tahun 2011 ni. Next year hope dapat spent time more dengan keluarga tercinta ni.

So, dah dapat bercuti ni jom la kita rehat-rehatkan diri, manja-manjakan diri, dan buat apa yang patut. Almaklumla, isnin ni nak balik Ipoh dah. Bawak motor sendiri!!huhu..Hope semua berjalan dengan lancar. Then hari rabu bersamaan 21 Dec 2011 dah start mendaftar 'as final semester student'. Serious cuak plus takut nak masuk final semester. Haishhh..

Ok thats all for tonight. See u next time, sebab aku dah takde idea nak merapu apa. *sigh*
Daaa....

w.i.t.h l.o.v.e a.n.a

Thursday, December 15

New Look of My Blog!!!

Hye..
For sure la memang dah lama tak post entry apa-apa.Entah dah berhabuk dah bersarang labah-labah pon agaknya blog aku ni.hihi...memang rindu tahap tak ingat la nak tulis blog..tapi entah..kadang-kadang macam tak tahu nak tulis apa..kadang-kadang tu nak tulis tapi line pulak slow..kadang-kadang tu memang takde mood langsung..and kadang-kadang sibuk yang teramat..tapi dalam kadang-kadang tu habisla sudah semester 5 aku dekat PUO.

Semester 5 aku tamat dengan selamatnya..haha..means of 'selamat' tu no repeat subject..syukur Alhamdulillah..walaupun paper final sem hari tu sangatla mencabar jiwa dan raga..ada soalan tu langsung tak pernah tahu pon pasal apa..orang macam aku memang banyak excusenye..haha..tapi dah usaha walaupon usaha aku ni sentiasa tak cukup tapi alhamdulillah jugakla aku dapat kekalkan 3 pointer..tapi nak 3.5 above tu masih belum ada rezeki..aku rasa semester 5 ni lar aku mula faham dengan subjek-subjek yang aku belajar..

Kalau korang nak tawu masa semester 1 aku memang rasa macam budak tadika la..tiba-tiba je belajar pasal komputer..aku ni dah la buta IT..satu hape pon tak tawu..yang classmate aku ni pulak mostly ambil subjek komputer masa SPM..so tu satu kelebihan diorangla..bila lecturer tanya memang diorang dapat jawabla..yang aku ni ternganga-nganga tak tahu apa-apa..pelik macam mana diorang boleh tahu..and pelik kenapa lecturer ignore orang yang tak tahu macam aku ni..ambil mudah consider semua pelajar dia tahu..memang kesianla kat aku..tapi aku tak putus asa beb..tak dapat nak catch up semua aku pon belajar la mana yang aku tahu..sikit-sikit ilmu aku bertambah..alhamdulillah..and final semester 1 memang meletup-letupla result diorang..tapi bukan aku..aku punya result cuma bernasib baik..tak teruk sangat..then aku capai azam lagi nak buat lagi bagus dari semester 1..

ni pic masa semester 2..muka 18 tahun..haha

Tapikan semester 2 aku masih lagi terkejar-kejar..yelar yang lain subjek semester 1 memang dah dalam tangan diorang..yang aku ni nak genggam pon tak lepas lagi..tapi alhamdulillah pointer aku naik..sangat menggembirakan..then aku tanam azam lagi nak buat lebih baik untuk semester 3..kali ni usaha lebih lagi..and Alhamdulillah pointer aku naik lagi..aku memang happy sangat..biarlah aku tak sehebat orang lain..tapi aku tahu usaha aku..then semester 4 aku praktikal..banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat..skill-skill kerja pon aku dapat..Alhamdulillah..walaupun penat tu memang tak payah ceritala..eh aku dah ceritala dekat entry-entry yang lepas..
ni pulak masa semester 3..makin cun kan masing-masing!!haha..maklumla da meningkat ke 19 tahun.

ni time praktikal..muka orang berkerjaya..haha..dengan housemate baru yang memang best!

Then, semester 5 lagi kuatlah aku berusaha sebab subjek semester 5 ni bukan sebarang subjek..ada subjek kalau fail boleh buat kita merana seumur hidup kat poli..Alhamdulillah aku lepas semua subjek tu..result aku dengan semua classmate aku takdela memberangsangkan macam semester sebelum ni..tapi untuk aku..aku dah bersyukur sangat sebab lulus dan dapat kekalkan 3 pointer tu..pada aku kadang-kadang kita rasa usaha kita dah cukup..tapi sebenarnya banyak lagi usaha yang kita kena buat..

last pic muka time semester 5..no longer 'cun' tp vouge okeh..haha..umur da masuk 20 an..and banyak kenangan manis time ni.. :)

So, aku nak tanam azam yang lebih lagi untuk habiskan final semester..insyaAllah..usaha lebih lagi..hope aku habis diploma dekat PUO ni dengan jayanya..ameen..dan aku pasti alam pekerjaan mungkin lebih sukar dari menuntut ilmu..

Ok..memang dah banyak pulak la aku bercerita rasanya..stop kat sini dulu la..nanti rajin-rajin aku post entry lagi keyh..pada yang membaca entry ni doakanla kejayaan aku keyh..dunia dan akhirat..insyaAllah..hope korang pon tak pernah putus asa dan sentiasa berusaha untuk capai impian korang..ameen..


p/s:: eh sebenarnya aku nak cerita new look of my blogla..haha..why must be pink??haha..ak pon tak paham..cari-cari ni yang aku berkenan..janji tenang je aku tengok blog aku ni..hehe..satu malam jugakla aku dok edit blog aku ni..akhirnya siap jugak new look and beberapa pertambahan yang aku buat..ok bye! :)