Pages

Friday, December 23

New Semester!!!



Ok hari rabu tu dah daftar sebagai pelajar senior a.k.a semester 6 student and hari ni baru nak post entry bagai??Itulah Raihanah namanya.Haha!

Apa-apa pun syukurlah sebab aku dah pun menjadi pelajar semester akhir, berharap akan menamatkan pengajian diploma dengan jayanya. Tapi sebelum tu nak story kejadian mendaftar hari tu. As usual lah kalau bangun pagi aku akan tunggu cik Marhanum yang bangun dulu, tapi aku tak expect pulak Anum ni kunci jam pukul 5 lebih, belum azan subuh dia dah bangun and mandi bagai. Yang aku ni pulak kunci jam pukul 6.40 a.m. Korang nampak tak tu??Haha! Aku bukan apa kalau aku kunci jam awal for sure lah aku akan 'snooze' balik jam tu. So, baik aku kunci jam yang aku yakin aku akan bangun terus! Tapi disebabkan dah terjaga aku pon bangunlah dalam pukul 6.20 pagi tu sebab tak nak berebut dengan bebudak rumah aku. Siap-siap tu aku pelik, kenapalah budak-budak rumah aku ni tak siap-siap lagi. Dalam hati aku ' diorang tak pergi mendaftar ke?lupa ke?'. Aku dengan Anum punyalah dok fikir pasal diorang, tapi takdelah pulak kitorang nak pergi tanya kat diorang tu. So, dalam 8 lebih aku dengan Anum pon pergilah Poli menaiki motor dan dah set dengan Fena nak jumpe terus kat poli sebab time tu Fena tengah on da way dari kampung. Sambil tengah menuju ke jabatan, tiba-tiba classmate aku bagitahu yang kitorang punye waktu pendaftaran PUKUL 11! Haishhh.. Then teruslah call Fena, kemain suke makcik tu bila aku bagitahu pendaftaran pukul 11. Entah-entah time tu dia tengah pecut takut lewat, tu yang suka sangat agaknya. Lepas tu barulah terfikir kenapa budak rumah tak siap-siap nak pergi mendaftar. Aku je yang EXCITED lebih. Sebab pendaftaran dah start lambat aku dengan Anum pon tukarlah plan, pergi breakfast dulu. Takkan nak balik rumah then bagitahu dak rumah yang kitorang dah salah jam nak pergi mendaftar. Malulah! Nampak sangat tak alert di situ ye.

Dekat tempat breakfast aku dengan Anum ni pon tunggulah Fena untuk join breakfast sekali. After sebulan tak jumpa kan, rindulah jugak kat bestie aku yang sorang ni. Sampai je dia hamboi-hamboi, kemain bergaya lagi, pipi kaler merah tu!!kau ada?? Dengan beg baru, kasut baru, kalah orang lain. Then, tengah rancak berbual, tiba-tiba.... fena:"eh, mana fon fena eh?"(sambil mencari-cari handphone dia dalam beg). Aku dengan Anum pon terkejutlah, ish takkan hilang pulak. Fena pon pergilah cari handphone dia dekat kereta. Balik semula kat tempat aku dengan anum dia kata handphone dia tak jumpe. Maybe tercicir time dia turun kereta tadi. Aku dengan Anum pon terus try call and message phone fena tu. Tapi sayang tak dapat. Haishhh.. tak pasal-pasal je hilang phone lagi. Yang aku tahu masuk ni dah 3 kali Fena hilang phone. Tiga-tiga Sony. Kesian fena, tapi apa-apa pun lepas ni sila jangan cuai lagi!! And kalau boleh pakai phone 3310 je.Haha! Tapi kita yang tengah ada phone ni silalah jaga elok-elok, jangan hilangkan or rosakkan. Teringat pulak kat Pinky B0o aku yang dah tak digunakan tu. Aku tetap sayang kau!!

So, bila dah nak dekat pukul 11 tu kitorang pon beredar untuk pergi mendaftar secara REAL! Yang tadi tu main-main je.Haha! Then, masing-masing pon selamatlah mendaftar.

Ok, lastly nak wish to all my classmate "selamat menempuh semester akhir!let's do our best!"

Oklar stop sini dulu. Bye! :)

Guess who??haha!

No comments:

Post a Comment