Pages

Saturday, December 17

~Wonderful Morning~



Morning All!!

Sangat bertuahlah yer kalau tuan empunye blog ni bangun 'early in the morning' dan excited nak tulis blog. Mungkin sekali dalam setahun!haha.. Well, sangatlah indah di pagi hari jika anda bangun dalam keadaan fresh, tiada masalah yang perlu difikir, tidak perlu bergegas ke tempat yang ingin dituju dan apa yang anda perlu lakukan duduk sambil tengok tv, lepak atas sofa dan 'have breakfast' dengan family tercinta.

Ok, tu semua kalau waktu pagilah kan. Tapi takkanla nak duduk lepak-lepak macam tu je sampai ke malam??? What a life.. and aku rasa pagi ni aku dah bangun dengan baiknya dan fikir apa yang perlu dibuat lepas ni. Takkanlah nak online 24 hours? Lekatkan mata dekat tv? Lepas ni for sure lah adik-adik aku akan pergi ke kolam renang. Then aku?? Kolam renang kat sini pulak banyak ragamnya, nak kena pakai baju mandi yang sepatutnyalah, selagi tak ketat tak sendat tak ikut bentuk badan tak boleh mandi. Lelaki ke perempuan ke sama. pheuwwwww... So, 1 aktiviti di kolam renang aku dah tak boleh buat. Aktiviti ke-2, jaga dan lihat adik-adik aku mandi. Oh no!! Lagi-lagi si budak kecik Amirah Sufiyah, hantu kolam renang. Yang lagi bosan 'terpaksa' tengok pak guard bangla dan sewaktu dengannya yang dok guard kat kolam renang uh. Kalau taruk kumpulan Suju ke jadi guard berjam-jam pon aku boleh tunggu. Haha!

Aktiviti seterusnya, diorang kata kat East Lake View ni ada gym yang free untuk penghuni kondo ni. So, aku nak jugaklah masuk gym tu dan pada masa yang sama nak rasalah macam mana orang ber'gym' haha! Tu kira berangan lah sebab semestinya aku malu nak lakukan tu semua. *sigh

Ni lar kondominium East Lake View, dekat Seri Kembangan. :)

Ok lar, apa-apa pun buatlah apa yang nak dibuat hari ni. Taruk segala stress dan masalah ke tepi dan 'enjoy your saturday!'.

p/s:: miss my pinky b0o... :(


No comments:

Post a Comment