Pages

Tuesday, December 20

Anugerah Ilahi

"ya Allah, tanpa umi dan abahku tiada siapanya aku dimuka bumi ini."

Memang itulah ayat yang aku nak perkatakan dalam entry kali ni. Aku ni takde apanya tanpa umi dan abahku. Diorang dah membesarkan aku dalam keadaan sempurna. Bagi aku sangat sempurna. Sampailah aku dah masuk umur 20 tahun dan aku percaya untuk 20 tahun tu terlalu banyak penat lelah dan pengorbanan yang umi abah dah buat untuk aku. Terlalu banyak....

Aku sentiasa ingin menjadi anak yang baik dan solehah untuk umi dan abah. Tetapi aku ni ada keras kepalanya, ada malasnya, ada macam-macam kerenahnya. Tapi MasyaAllah, umi dan abah tetap bersabar dan sentiasa memberikan didikan yang terbaik untuk aku. Umi dan abah tak pernah berhenti dalam memberikan didikan agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam membesarkan aku 7 beradik. Dalam masa 20 tahun ni aku tak pernah nampak sedikit pun kasih sayang mereka berkurang. Umi dan abah sentiasa memberikan dan memilih yang terbaik untuk aku dan adik beradik yang lain. Kalau nak diikutkan aku 7 beradik tidaklah hidup mewah, untuk mendapat apa yang dimahukan tidaklah semudah orang lain. Tapi Alhamdulillah, segala yang Allah beri kepada keluargaku semuanya cukup. Tidak pernah aku rasakan kekurangan walaupun sedikit. Semuanya berkat usaha umi dan abah dalam memenuhi segala keperluan kami adik beradik. Umi dan abah akan sedaya upaya memberi apa yang mereka mampu untuk anak-anaknya. Jadi siapalah aku untuk menafikan bahawa umi dan abah memang yang terbaik yang Allah berikan untuk aku. "Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bersyukur atas kurniaanMu ini ya Allah, aku tidak meminta lebih dariMu, cuma berilah aku peluang untuk membalas segala pengorbanan umi dan abah, berkatilah rezeki mereka, dan berkatilah umur umi dan abah ya Allah."

Impian aku selama ni biarlah aku dapat menjadi anak yang umi dan abah tidak pernah rasa sedikit kekesalan dalam membesarkan aku. Aku memang manusia biasa yang tidak pernah terlepas dalam melakukan kesilapan. Yang lalai dan kadang-kala terlepas pandang dengan anugerah yang Allah telah beri kepada aku ini. Untuk mengucapkan kata-kata maaf dan untuk ucapkan terima kasih memang tidak pernah cukup untuk segala kesilapan yang aku pernah buat dan pengorbanan yang umi dan abah buat untuk aku. Biarlah satu hari nanti aku dapat memberikan yang terbaik untuk umi dan abah atas izin Allah s.w.t.

Untuk ulang tahun perkahwinan umi dan abah, tahniah anah ucapkan atas ikatan yang terjalin selama 25 tahun ni. Bertahan selama 25 tahun ni memang bukannya mudah, tapi 25 tahun tular yang telah umi abah lalui bersama. Syukur Alhamdulillah. Anah doakan biarlah kasih sayang umi dan abah kekal sampai ke syurga. Ameen ya Rabbal 'alameen..

umi dan abah yang tercinta

love u abah! <3

sayang umi! <3


Family yang tersayang. Ni masa raya 2010.

p/s: menangis tatkala menulis entry kali ini sebab terkenangkan segala kenangan pahit dan manis selama hidup 20 tahun ni.

No comments:

Post a Comment