Pages

Wednesday, December 12

Annur Indah Beauty & Health Shoppe

~Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah. Syukur atas rezeki yang Engkau berikan Ya Allah. Akhirnya aku memiliki page business sendiri. Hari ni 12/12/12 aku dah rasmikan page ni. Syukur sangat dalam 1 hari nak dekat 30 orang yang LIKE. Hope ramai yang akan memberikan sokongan kepada Annur Indah Beauty & Health Shoppe. Business bagi aku bukan keuntungan semata-mata tapi kesoronokan bila dapat memenuhi permintaan pelaggan. Membantu, berkongsi. Aku pulak kalau bab-bab kecantikan dan kesihatan memang suka sangat. So, memang seronok bila dapat share dengan orang. =) Harapan aku business ni akan sentiasa maju dan maju. Mohon doa dari kalian juga. In Sha Allah. 

Rabbi Yassir wala tu’assir. Rabbi tham mim bil hayr. Rabbi zidni ‘ilman war zuqni fahman. O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness. O my Lord, increase my knowledge and grant me understanding. Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair

l.o.v.e AnNur Indah a.k.a Anna Lee

p/s: Jemputlah like page ni bagi yang belum like. Mana yang belum tahu produk apa yang sesuai untuk kulit, untuk hilangkan jerawat segala bagai. Meh Inbox terus. Tanyalah apa nak tanya. Especially hal perempuan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Complete. =)

Thursday, December 6

Officially i'm Domino's Pizza Fans!!!

Assalamualaikum.
Hai peeps!! Wahhh gempak je kan tajuk entry pasal Domino's, pasal makanan. Ohmaiii rasa dah lama tak update pasal makanan. Semenjak diriku mula memboikot McD buat selama-lamanya aku telah pun berubah arah ke Domino's tapi yelar, Domino's ni roti saja so tak boleh makan selalu. Karang badan di pam pam siapa susah? Haruss diri sendiri.
Ok kenapa suka sangat dengan Domino's ni?? First, senang giler nak order. Aku ni malas nak berborak-borak dekat telefon, so yang mudah "Online Ordering" sahaja. Klik-klik pilih mana yang kau suka nak crust apa, kalau aku, aku pilih Extreme Edge. Cheese dalam tu memang marvelous! And sekarang diorang tengah promote 7-Meat Wonder. Memang ummph la! Aku sangat-sangat recommend korang rasa. 
Lepas korang pilih pizza, then ada add on deal. Aku suka Chicken Crunchy perisa Tom Yam and Breadstix. Bau roti tu. Fuhhhh perut memang main muzik je sebab tak sabar nak makan. Rasa breadstix pulak memang sedap sampai akak housemate rumah aku pun suka giler! Nyum-nyum. Now nak try BBQ Chicken wings. Ok lepas dah pilih menu then korang confirm order dan checkout. Lepas ni yang aku suka. GPS Tracker diorang. Korang boleh nampak macam mana order korang tu berjalan dari ambil order, prepare order, baking, boxing, Send for delivery. Perghhh memang bila diorang dah delivery tu bolehlah korang siap-siap pakai tudung tunggu cik abang yang deliver tu.So, apa tunggu lagi. mai order satu. Dah rasa nak lagiii. Layan gambaqla apa lagi kan.

Ni lar GPS Tracker tu. Bestkan bestkan!


Ni Breadstix. Rasa memang sedap. Aroma dia tak yah cakap. Memang kalau puasa tu melelhlah air liur. Roti pun lembut je. Nyum-nyum!

Ni onion ring. Sedap. Tapi sebab aku bukan peminat bawang mentah so memang tak berapa nak lalu la. Tapi sis aku suka! 1 box boleh habis kat dia.

Ni crazy chicken crunchy. Perisa tom yam. Dah nama ayam memang lajula. Nasib sempat snap.

Dan inilah 7-Meat Wonder. Nampak tak cheese tuh. perghhh sedappp wooo. Silakan rasa semua. Jemput-jemput. Ngeee~

So jomlah makan domino's. =) 

p/s: Domino's sila bagi saya special price sebab tolong promote. ahaks!

Mood: Alhamdulillah syukur. baru lepas ngap Domino's pizza. Tuna temptation. Memang delicious!!

That's all for now. See you in the next entry ok. In shaa Allah.
~Wassalam~
L.O.V.E Anna Lee aka AnNur Indah.


Thursday, November 29

~Kempunan~

Assalamualaikum peeps! =)

How are you doing? Hope everybody in a pink of health. Why my title for this entry "Kempunan"?
Ok, let me tell all of you. Actually i want to post an entry about My favourite product from Korea. And another one about my business. Unfortunately, all my picture for this product are in my sister tablet. And what make me so sad, she's bring her tablet to work together gether! Ohmoooo. No storyla macam tu! 

Ok kenapa aku sengal sangat nak tulis omputih kunun nya. Adalah kerana aku sengaja. SO no more question, cause i already answer. Hehe. Aku macam tak de idea nak menulis kalau takde gambar. Sebab bagi aku gambar menceritakan segala-galanya. Dan aku cuma pengarang. Ewaahhhh ayat. 

Now, aku tengah tunggu pukul 5, kerja pun dah siap. Kalau bos nak tambah kerja aku buat malam ni lah. Rajin kan aku. Hehe! Kena ada self-esteem la kan. Minggu ni apa-apa hal kena balik jugak. Sebabnya Ayong hari selasa depan baru balik JB balik. Oh noooo, Tak nak aku tinggal sorang-sorang dekat sini. =( So nak tak nak kena balik, walaupun kena cancel appointment. Sebab tak berapa penting so dapatlah cancel. Huhu.

Oklah, aku bagilah sikit pre entry untuk akan datang ni, first kedai Daiso, ni kedai dari Jepun. Memang best comel-comel.

Comelkan tabung ni. Ada benda yang lagi best pasal Daiso ni. nanti aku cerita. Tabung ni kira hadiah dari Ayong sebab aku dah lama cakap nak beli tabung tapi tak beli-beli. TQ sista! Omeyyykan. =) Hikhikhik

Actually, banyak lagi taw benda yang menarik. Tapi takde gambar takde storyla kan. Next entry la ye. Aku ni dah takde telefon bercamera. Sekarang aku pakai handset Nokia Torchlight je. Kesiankan. =(

Yang ni pulak Nose pack favourite aku dari Korea. Hansaegee punya produk. Memang best. Aku kalau bab Mask, Nose Pack memang nombor 1. Hobi waktu study dulu tempek mask dekat muka. hihi! So, nanti aku bagi review selepas guna mask ni. =)

Ok, nilar antara benda aku nak story tapi tak dapat. So, jumpa next entry In Shaa Allah. Have a wonderful day peeps! Jangan lupa doakan saudara-saudara kita di Palestin. Jangan stop boikot! Now aku dah boikot McD dan Garnier. Memang sedih sebab Garnier aku pakai since sekolah menengah lagi. Dah serasi, tapi whatever it is. Itulah korban yang aku buat untuk saudara-saudara Islam aku. Hurmm kena cari pencuci muka baru. Nutox mungkin? Hehe! Nantikannn! =D

~Wassalam~
Love from AnNur_Indah a.k.a Anna Lee

p/s: dulu leehanna, now dah tukar Anna Lee. Kira leehanna tu nama time belasan tahun. Now dah 21 jadi Anna Lee pulak. Nampak tak? (ok takda kena mengena dengan hampa)


Wednesday, November 28

I love Peplum! =)

Assalamualaikum peeps!

Haaa... Hari ni nak menulis tentang Peplum.
Actually peplum ni fashion lama. Tapi sekarang dia mula mendapat tempat di hati anak muda dan wanita melayu sepertiku. Ahaks.. 
Dengan penuh yakin mesti ramai gadis-gadis yang gorgeous yang dah dapatkan sepasang kurung peplum atau baju peplum sebagai salah satu koleksi pakaian. Ewahhh.
So, antara salah seorang gadis gorgeous (ini perasan) aku dah pun dapatkan. Ngee~ Mula-mula sebenarnya tak berkenan sebab selalu nampak peplum yang pendek. Means atas punggung labuhnya tu. So, ofcourselah i tak minat uoll. Tapi semakin lama semakin fofular pulak fesyen peplum ni. 
Dan al-kisahnya time dok usha-usha baju nikah untuk Ayong, ternampaklah satu butik ni. Dia punya kain khusus untuk lycra je. Dan designer dia pulak memang pro lycra. Dan semestinya Peplum Lycra yang dia hasilkan sangat memukau mata! I tak lepas pandang uoll. Tapi sayang tak tangkap gambar pun sebab takut dituduh cuba mencuri hasil rekaan designer kalau tak bolehlah i bagi uoll merengek nak peplum jugak.Hehe!
So, balik je rumah terus google. Google dan google. Mulalah pasang niat nak dapatkan sehelai. Akhirnya dapat jugak order sehelai peplum dari D'Shawlicious. Time tu nak order color Mint Green. Tapi takde stock. So pilih Turqoise. Haishhh susah tau nak order peplum ni. Banyak dah sold out nasibla jumpa facebook kakak comel D'Shawlicious tu. Terus i order uoll. I ni tak selalu beli baju. Kira paling jarang. So, fairlah kalau nak belikan. Hehe. Then, dah order tu terjumpa lagi satu peplum. Owner dia tengah bagi promo price pulak tu. Kaler yang i suke pulak tu. Terus grab! Nak dapatkan jugak korang boleh pergi page ni --> Naylisha Boutique! So, kiranya dah ada 2 helai. Jadi cukuplah ye 2 helai. Tak nak kena tanya banyak-banyak kat akhirat nanti (ayat umi untuk anaknya supaya tidak boros/membazir). Ngee~
Yang paling best kedua-dua peplum tu sampai dekat tangan aku dalam pada masa yang sama. So, lepas ambil dari abang poslaju (terima kasih abg pos!) , aku tutup pintu dan terus lari-lari anak sambil menari sebab excited! yeehaaaa! Senyum lebar okeh! Dan sememangnya aku sangat jatuh cinta dengan peplum. Kahwin ayong nanti aku dah plan nak tempah kurung peplum. Kalau boleh tak nak mahal-mahal sangat. Tak mampu okeh. Designer baju nikah ayong tu dia bagi price RM300. Kain + upah jahit. Kalau tengok pun memang dah suka. tapi mahal. Dia kata kalau ambil 3 pasang dapat RM250. Kalau 6 pasang dapat RM200. Tapi the problem is aku sorang je yang pakai peplum!Uwaaaa. Terus sedih! Takpe kumpul duit dari sekarang! Hehe~
So, dah panjang story aku kita tengok gambar peplum ni okeh! 

Ni dari D'Shawlicious. just fall in love with this colour. Baru perasan 3-4 bulan ni sangat melekat dengan colour Turqoise! =)


Peplum yang sama, cuma tambah Shawl Half Moon dari D'Shawlicious! Dapat promo price. Suka shawl ni sebab labuh. So, memang suka dua-dua. Heeeee~


Yang ni peplum dari Naylisha Boutique. Suka color purple ni.Lepas ni boleh cari skirt untuk matchkan dengan color purple ni. Hohoho. Suka suka.

And...Tadaaaaa. Me in peplum dress. Dari D'Shawlicious. Alamak tak dapat nak tangkap gambar full sebab tak upah photographer. ngeh3. Ehemmm. Thanks to Ayong sebab sponsor Belt. Cantik Belt, tapi i dah pun dapatkan belt baru. Hehe!

Dan ini bukan nak tunjuk peplum tapi nak tunjuk muka gumbira sebab dapat jalan-jalan with peplum dress. Weeeee~

Oklah tu je cerita pasal peplum. So, mana yang rasa berkenan apa lagi jomlah berpeplum! haha!

p/s: Thanks to #intanpayung sebab sponsor baju peplum turqoise tu. Ngeh3. Semoga Allah sentiasa membuka pintu rezeki kamu seluas-luasnya. =)

Oklah peeps! Jumpa di lain hari ok. Nak review pasal produk yang aku tengah jual dan produk korea yang sangat bertakhta di hati. Nantikan!!!

Dikesempatan ini nak ingatkan supaya kita tidak berhenti doakan our brothers and sisters dekat Gaza tu. Ok. FreeGaza! Boikot McD. Aku yang memang die hard fans McD pun boleh boikot dan tinggalkan McD selagi dia tak tolong Gaza. So, korang pun boleh!

Love ~ AnNur Indah a.k.a Anna Lee
~Wassalam~

Tuesday, November 20

Pray For Gaza

Assalamualaikum~

   Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah. Sekarang ni saudara-saudara Islam kita, our brothers and sisters dekat Palestine tu dibunuh secara kejam oleh Israel Laknatullah.
   Kita dekat Malaysia ni memang aman damai. Tapi mereka dekat sana dihujani bom. Yang pasti Allah menjanjikan syurga untuk mereka.
   Sayu hati tengok gambar kanak-kanak yang cedera yang meninggal akibat terkena serangan bom. Alahai, kanak-kanak yang dijadikan mangsa. Kejamnya Israel! Diorang tu pembunuh sebenar. Kita dekat sini bolehlah doakan Brothers and Sisters kita dekat Palestine.

Keep praying ok! Ingatan bersama. Kalaulah suatu hari nanti akan berlaku pada diri kita, mohon Allah S.W.T memberikan kita kekuatan dan keberanian seperti mereka. Jihad di jalan Allah, Syurgalah tempatnya.









Allahuakbar, sayu hati. Sumber gambar Aqsa Syarif dan Activists around the world for Palestine. Banyak lagi gambar. Korang boleh like pagi ni dekat FB dan ikuti berita semasa. Banyak info yang diorang salurkan. Jadilah kita saudara yang ambil tahu. 

Terima Kasih kerana membaca. Doakanlah saya, family saya, sahabat saya dan kerja saya baik-baik sahaja. Doakan kalian juga. In Shaa Allah.

Friday, September 7

New World, New Life! #2

Assalamualaikum.

Hai peeps!! Hehe. Ok nak continue balik story lepas dapat email interview tu. Dah ready belum? Dah kan. Ok seperti yang sudah diberitahu aku ni memang nak tak nakla pergi interview tu. Mula-mula tu macam malaslah, company tu bukan bumiputera. owner dia mat saleh. Entah aku ni kena tipu ke nanti macam mana. Adoiii semak giler kepala. Then umi cakap kalau nak rasa or ambil pengalaman pergi interview pergi jelar dapat tak dapat belakang cerita. So, aku pun kuatkan semangat nak pergi interview tu sebab nak kutip pengalaman. Lepas tu dah cakap dekat abah semua esoknya pergilah ambil tiket ke JB. Tumpang rumah ayong kejap. Petang khamis tu aku pun pergilah and cakap kat umi aku pergi ni sebab nak kutip pengalaman. Nampak sangat kat situ aku macam tak nak gila-gila job tu.

So, pada tarikh 3 Ogos (Jumaat) aku pun pergilah interview tu. Ayong yang hantar, siap ambik cuti lagi ayong. Heheh masyehh ayong. Then pagi tu ofcourselah sampai awalkan nak cari office semua. Lepas tu sampai-sampai pintu office tu aku nampak perempuan cina, aku tanyalah ni NGS Marketing ke. Dia kata bukan u salah tempat ni. Aku turun balik pergi kat ayong cakap alamat salah. Kitorang cuak jugakla. Aku cakap kalau 5 minit tak nampak kelibat orang naik office tu aku send email kat company tu, tanya salah ke alamat diorang bagi kat aku. Then tetibe ayong tanya "Yang kau naik tu first floor kan, kau naik tak 2nd floor?" Aku pon "ha'ahlah aku tak naik pun. Ok aku pergi tengok" Aduss serabutnya kepala pagi-pagi hilang nervous semua. Sampai aku kat 2nd floor tu aku tengok pintu kunci. Aku dah cuak dah mana orang ni. Takde ke. Main-mainkan aku ke. Diorang ni bukak pukul berapa. Adoiii! Aku terus pergi kat ayong cakap pintu kunci. Ayong suruh aku tunggu kat atas. Kalau lebih pukul 10.30 takde jugak send email kat orang tu. Aku pun satu jugak, tak mintak no.telefon. Hailaaa. Then aku pun pergilah tunggu depan pintu office tu. Tak lama lepas tu ayong call "anah! ni diorang dah sampai dah. diorang parking sebelah aku. Mat saleh tu ada." yang aku pon memang tak sangkalah mat saleh tu ada sebab aku ingat dia takde kat Malaysia ni. Aku pon prepairlah betulkan tudung semua. Mat saleh tu owner company ni Mr Nyagoslav and yang email aku tu wife dia Mrs Jenny merangkap orang kanan yang menguruskan kewangan syarikat. Diorang memang friendly, lawak dan bukan seorang yang bossy. Dua-dua orang nilah yang interview aku. Sempoi je aku duduk kat sofa diorang ni duduk kat kerusi sebelah-sebelah. Interview tu lebih kurang macam sembang santai dengan diorang. Cool je. Diorang pun explainlah semua pasal kerja yang diorang offer ni. So, actually kerja home based punya. No need go to the office except you have a meeting with bos or others employees. Actually home based work ni dah menular dekat oversea dan diorang dah biasa dan lebih suka buat kerja dekat rumah. Tapi kat Malaysia ni sesuatu yang baru.So, individu yang buat kerja ni kena ada self-esteem, high discipline dan berdedikasi. Jadi time interview tu kira macam diorang offer kerja tu dekat aku dan bukan aku yang offer untuk bekerja dengan diorang. Lepas dari interview tu memang excited giler sebab first sekali kena interview dengan mat saleh. Fully speaking in english. Bangga tu! Then memang seronoklah macam-macam yang dibualkan dengan diorang. So, pada aku kalau dapat bos macam tu memang seronoklah. Takdela kuku besi sangat. Then, balik tu terus balik yong peng. Bos aku dengan wife dia suruh fikir dulu nak terima tak offer diorang. Sampai rumah aku cek email diorang offer aku position Internet Marketing Executive dengan gaji sekian-sekian dan prohibition selama 2 bulan dan sangat look forward untuk bekerja dengan aku. Eh! Aku pergi inerview tu aku mintak position Internet Marketing Assistant je dan tak sangka diorang offer Executive terus. Alhamdulillah. Tular rezeki Allah. Aku terus terima dan terus tertanya kerja macam mana yang akan aku hadapi selepas ini. Umi dan abah pon happy sebab aku dah kerja. Yelar dahlah tak dapat continue belajar dalam degree so bila dah dapat kerja takdelah diorang risau sangatkan. So, aku tetapkan tarikh nak start kerja 13/8. Selesaikan dulu barang-barang dan transport. Syukur sangat-sangat. Memang selalu macam tular kan. Benda yang kita tak nak tular yang kita dapat. Dan sememangnya Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. :) So entry lepas ni aku story lah sikit-sikit kerja aku ni. Bagi uoll paham. hihik!

p/s :: Biasa kena macam tular. Mula-mula rasa tak best tak seronok. Lepas tu bila dah lalui semuanya memang best!! Macam kena pergi camping or program yang sekolah or institusi tetapkan untuk kita. Memula malaslah, tak bestlah apa bendalah lepas dah join, terus tak nak balik. Manusia ohh manusia. Hehe! :D

New World, New Life! #1

Assalamualaikum.

Dengan penuh skemanya feeling-feeling hari ni, terfikir nak membuat satu coretan di blog. :)

Dengan rasminya saya memaklumkan diri saya kini sudah tidak bergelar pelajar/penganggur. :p

Dengan suka hati mengisytiharkan bahawa saya sudah bekerja pada ketika umur saya 21 tahun 16 hari. Dibundarkan 21 tahun. :D

Ok dah sudah dengan segala dengan. Aku pun nak storyla pasal job aku ni. Bermulanya tanggal 1 Ogos (rabu), kebiasaan aku sesudah bangun dari tidur adalah kalau tak pergi cek sarapan apa yang ada, aku akan meluru ke laptop untuk online. Then salah satu benda yang aku buat adalah cek email! Then bukak je email ada satu email dengan subject "Invitation for Job Interview". Ya Allah! First email yang aku dapat pasal interview kerja. Aku diam je dulu buat muke rileks je. Usai je aku baca email tu aku diam kejap. Then, aku cuit bahu umi dengan berkata. "Umi, anah ada interview mi jumaat ni". Lepas tu umi pun memberikan reaksinya yang bersahaja. Hehehe. Sebenarnya aku tak ingat dialog lepas tu. Tapi lepas tu aku explainla kat umi kerja apa kat mana bila semuanya. TETAPI, bila aku cek company dan job yang aku apply tu ada cerita rupanya disebaliknya. Hadoiyaiii nye pon. Actually, sebelum ni time aku tengah semangat-semangat mintak kerja aku terpandang job ni. Mula-mula aku tak nak apply pon sebab ada word "marketing". Oh no! Tak mau aku jual-jual ni. Tapi lepas tu aku fikir tak kesahlah mintak jelar sebab salah satu requirement dia ni nak orang yang atleast ada blog. Then aku ni mempunyai blog dan minat. Tapi dalam hati, "Bukannya dapat pon." "kalau dapat pun macam 20% je". Then as usual la aku emailkan resume aku dekat company tu dan tulis lah sesikit ala-ala cover letter. Then a few days lepas tu diorang reply email aku, cakap akan baca dan teliti resume aku. So, sebab aku ni dah belajar cara terbaik macam mana nak dapatkan job aku pun reply balik email cakap terima kasih semua.Tapi dalam hati biarlah tak dapat job ni. Macam tak best je. Tulah rasa yang terdetik kat hati aku. Tapi bila dapat panggilan interview aku jadi macam nak pergi tak nak pergi. So nak tahu kisah selanjutnya baca pulak post selepas ini. Haha! Takut ada pulak yang tidur bila baca blog ni. Panjang sangat katanya. So, jumpa lagi lepas ni! Adiosss~

p/s :: First interview tu! (Ok second sebenarnya sebab time nak mintak tempat praktikal pun ada interview. Tapi praktikal tak kira la kan). Hihi!

Wassalam~

Saturday, August 25

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum.
Hai my dear blog, how are you?? Never feel better right. Haha! Nasiblah blog dapat tuan macam aku. Nasiblah aku ni tak bela pets. Kalau tak kesian Nauzubillah.
Ok back to the title. Syukur Alhamdulillah Ramadhan untuk tahun ni dapat kita laksanakan. Dan dah seminggu kita menyambut syawal, berkunjung menziarahi sanak saudara. Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk berkumpul beramai-ramai.
Tapi raya tahun ni dengan berumurkan 21 memang dah berbeza. Kalau dulu orang tanya buat apa sekarang bolehlah jawab "study lagi" sambil muka sengih-sengih. Lo nih, orang tanya buat apa segan pulok nak jawab. Jawab jelar "baru je habis diploma, dan baru je dapat kerja, hehe." Hehe tu wajib ada sebab malu-malu. So bila orang dengar dah kerja tu terus simpan balik duit raya untuk aku. Huh sedih betul. Haha kemain sedih. Sedih sebab zaman kanak-kanak tu dah berlalu.
So, raya tahun ni malam raya tu kami sekeluarga bergerak balik kampung pahang. Beraya kat sana. Then raya kedua balik rumah nenek dekat selangor. Macam tular kebiasaannya. Tapi yang sedihnya memori gambar untuk raya pertama dah terformat semuanya yang dalam kamera tuh. Hadoiiii.. Aku dah posing ala model taw, hilang pulak. Tapi sedihla sebab moment raya pertama memang berbeza, masing-masing muka seronok pakai baju baru. Hurmm takpelah dah hilang nak buek camnokan. Redha jelar.
Raya tahun ni bersederhana je, janji dapat jumpa family semua cukuplah. Alhamdulillah. Tahun ni tak boleh bagi duit raya lagi sebab gaji pertama pun tak dapat lagi. InsyaAllah ada rezeki adalah duit raya dari aku. Hehe.Oh ye, tak habaq pon lagi dekat blog ni, yang aku dah pun bekerja. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan lagi Allah urusan aku. Kerja apa semua tu nantilah aku story. Now mood raya je dulu. Ok lar jomla kita tengok gambar apa yang ada saki baki dalam fon aku untuk raya ni.hihi!

Dah siap dah ni "Jom beraya!" (Masukkan duit raya dalam beg dulu)

Snap pic dulu noh!! :)

Posing dengan Abam!!

Dengan Hannan pulok!!

Dalam kereta ayong pon kena posing jugak!

Anak buah yang pertama Damia. Garang orangnya nasib dapat dukung. Geram betul.

Even tak dapat raya sesama dengan budak neh tapi nak jugok edit gambar sesame sebab baju raya kaler samalah tahun ni! Tanpa dirancang. Haha!

Cucu-cucu nenek. (Raya kedua)

Cucu-cucu atok. :)

Dari kiri : Ayah Long, Abah, Cik Arin, Anan dan Abhar.

Adik kandungku dengan sepupuku. Umi kata muka mereka sama. Dah dararh keturunan. ;)

Atok yang senantiasa cool. Sokmo suruh tangkap gambar dia. hihi. Hope atok sihat sentiasa.

Nenek yang di Selangor. Arwah atok dah meninggal tahun 2010. :(

Sepupuku Faris yang paling gojes dan baik hati. Ahaaiii cucu nenek. :D

Ni jelar gambar-gambarnya. Gambar umi abah dan satu family takde dah hilang. Huhu!! Nantilah bila kumpul ramai-ramai lagi kita snap okeh. :)

Dengan ini saya Raihanah Binti Zaid mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua hamba Allah yang meraikan kemenangan umat Islam dalam melawan segala hawa nafsu di bulan Ramadhan. Mana yang baik kita teruskan. Mana yang tak elok kita tinggalkan. Jikalau ada silap dan salah harap 0-0 lah yek. :)




Sunday, July 15

Sun - Day :D

Assalamulaikum dan hai peeps!
Wahhhh. Pejam celik - pejam celik. Dahh ahad. Hari ahad ni for surelah ramai yang bercuti. So apa aktiviti hujung minggu korang? Mesti ada yang qada' tidur. Yang spent time dengan family. Yang beli baju rayo.. Al-maklum la dah nak puasa dah. Dan untuk makluman aku dah ada dah baju raya. Advance bukan? :D
Hari ahad ni matahari macam malu-malu je nak keluar. Pagi tadi bangun tidur , kuaq sat pi bekfes, takda la sat sangat. Lama jugak. Sebab lepas bekfes abah bawak pi basuh kereta Unser beliau. So tunggulah lama sikit kat situ. Lopaih tu abah kata beliau agak lapar. Then teruih bawak kitorang pi pekena Asam Pedas Sembrong. Memang sodaplah. Agak dah lama sikit tak pekena mesti rindulah nak pi makan sana. Dah konyang pi Ayer Hitam pulak. Terindu pulak budak-budak Six Sigma. Pi sana sebab saja-saja nak usha harga barang kat satu kedai runcit ni. Secara random oklah harga kat situ. Dah habis beli barang singgah jap beli nasi ayam untuk adik aku Hannan.
Ok masuk part II, :) Lepak-lepak dekat rumah apa lagi, tak laptop depan mata, tv sebelah mata sikit ataupun dua-dua depan mata. Boleh bayang tak? Haha! Dapatlah pulak satu cerita best dan lawak dan sengal lakonan Jepp Sepah. "Bomoh Temberang". Kekekekekeke kitorang adik beradik termasuk abah tergolak-golak depan tv. Habis je cerita tu aku ajak adik-adik aku pi basuh motor. Memang semangatlah sebab abah baru belikan sabun mandi untuk motor-motor tu. So kitorang pun beriadah memandikan motor yang dah lama tak mandi. Alolololo. Kesiannn. Tapi takpe now dah mandikan. Dah wangi! dan dah hensem! :D
Ok tu jelar story hari ahad ni. :) Chow dulu okeh!
Wassalam~

Saturday, July 14

Resepi Lasagna

Assalamualaikum and hye peeps!
Ok terang benderang tajuk dah bagitahu nak story ape kan untuk entry ni. Resepi ini diambil oleh umi dekat Kongsi Resepi. Beribu-ribu resepi apa jua benda korang nak makan ada kat situ. So just carik je. Cerita camno aku boleh tetibe masak lasagna ni bermula bile umi nak pergi yasinan dengan ayong. So, umi mintak aku masak lasagna. Dengan berbesar hatinya aku pon bersetuju. Dalam hati seronok giler, masak benda yang aku suka. Walaweyhh.. So, umi pon bagila resepi, dan bahan-bahannya. First time masak sensorang weyh. Terkulat-kulat aku potong bawang. Haha! ko hado?? Aku buat entry ni pun sebab ada member yang mintak aku resepi. So anum and wahida sila masak sekarang! Haha! ok ni resepi dia :-

LASAGNA - KONGSI RESEPI

Bahan-bahan :-

1 Kotak Lasagna
Shredded cheese (Mozarella)

Bahan-bahan yang digunakan. :)

Sos Daging

400 - 500gram daging cincang
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
Carrot - ikut suka korang nak masukkan banyak mana.kalau aku sikit je.hehe (hiris)
2 sudu besar minyak masak
1 botol/tin sos tomato spaghetti Prego
Lada sulah
garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang putih, bawang besar, dan carrot. Biar sampai naik bau. (time ni aku macam konpius camne la naik bau tu, kemainla aku bau.siap tanya adik-adik bau tak?haha!)

2. Masukkan daging cincang, masak sehingga daging perang. Means masakla tu dagingnya.

3. Masukkan sos tomato spaghetti, lada sulah dan garam. Biar hingga kering, tapi jangan kering sangat sebab nanti sos daging yang lembap tu kita perlukan untuk lembutkan kulit lasagna time proses membakar dalam oven. Ok done untuk sos daging. Next untuk sos keju/putih pulak.

Sos Keju / Sos Putih

2 sudu besar mentega / marjerin
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
garam secukup rasa
2 sudu besar shredded cheese

Cara - caranya

1. Korang bukak api perlahan je, then masukkan mentega dalam periuk. Biarkan sampai cair.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan ballon wisk sampai sebati. Tutup api.

3. Masukkan susu . Gaul sampai sebati. Then korang letak semula periuk tu atas api sederhana, masukkan shredded cheese and terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat sebab nanti sos tu sejuk dia jadi lebih likat. so kacau tu jangan lama-lamalah.) Okeh siap! Last step pulak.

Cara melapis lasagna

1. Ok first korang buat satu lapisan sos daging dalam loyang.

2. Lopaih tu tuangla sos keju atas lapisan sos daging tu. Ratakanlah.

3. Lapiskan dengan instant lasagna sheet tutupkan permukaan sos danging dgn sos keju tu. Susun comey-comey cantik-cantik.

4. Ok, korang bulehla buat 2 - 3 lapisan lagi sama step macam kat atas.

Korang boleh susun lebih kurang camni.

5. Untuk lapisan terakhir lepas sos daging dan sos keju tu korang tak payah taruk instant lasagna sheet dah. Korang tabur shredded cheese rata-rata. kalau korang suka banyak cheese taburla banyak-banyak. Sodap weyh..

6. Last sekali! korang boleh bakar lasagna tu dalam oven. Dalam lebih kurang 30 minit macam tu.

Bila dah siap tu korang buatlah muka berlagak sikit macam garfield bila dapat lasagna dannnnn dah boleh makan! Nyum-nyum. :D

Pada yang nak try tu trylah. Bila lagikan nak masak lasagna. Aku yang tak pandai masak ni pun dah masak. Chewah berlagak pulak. Macam hebat sangat aku kan. Tapi memang seronok! :)

p/s :: tak banyak gambar nak bagi sebab most gambar dalam tab my sis Ayong. Dan dia tak balik minggu ni. :(

Ok last! Selamat mencuba korang! :D Wassalam~









Tak Tahu! Tak Tahu!

Assalamualaikum dan hye peeps!
Ermmm, tak tahulah. Sebenarnya dari minggu lepas aku nak hupdate entry baru untuk blog ni. Tapi terbengkalai. Memula nak hupdate pasal program yang aku pergi selama 2 minggu dekat UTHM. Tapi entah kenapa dan bagaimana aku tak sempat nak habiskan. Owh ye sebab gambar tak boleh nak upload. So tersimpanlah entry itu di draft. Lepas balik program tu abah bawak kitorang balik kampung Pahang, jumpa nenek dan atuk. Yelar rumah nenek dah siap ber 'tile' semua tak gheti-gheti lagi nak balik kan. Aku takde story pon hari ni just sesaje nak menaip. Well aku tak dapat tawaran dari mana-mana U pun. Dan aku memang dah agak. Agak sukar nak dapat bila kau mohon dan bagi result HPNM sampai Sem 5 jek. Haishh. Nak buat camno kan. Allah tahu mana yang terbaik untuk aku. Now nak usaha cari a better job. Yelar buat apa nak menganggur kat rumah ni. Tak selesa. Cuti sem dengan dah cuti sebab tak buat apa-apa adalah berbeza. Rasa tak selesa, tak seronok. So go on with ur life. Pada member yang dapat continue Degree, congrates uoll!! Pada ramai yang senasib dengan aku, jangan sesedey ok. This is not the end of our life. Banyak lagi yang kita nak kena tempuh.
Oklah. Stop kat sini. Nanti ada cerita menarik aku story ok. Sekarang ni cuaca mendung je. Macam tahu-tahu je hati aku sekarang ni. :)

Ni nak bagi sikit gambar tengok-tengok.

ONE OF MY BESTIE 'FENA IN THE HOUSE!' (dapat jugak spent time dengan minah ni 2 minggu)
p/s :: sebab hari tu dah spent time dengan anum sebulan!so kire fair lah. :)

Tupperware yang digunakan untuk makan. Cantik kan! Tapi memule je sodap. Lopaih tu korang pikirlah sendiri.

with awesome girl yang menemani hari-hari aku di UTHM.diorang memang best! :D

Library terbesar di Asia Tenggara. Dekat sinilah kitorang belajar, bermain dan menggile bersama-sama. ^,^v

Dengan student final sem Politeknik Mersing Johor yang sangat best dan happening!

My Blue Dolphin member. Well acamno kito punyo kueh ghayo? Korang memang terbaekkkkk!

Masa untuk pulang. Last photoshoot dengan mereka di pepagi hari. Hope dapat jumpa lagi! :)

So, tular gambar yang dapat dikongsi dalam blog ni. Padahal berlambak gambar yang ada. Tapi biarlah menjadi simpanan peribadi. :) Program Most Wanted Graduate dekat UTHM, Parit Raja, Johor memang best sesangat. Salah satu memori yang best setelah habis diploma ni. Thanks Ya Allah. 

Ok, see u soon my dear blog! Wassalam~

p/s:: nak lipat kain.dari tadi tergendala. :p

Thursday, June 21

Jeng Jeng Jeng :)

Assalamualaikum & Morning!
Hai peeps, macam mana hari ni? Sihat? Seronok? Apa-apa pun saya nak mengucapkan Salam 1 Syaban kepada semua saudara seIslam saya. Wahhh. Dah masuk bulan Syabankan. Lagi selangkah je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Seronoknya dah nak puasa dah. Kalau kecik-kecik dulu, kalau boleh nak skip bulan Ramadhan. Ingat nak raya je. Kini tak lagi. Muehehe.


Ok back to the title untuk hari ni. Kenapa Jeng Jeng Jeng? Ingat ikut cara Johan cakap dalam Super Spontan ke?(Manusia yang tengok Super Spontan je tawu). No, no, no. Ini bukan Super Spontan ye. Entry kali ini tentang DIET! Ok no more diet actually. Entry kali ni tentang cara kurangkan berat badan dengan betul dan baik untuk kesihatan. Selama ni, girl kalau diet mesti tak makan. Ataupun makan sekali je sehari ataupun still makan tapi tak makan nasi. And lagi satu kalau pergi mana-mana tempat joging pasti akan kelihatan seorang dua girl yang tengah joging. Selain orang yang berumur la. Pada saya Diet dan Joging itu synonim. Kalau diet mesti beria nak joging. Ok semua itu sebenarnya berlaku pada diriku ini. Tapi cuma seketika. Ya cuma apabila hati ini terdetik dan berkata-kata "Oh, dah gemuk sangat dah badan ni, diet-diet, lepas ni nak joging". Dan secara pastinya semua itu terdetik apabila diri ini terajin sekejap.Muahaha. Dan sememangnya malas itu selalu. So, padanlah muka kalau berat badan tu naik tak turun-turun.

 Reaksi muka time diet.Haha!

Eh, kejap kenapa ana ni rajin sangat cakap pasal kurangkan berat badan? Mimpi jadi obesiti ke? HOh! Nasiblah tak mimpi lagi kalau tak mau nye tak makan sebulan. Ceh, boleh ke? Entah-entah bila lapar je terus tak ingat dah mimpi tu. Actually pagi-pagi tadi dah blog walking dekat blog yang saya follow, ofcoursela salah satu nya blog Fatin Liyana yang baru post entry baru dekat blog dia. So, guys mana yang dah baca bolehlah vote untuk dia. Kalau mana yang tak tahu nak pergi mana ni link dia http://honeykoyuki.blogspot.com/2012/06/levis-nak-kasi-korang-hadiah-nak-tak.html boleh klik terus. Mana yang dah tahu ofcourselah teruja dengan bakal Doctor yang cantik ni. Well, saya agak lambat sikit sedar tentang individu yang gorgeous ni. Baru tahun ni jadi follower dia. So, tak kesahlah yang penting tak ketinggalan. Haha! Ok, kalau korang tengok entry dia mesti pelikkan, eh mana yang tentang kuruskan badan tu takde pon. Hehe,bukan kat entry yang ni lar guys. Dekat entry tips dia weh. Ni link dia ---> Nak kurus? Sila Klik! Haha! cepat klik and read! Entry ni dah dua tahun weyh! Lambatnya kau ana?? Hohoho, kan ceq dah habaq tadi yang ceq baru taw dia ni tahun ni. Awat hampa tak paham? Ok, enough. Pada saya kalau bab kesihatan, ilmu dan sebagainya even zaman purba kalau benda tu baik sampai tahun 2020 pun orang still ikut dan guna kan? So, kalau dah baca saya cuma nak ringkaskan jelar. Jeng jeng jeng :-

1. Benda first mesti time makan. Pada yang asyik tak nak makan sebab nak diet tu silalah makan breakfast, lunch and dinner korang. Tapi dalam kuantiti yang minimal, bukan maximum ok. Janganlah skip-skip waktu makan korang sebab nanti bila lapar mulalah nafsu tu nak makan banyak-banyak. Tapi janganlah tambah-tambah waktu makan tea-time lah supperlah. Oh nafsu semua itu.

 Fruits kenalah separuh pinggan, so bayangkan berapa banyak je nasi dan lauk. :)

2. Then. NO JUNKFOOD! Junkfood bukan sahaja jajan, gula-gula, twisties, potato chips. Biskut pon termasuk tahu! Tak kesahlah biskut lemak ke, biskut tiger ke, oat ke. Aigoooo, saya pun baru tahu yang biskut-biskut ni lagi tinggi kalori dia dari nasi. Entah-entah Nyum-nyum, Nini, Tora pon sama kalori tinggi. Haha! Ni saya dan Anum je yang tawu kenapa. So better korang just makan time waktu makan, and kalau lapar makan roti and minum milo je. Kata kak Fatin Liyana kitalah. Pada saya, its sooo trueeee. Janganlah pulak mengade-ngade masuk dapur cari maggi pulok.

 Sila AVOID ye kawan-kawan.

3. Yang ni untuk kesihatan sekali. Lately ni saya risau jugak sebab duduk rumah memang tak buat apa la. Bangun, breakfast, duduk depan tv. online, ambil adik balik sekolah, then sambung tengok tv dan online. Bila masanya lah peluh ni nak keluar, makin beratlah badan ni gamaknya. Tapi lepas jumpa entry Fatin Liyana ni terus dapat idea nak keluarkan peluh macam mana. Lepas ni nak bawak adik pergi taman permainan dengan hanya berjalan kaki. Memang bagus jugaklah sebab taman tu pun agak jauh jugaklah. So, jomlah kita amalkan sikap suka berjalan laju-laju dan bukannya lenggang lenggok. Pada yang bawak kereta, jangan mengade nak parking dekat-dekat je, parking jauh sikit then boleh jalan kaki dengan pantas. Pada yang malas nak naik tangga tu, asyik nak tunggu lif je better carilah tangga lepas ni. Hehe. Tapi memang betullah! Time study kat poli dulu, masa sem1 sampai sem 3 badan saya takdelah nampak gemuk sangat, muka pun takdelah bulat sangat. Bukan nak kata I kurus okeh cuma tak gemuk macam sekarang. Semuanya sebab time sem 1 bilik hostel tingkat 4 and hujung sekali. Memang turunlah berat badan time tu. I loikee. Lepas tu sem 2 dengan sem 3, duduk rumah sewa. Agak jauh jugakla nak menapak tu. So, berat badan pun takdelah naik sangat. Boleh maintain lagi. Then, sem 4 praktikal. Time ni dah ada motor, tapi still lagi badan tak naik sangat sebab asyik kerja. Makan pon bila waktu makan je. Tapi bila sem 5 dengan sem 6, semua orang tegur saya dah gemuk. Yelar berjalan memang dah kuranglah sebab asyik naik motor je. Dan suka sangat makan makanan ringan. So, terimalah akibatnya. Jadi sekarang nak makesure petang je bawak adik pergi main. Hohoho. Sebab kalau nak jalan sorang-sorang, MALU! I memang pemalu okeyh.


 Lepas ni bolehlah bawak adik memasing pergi taman permainan. No malas-malas.

4. Yang last ni apa-apa pun benda yang kita buat kena konsisten dari yang first sampai yang last. Jangan Hangat-hangat tahi ayam je. Tu biasanya saya lah! Haha. Tapi kalau serius nak kurangkan berat badan kena follow the rules lah kan.



Ok, guys dapat dah tips-tipsnya? Boleh ikut dah lahkan. Kalau nak yang more detail just pergi je kat blog Fatin Liyana ni. Macam-macam tips yang u guys boleh dapat. Seronokkan bila dah dapat tips yang best ni. Takdelah burden sangatkan. Ada tips jangan ini jangan itu. Buat ini buat itu. Last-last sekejap je kita boleh ikut. Lepas tu back to normal. Oklah sampai sini je. Hope mana yang baik itu sama-samalah kita amalkan ok! :D

As usual "Have a good day uolls!" And as usual too semua picca adalah ihsan dari Mr.Google kita. :)

Wassalam~

p/s :: semalam baru je umi beli chipsmore 2 paket. Haishhh. Buat-buat tak nampak jelar. (Padahal dah termakan 1 time baby hulur tadi, time makan baru tersedar, "Eh, junkfood ni! Dah makan takpela 1 je") Haha! Korang jangan buat pulak taw! Sila Serius! Hehe.

Wednesday, June 20

Hindustan kini~

Assalamualaikum.
Hai peeps, masih tak tidur lagi? Same goes to me. Kunun-kunun lah nak layan hindustan tapi yang tak syoknya hindustan malam ni tak best. Sorry to say la memang cerita hindustan sekarang dah tak best dah tak menyengat, dah tak meleleh air mata macam cerita time zaman sekolah dulu. Sekarang dengan hero dan heroin yang memang tak best langsung. Bagi peminat hindustan macam saya yang cuma akan layan hindustan yang ada heroin dan hero yang best je kalau tak "bolayan".
Actually, tak tahulah sama ada penerbit tv dah tak tahu nak siarkan cerita yang best or dia memang tak tahu apa-apa pasal hindustan. Chewah! Macam saya ni teror sangat kan pasal hindustan. Tapi seriously cuba kita tengok eh, cerita yang paling menyentuh perasaan saya, sampai saya nangis meleleh hingus semua. " Kal Ho Na ho". Jalan cerita yang sangat menarik. Pelakon yang hebat-hebat. Ofcourse lah hebat Preity Zinta tuh. My favourite actress ever. Beautiful! Gorgeous dan segala bagai. Jangan terkejut kalau ada yang panggil saya Preity Zinta time sekolah dulu. Memang banggalah habaq hang. Then Shah Rukh Khan, memang tak dapat dinafikanlah dia memang actor yang hebat, berapa banyak filem dia yang meletup-letup. Hero kedua pula Saif Ali Khan. Dia ni macam ada aura, memang best! Mana yang tak tahu filem Kal Ho Na Ho ni ada ihsan dari Mr.Google. Tayang picture kejap. Muehehe.
  Ni lah pelakon-pelakon hebat Kal Ho Naa Ho.

Last-last bestfriend ni bersama, sebab Shah Rukh Khan mati dalam cerita ni. Tapi memang sweet sangat cerita ni.


Beautiful ha? Just like me. What???Jealous lettew. Muahaha

Ok, next filem pulak yang memang meletup. Kabhi Kushi Kabhi Gham. Family punya story. Tapi memang best. Lagu sedap-sedap. Jom tengok gambar.

Pelakon cerita ni pun boleh tahan hebat.
Dalam cerita ni Kajol memang lawa. Tak dapat dinafikan.

Last filem ni rasanya tak ramai yang tahu. Main Hoon Na. Cerita ni masa saya zaman sekolah. Form 2 kot. Entah tak ingat dah. Story dia tentang Shah Rukh Khan menyamar jadi pelajar dekat 1 kolej. Dia sebenarnya askar yang ditugaskan menjadi guard kepada anak perempuan kapten dia yang pada masa tu nyawa anak kapten tu terancam sebab ada terorist ugut nak bunuh anak kapten tu. Tapi dalam pada masa yang sama Shah Rukh Khan juga cari adik dan mak tiri dia yang ayah dia amanahkan untuk cari sebelum mati. Well, memang nice story, kelakar semua ada. Lagu pun best. :)

Ni, pelakon utama filem ni. Well Zayed Khan memang handsome lah! 

Yang kiri tu Zayed Khan, dalam cerita ni dia tak gred-gred dah berapa tahun dah. Sebab sikap dia yang memang suka sangat main-main. Yang kanan tu anak perempuan kapten. Dalam cerita ni mula-mula dia macam kasar dan tak suka bergaya sebab ayah dia nak anak lelaki tapi dapat anak perempuan. Nak tahu lebih pergilah cari ok cerita ni. :p

Well, memang cerita-cerita kat atas ni best. Layan banyak kali pon takpe. Tak bosan langsung. Tapi hindustan sekarang? Cerita tak best, lagu pun tah hape-hape. So, wahai tv sekalian silalah siarkan hindustan yang best-best ok. :)

Oklah. Stop kat sini. Nyte semua. Have a blast! Don't forget to recite ur doa before sleep ok. 

p/s:: teringat time kursus CompTIA A+, layan Kal Ho Naa Ho dengan anum. saya beria menangis, tapi anum rileks je. Ceh, hati batu sungguh budak itu. Tapi tular memori hari-hari terakhir dengan anum sebelum berpisah. Sedih!