Pages

Monday, December 26

Sabar itu Indah!

Assalamualaikum~
hewhewhew! Time aku taip untuk entry ni aku tak tahu nak bagi tajuk dia apa. So, aku decide untuk tulis dulu apa dalam kepala otak aku ni. Untuk pengetahuan, esok telah bermulalah kelas bagi semester 6 ni. Aku expect kelas hanya akan ambil masa 10 minit dan BALIK. Tak pun kelas 1 jam dan hanya dipenuhi dengan aktiviti suai kenal. Merepeklah kan kalau dah sampai final semester kau masih tak tahu siapa classmate kau. Haha! Meh sini aku sekeh-sekeh siapa yang tak kenal classmate dia tu lagi.

Erm, mula-mula kelas ni aku dah nak mula mengeluh dah. Dengan jadual yang pack pada waktu petang, dengan 1 berita tentang projek yang akan dibubarkan kumpulannya dari 3 orang kepada 2 orang. Tapi yang pasal projek final ni aku rasa memang tak patutla kalau nak bubar sekarang sebab 1 semester dah start buat projek ni sama-sama and pada sesiapa yang nak bubarkan tu tolonglah fikir logik. Manalah pulak student yang dah tersingkir daripada kumpulan dia tu nak menggagau cari idea projek lain. This is totally unfair!

Tengok, kelas belum start lagi kitorang dah dilanda masalah. Kesiankan. For your informationla kan aku ni seorang manusia yang sangat kuat mengeluh. Dan boleh sampai satu tahap aku akan mengeluh setiap 2 minit. Sesungguhnya mengeluh itu sangatlah tidak baik sebab seolah-olah kita tidak mensyukuri apa yang dah Allah tentukan untuk kita. So, from now on aku berazam tidak akan mengeluh dalam apa jua keadaan. Aku akan cuba tenangkan diri aku dan siapkan diri untuk apa jua keadaan. Kenalah sentiasa ingatkan diri aku supaya tak mengeluh and chill je. Sebab aku rasa bila aku mengeluh untuk sesuatu keadaan, nanti aku jugak yang rugi. So, marilah kita ramai-ramai berhenti menjadi seorang yang kuat mengeluh. Sebab tak rugi jugak untuk jadi seorang yang SABAR ni! Allah sayang dan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya yang penyabar. SABAR ITU KAN SEPARUH DARIPADA IMAN! Even separuh korang ingat senang ke nak dapat iman yang separuh tu. Suku pun belum tentu lagikan.

Untuk berjaya dan lebih berjaya kita kena tengok dekat diri kita sendiri, apa lagi yang belum cukup kita buat untuk menjadi seorang yang berjaya. So, untuk final ni aku berazam untuk buat sehabis baik. Pasang niat balik sebab datang Ipoh ni untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu untuk siapa? Menuntut ilmu kerana Allah. Mintak-mintaklah apa yang aku niatkan ni sentiasa telus dan ikhlas kerana Allah. Ameen. Oklah stop sini dulu. Bye!

p/s:: entry ini adalah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri. :)


ok dah macam berkempen pulakkan??Haha!

Friday, December 23

New Semester!!!



Ok hari rabu tu dah daftar sebagai pelajar senior a.k.a semester 6 student and hari ni baru nak post entry bagai??Itulah Raihanah namanya.Haha!

Apa-apa pun syukurlah sebab aku dah pun menjadi pelajar semester akhir, berharap akan menamatkan pengajian diploma dengan jayanya. Tapi sebelum tu nak story kejadian mendaftar hari tu. As usual lah kalau bangun pagi aku akan tunggu cik Marhanum yang bangun dulu, tapi aku tak expect pulak Anum ni kunci jam pukul 5 lebih, belum azan subuh dia dah bangun and mandi bagai. Yang aku ni pulak kunci jam pukul 6.40 a.m. Korang nampak tak tu??Haha! Aku bukan apa kalau aku kunci jam awal for sure lah aku akan 'snooze' balik jam tu. So, baik aku kunci jam yang aku yakin aku akan bangun terus! Tapi disebabkan dah terjaga aku pon bangunlah dalam pukul 6.20 pagi tu sebab tak nak berebut dengan bebudak rumah aku. Siap-siap tu aku pelik, kenapalah budak-budak rumah aku ni tak siap-siap lagi. Dalam hati aku ' diorang tak pergi mendaftar ke?lupa ke?'. Aku dengan Anum punyalah dok fikir pasal diorang, tapi takdelah pulak kitorang nak pergi tanya kat diorang tu. So, dalam 8 lebih aku dengan Anum pon pergilah Poli menaiki motor dan dah set dengan Fena nak jumpe terus kat poli sebab time tu Fena tengah on da way dari kampung. Sambil tengah menuju ke jabatan, tiba-tiba classmate aku bagitahu yang kitorang punye waktu pendaftaran PUKUL 11! Haishhh.. Then teruslah call Fena, kemain suke makcik tu bila aku bagitahu pendaftaran pukul 11. Entah-entah time tu dia tengah pecut takut lewat, tu yang suka sangat agaknya. Lepas tu barulah terfikir kenapa budak rumah tak siap-siap nak pergi mendaftar. Aku je yang EXCITED lebih. Sebab pendaftaran dah start lambat aku dengan Anum pon tukarlah plan, pergi breakfast dulu. Takkan nak balik rumah then bagitahu dak rumah yang kitorang dah salah jam nak pergi mendaftar. Malulah! Nampak sangat tak alert di situ ye.

Dekat tempat breakfast aku dengan Anum ni pon tunggulah Fena untuk join breakfast sekali. After sebulan tak jumpa kan, rindulah jugak kat bestie aku yang sorang ni. Sampai je dia hamboi-hamboi, kemain bergaya lagi, pipi kaler merah tu!!kau ada?? Dengan beg baru, kasut baru, kalah orang lain. Then, tengah rancak berbual, tiba-tiba.... fena:"eh, mana fon fena eh?"(sambil mencari-cari handphone dia dalam beg). Aku dengan Anum pon terkejutlah, ish takkan hilang pulak. Fena pon pergilah cari handphone dia dekat kereta. Balik semula kat tempat aku dengan anum dia kata handphone dia tak jumpe. Maybe tercicir time dia turun kereta tadi. Aku dengan Anum pon terus try call and message phone fena tu. Tapi sayang tak dapat. Haishhh.. tak pasal-pasal je hilang phone lagi. Yang aku tahu masuk ni dah 3 kali Fena hilang phone. Tiga-tiga Sony. Kesian fena, tapi apa-apa pun lepas ni sila jangan cuai lagi!! And kalau boleh pakai phone 3310 je.Haha! Tapi kita yang tengah ada phone ni silalah jaga elok-elok, jangan hilangkan or rosakkan. Teringat pulak kat Pinky B0o aku yang dah tak digunakan tu. Aku tetap sayang kau!!

So, bila dah nak dekat pukul 11 tu kitorang pon beredar untuk pergi mendaftar secara REAL! Yang tadi tu main-main je.Haha! Then, masing-masing pon selamatlah mendaftar.

Ok, lastly nak wish to all my classmate "selamat menempuh semester akhir!let's do our best!"

Oklar stop sini dulu. Bye! :)

Guess who??haha!

Tuesday, December 20

Anugerah Ilahi

"ya Allah, tanpa umi dan abahku tiada siapanya aku dimuka bumi ini."

Memang itulah ayat yang aku nak perkatakan dalam entry kali ni. Aku ni takde apanya tanpa umi dan abahku. Diorang dah membesarkan aku dalam keadaan sempurna. Bagi aku sangat sempurna. Sampailah aku dah masuk umur 20 tahun dan aku percaya untuk 20 tahun tu terlalu banyak penat lelah dan pengorbanan yang umi abah dah buat untuk aku. Terlalu banyak....

Aku sentiasa ingin menjadi anak yang baik dan solehah untuk umi dan abah. Tetapi aku ni ada keras kepalanya, ada malasnya, ada macam-macam kerenahnya. Tapi MasyaAllah, umi dan abah tetap bersabar dan sentiasa memberikan didikan yang terbaik untuk aku. Umi dan abah tak pernah berhenti dalam memberikan didikan agama, ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam membesarkan aku 7 beradik. Dalam masa 20 tahun ni aku tak pernah nampak sedikit pun kasih sayang mereka berkurang. Umi dan abah sentiasa memberikan dan memilih yang terbaik untuk aku dan adik beradik yang lain. Kalau nak diikutkan aku 7 beradik tidaklah hidup mewah, untuk mendapat apa yang dimahukan tidaklah semudah orang lain. Tapi Alhamdulillah, segala yang Allah beri kepada keluargaku semuanya cukup. Tidak pernah aku rasakan kekurangan walaupun sedikit. Semuanya berkat usaha umi dan abah dalam memenuhi segala keperluan kami adik beradik. Umi dan abah akan sedaya upaya memberi apa yang mereka mampu untuk anak-anaknya. Jadi siapalah aku untuk menafikan bahawa umi dan abah memang yang terbaik yang Allah berikan untuk aku. "Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bersyukur atas kurniaanMu ini ya Allah, aku tidak meminta lebih dariMu, cuma berilah aku peluang untuk membalas segala pengorbanan umi dan abah, berkatilah rezeki mereka, dan berkatilah umur umi dan abah ya Allah."

Impian aku selama ni biarlah aku dapat menjadi anak yang umi dan abah tidak pernah rasa sedikit kekesalan dalam membesarkan aku. Aku memang manusia biasa yang tidak pernah terlepas dalam melakukan kesilapan. Yang lalai dan kadang-kala terlepas pandang dengan anugerah yang Allah telah beri kepada aku ini. Untuk mengucapkan kata-kata maaf dan untuk ucapkan terima kasih memang tidak pernah cukup untuk segala kesilapan yang aku pernah buat dan pengorbanan yang umi dan abah buat untuk aku. Biarlah satu hari nanti aku dapat memberikan yang terbaik untuk umi dan abah atas izin Allah s.w.t.

Untuk ulang tahun perkahwinan umi dan abah, tahniah anah ucapkan atas ikatan yang terjalin selama 25 tahun ni. Bertahan selama 25 tahun ni memang bukannya mudah, tapi 25 tahun tular yang telah umi abah lalui bersama. Syukur Alhamdulillah. Anah doakan biarlah kasih sayang umi dan abah kekal sampai ke syurga. Ameen ya Rabbal 'alameen..

umi dan abah yang tercinta

love u abah! <3

sayang umi! <3


Family yang tersayang. Ni masa raya 2010.

p/s: menangis tatkala menulis entry kali ini sebab terkenangkan segala kenangan pahit dan manis selama hidup 20 tahun ni.

Monday, December 19

Finally..Hello Ipoh!! :)

Hari ni lepas bangun subuh tadi terus fikir nak abah hantar ke Ipoh ke nak bawak motor sendiri. Last-last aku decide nak bawak motor sendiri. Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah sewa yang baru. By the way, thanks for my little brother, Najmi @ Abam @ Bambam @ Adik and sewaktu dengannya sebab teman anah bawak motor sampai Ipoh. Love u larh!haha!

Sampai je rumah sewa yang baru ni tengok-tengok ada kereta myvi warna merah. Jeng!Jeng!Jeng! Dalam hati, "kete sape lak ni".. Bagi salam takde sesiapa pun yang jawab. Then aku terus lah call budak yang handle kunci hari ni. After budak atau namanya Syam tu bagi kunci aku pun masuklah rumah sewa yang baru ni. Tengok macam takda orang yang dah masuk lagi. So, agak curious jugaklah siapa pemilik myvi merah tu. Tapi tak kesahlah, masuk je rumah aku terus pergi bilik sebab nak cop katil, almari dan sebagainya. Lepas tu mulalah kemas-kemas sikit apa yang patot. Barang-barang aku tak sampai lagi, petang sikit baru abah hantar so takde barang nak kemas. Najmi pulak dah tidur, boring kot... Kesian jugak kat dia, tapi takpe kan dik..hihi. . Sekarang ni tunggu Anum pulak sampai, orang jauh so lambat lah jugak sampainya walaupun dah gerak dari pagi-pagi lagi. Oklar, nanti aku post entry lain pulak, nak pergi jenguk najmi kat atas tu.

p/s: hari ni anniversary umi dengan abah yang ke-25! Jubli Perak tuh...
so, nanti nak post entry yang khas untuk dioranglah! InsyaAllah..
i'm proud to be ur daughter umi and abah! love u both soooooo much! <3


Sunday, December 18

It's Sunday!! ~weee~

Hari ni last day dekat East Lake View Condominium. Lepas my brother Habib habis je program dia we all terus gerak pulang ke rumah yang tercinta, Tapah.huhu~

Apabila sunday namanya, itu bermakna habislah sudah cuti aku untuk kali ini. Esok mungkin pagi-pagi lagi dah berangkat ke Ipoh. Bawak motor sorang-sorang, bila boring tu membebel jugaklah aku sorang-sorang, kadang-kadang rasa cuak tu ada so istigfar lar aku sorang-sorang. Ni kali kedua aku bawak motor sorang-sorang dari Tapah ke Ipoh. Untuk gadis yang lemah lembut macam aku ni bawak motor sorang-sorang itu sangatlah 'scary'. Ofcourse its scary! Bila ada lori yang besar-besar, bas yang laju-laju lalu sebelah korang, boleh rasa beb gegarannya!! Bas dengan lori ni pulak memang takde perasaan kesian kat penunggang-penunggang motor macam aku ni. Haishh.. So, untuk pemandu-pemandu bas dan lori kebanyakannya 'please behave yourself', tunjukkanlah sifat-sifat kemanusiaan yang kamu ada. Kita masing-masing ada hala tuju kita so sama-samalah kita menghormati hak-hak pengguna jalan raya yang lain. Ok! :) I will behave myself too! Berharap selamat sampai ke Ipoh dan masuk ke rumah sewa yang baru!

Semester 6 ni aku dengan bestie aku Anum, and Fena, akan berpindah ke rumah sewa yang baru. Hari tu dah tengok rumah tu macam ok, then sebab dah tersepit tak tahu nak cari rumah yang lain kitorang pun setuju untuk stay kat rumah untuk semester 6 ni. Sewa rumah still sama MAHAL! Tapi apa-apa pun bersyukurlah sebab ada rumah sebagai tempat berlindung dan belajar. Selagi namanya pelajar buat jelar cara pelajar kan....hihi. So, esok ni nak tengok rumah semua, katil, almari dang sebagainya, kalau ada yang tak ok bolehlah bagitahu pak cik awal-awal. Hope esok semuanya berjalan dengan lancar, selasa ni kemas rumah, basuh apa yang sepatutnya and hari rabu boleh pergi mendaftar dengan senang hati.

Oklar dah nak beransur ni, jumpa lagi untuk next entry ok! :)

w.i.t.h l.o.v.e a.n.a

Saturday, December 17

~Wonderful Morning~



Morning All!!

Sangat bertuahlah yer kalau tuan empunye blog ni bangun 'early in the morning' dan excited nak tulis blog. Mungkin sekali dalam setahun!haha.. Well, sangatlah indah di pagi hari jika anda bangun dalam keadaan fresh, tiada masalah yang perlu difikir, tidak perlu bergegas ke tempat yang ingin dituju dan apa yang anda perlu lakukan duduk sambil tengok tv, lepak atas sofa dan 'have breakfast' dengan family tercinta.

Ok, tu semua kalau waktu pagilah kan. Tapi takkanla nak duduk lepak-lepak macam tu je sampai ke malam??? What a life.. and aku rasa pagi ni aku dah bangun dengan baiknya dan fikir apa yang perlu dibuat lepas ni. Takkanlah nak online 24 hours? Lekatkan mata dekat tv? Lepas ni for sure lah adik-adik aku akan pergi ke kolam renang. Then aku?? Kolam renang kat sini pulak banyak ragamnya, nak kena pakai baju mandi yang sepatutnyalah, selagi tak ketat tak sendat tak ikut bentuk badan tak boleh mandi. Lelaki ke perempuan ke sama. pheuwwwww... So, 1 aktiviti di kolam renang aku dah tak boleh buat. Aktiviti ke-2, jaga dan lihat adik-adik aku mandi. Oh no!! Lagi-lagi si budak kecik Amirah Sufiyah, hantu kolam renang. Yang lagi bosan 'terpaksa' tengok pak guard bangla dan sewaktu dengannya yang dok guard kat kolam renang uh. Kalau taruk kumpulan Suju ke jadi guard berjam-jam pon aku boleh tunggu. Haha!

Aktiviti seterusnya, diorang kata kat East Lake View ni ada gym yang free untuk penghuni kondo ni. So, aku nak jugaklah masuk gym tu dan pada masa yang sama nak rasalah macam mana orang ber'gym' haha! Tu kira berangan lah sebab semestinya aku malu nak lakukan tu semua. *sigh

Ni lar kondominium East Lake View, dekat Seri Kembangan. :)

Ok lar, apa-apa pun buatlah apa yang nak dibuat hari ni. Taruk segala stress dan masalah ke tepi dan 'enjoy your saturday!'.

p/s:: miss my pinky b0o... :(


Friday, December 16

Holiday!!Again and Again!!!

Ok, entry kali ni title dia macam excited pulak kan!hohoho! Aku takdela excited sangat pun cuma well ni kira holiday dengan family untuk akhir tahun 2011 ni. Next year hope dapat spent time more dengan keluarga tercinta ni.

So, dah dapat bercuti ni jom la kita rehat-rehatkan diri, manja-manjakan diri, dan buat apa yang patut. Almaklumla, isnin ni nak balik Ipoh dah. Bawak motor sendiri!!huhu..Hope semua berjalan dengan lancar. Then hari rabu bersamaan 21 Dec 2011 dah start mendaftar 'as final semester student'. Serious cuak plus takut nak masuk final semester. Haishhh..

Ok thats all for tonight. See u next time, sebab aku dah takde idea nak merapu apa. *sigh*
Daaa....

w.i.t.h l.o.v.e a.n.a

Thursday, December 15

New Look of My Blog!!!

Hye..
For sure la memang dah lama tak post entry apa-apa.Entah dah berhabuk dah bersarang labah-labah pon agaknya blog aku ni.hihi...memang rindu tahap tak ingat la nak tulis blog..tapi entah..kadang-kadang macam tak tahu nak tulis apa..kadang-kadang tu nak tulis tapi line pulak slow..kadang-kadang tu memang takde mood langsung..and kadang-kadang sibuk yang teramat..tapi dalam kadang-kadang tu habisla sudah semester 5 aku dekat PUO.

Semester 5 aku tamat dengan selamatnya..haha..means of 'selamat' tu no repeat subject..syukur Alhamdulillah..walaupun paper final sem hari tu sangatla mencabar jiwa dan raga..ada soalan tu langsung tak pernah tahu pon pasal apa..orang macam aku memang banyak excusenye..haha..tapi dah usaha walaupon usaha aku ni sentiasa tak cukup tapi alhamdulillah jugakla aku dapat kekalkan 3 pointer..tapi nak 3.5 above tu masih belum ada rezeki..aku rasa semester 5 ni lar aku mula faham dengan subjek-subjek yang aku belajar..

Kalau korang nak tawu masa semester 1 aku memang rasa macam budak tadika la..tiba-tiba je belajar pasal komputer..aku ni dah la buta IT..satu hape pon tak tawu..yang classmate aku ni pulak mostly ambil subjek komputer masa SPM..so tu satu kelebihan diorangla..bila lecturer tanya memang diorang dapat jawabla..yang aku ni ternganga-nganga tak tahu apa-apa..pelik macam mana diorang boleh tahu..and pelik kenapa lecturer ignore orang yang tak tahu macam aku ni..ambil mudah consider semua pelajar dia tahu..memang kesianla kat aku..tapi aku tak putus asa beb..tak dapat nak catch up semua aku pon belajar la mana yang aku tahu..sikit-sikit ilmu aku bertambah..alhamdulillah..and final semester 1 memang meletup-letupla result diorang..tapi bukan aku..aku punya result cuma bernasib baik..tak teruk sangat..then aku capai azam lagi nak buat lagi bagus dari semester 1..

ni pic masa semester 2..muka 18 tahun..haha

Tapikan semester 2 aku masih lagi terkejar-kejar..yelar yang lain subjek semester 1 memang dah dalam tangan diorang..yang aku ni nak genggam pon tak lepas lagi..tapi alhamdulillah pointer aku naik..sangat menggembirakan..then aku tanam azam lagi nak buat lebih baik untuk semester 3..kali ni usaha lebih lagi..and Alhamdulillah pointer aku naik lagi..aku memang happy sangat..biarlah aku tak sehebat orang lain..tapi aku tahu usaha aku..then semester 4 aku praktikal..banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat..skill-skill kerja pon aku dapat..Alhamdulillah..walaupun penat tu memang tak payah ceritala..eh aku dah ceritala dekat entry-entry yang lepas..
ni pulak masa semester 3..makin cun kan masing-masing!!haha..maklumla da meningkat ke 19 tahun.

ni time praktikal..muka orang berkerjaya..haha..dengan housemate baru yang memang best!

Then, semester 5 lagi kuatlah aku berusaha sebab subjek semester 5 ni bukan sebarang subjek..ada subjek kalau fail boleh buat kita merana seumur hidup kat poli..Alhamdulillah aku lepas semua subjek tu..result aku dengan semua classmate aku takdela memberangsangkan macam semester sebelum ni..tapi untuk aku..aku dah bersyukur sangat sebab lulus dan dapat kekalkan 3 pointer tu..pada aku kadang-kadang kita rasa usaha kita dah cukup..tapi sebenarnya banyak lagi usaha yang kita kena buat..

last pic muka time semester 5..no longer 'cun' tp vouge okeh..haha..umur da masuk 20 an..and banyak kenangan manis time ni.. :)

So, aku nak tanam azam yang lebih lagi untuk habiskan final semester..insyaAllah..usaha lebih lagi..hope aku habis diploma dekat PUO ni dengan jayanya..ameen..dan aku pasti alam pekerjaan mungkin lebih sukar dari menuntut ilmu..

Ok..memang dah banyak pulak la aku bercerita rasanya..stop kat sini dulu la..nanti rajin-rajin aku post entry lagi keyh..pada yang membaca entry ni doakanla kejayaan aku keyh..dunia dan akhirat..insyaAllah..hope korang pon tak pernah putus asa dan sentiasa berusaha untuk capai impian korang..ameen..


p/s:: eh sebenarnya aku nak cerita new look of my blogla..haha..why must be pink??haha..ak pon tak paham..cari-cari ni yang aku berkenan..janji tenang je aku tengok blog aku ni..hehe..satu malam jugakla aku dok edit blog aku ni..akhirnya siap jugak new look and beberapa pertambahan yang aku buat..ok bye! :)

Thursday, September 15

After Love

okeyh..lagu ni aku terjumpe time aku tengah leka membace blog2 yang aku follow...
bila aku tengok lirik..wuyooo...dahsyatnya la cinta ni...and aku rase ada kena mengena dengan empunya blog tu...so aku pon nak la dengar lagu dia sedahsyat lirik tak...apa lagi youtube la kan...and tak menghampakan..layan jugakla lagu korea ni...sebab tahu lirik kot...
so layan jelar...pada yang tengah sakit hati tu layan lagu ni memang lagi feel larh sakit hati tu...nasihat aku untuk korang tak yah la nak kecewa ke merana ke berduka ke rasa nak bunuh diri ke kalau putus cinta...tu semua lumrah dunia beb...nangis sikit2 dah la...lepas tu buat macam biasa..go on jelar dengan hidup korang...banyak lagi benda yang nak kene pikir...
tapikan korang mesti ada admire someonekan..haha...aku bukan nak cakap aku ada admire someone..tapi aku nak cakap..aku suka lelaki yang cool je...tak banyak cakap..tak yah nak jiwang2..tapi dengan cara dia layan kita tu kita leyh rasa feeling2....hohohoho..
menyampah lak entry aku kali ni...kalau orang tua2 baca mesti meluat...haha..tapi nak buat macam mana..jiwa remaja..diorang dulu pon pernah rasakan benda2 ni..benda2 nilar yang mengajar kita erti kehidupan....so bagila peluang...
banyak sangat merepek heh...kita layan jelar lagu ni keyh.. :)


p/s: thanks kepada orang2 yang sayang saya <3

Sunday, August 21

Me a chef???

Happy Sunday all.. :)
Hari ni tiba-tiba nak buat entry pasal memasak..
apa-apa pon aku nak buat pengakuanlah yang aku memang belum pandai masak..coming soon..tapi actually aku minat bab masak memasak ni..cuma belum masanya kot..
aku selalu je stalk blog and fb orang yang arif tentang food and beverages ni..suke sangat tengok pic2 yang diorang snap after diorang cooking or baking..puas sangatkan??
agak-agaknya bila la agaknya Raihanah Binti Zaid ni nak jadi chef untuk family dia..
jawapan aku senang je..tunggu aku berduit nanti bolehla beli barang-barang sendiri and MASAK!
tanpa menyusahkan orang lain..lagipon sekarang ni nak resepi kita boleh google je..berlambak-lambak resepi keluar..tapi kalau nak sekarang memang tak la..nak masak tapi nak orang lain yang sediakan bahan2..macam tak patutkan..
Actually memangla sangat menyedihkan bila orang tanya sama ada kita tahu masak ke tak..and jawapannya TAK..pada aku tu depends pada individu tu sendiri..ada orang dia masak sebab minat...ada orang sebab mak dia dah ajar dari kecik lagi..ada orang memang tak minat langsung..yang orang macam aku pulak??haha...senyum jelar..takpe2 nanti aku belaja keyh..masak??senang je..hahaha..ramai je orang yang tahu masak takkan lah aku tak kan...so antara salah satu impian aku adalah menjadi chef for myself and for people around me..sebab makan sorang2 bukannya sedap pon..
so untuk korang yang baca entry ni doakan la aku ni berjaya jadi chef..kenapa CHEF??hello...chef dengan orang yang tahu masak berbeza okeh...bagi aku chef tu pandai masak and pandai decorate masakan dia..menjadikan makanan nampak lebih menarik dan enak..chewahhh...
entry kali ni aku nak tunjuk antara masakan-masakan yang aku teringin sangat nak belajar..

Yang pertama:
Cheesecake..weehhooo..yimmy..memang heavenla kan kalau pandai baking cheesecake..sedapnya...really love it..nak!!! <3

Yang kedua:
Lasagna!!yes lasagna..fevret garfield tu..hahaha...maybe aku ni peminat cheese..thats whyla aku teringin nak belajar buat lasagna ni..and aku nampak ramai je orang yang dah berjaya masak lasagna...so one of my dream.. yimmyyyy!! <3
And yang last:
Sambal udang petai..haha..ada reasonnya kenapa aku kena pandai masak lauk ni..bagi aku bukan kena pandai masak je..tapi kene expert...so doakan jelar aku expert masak memasak ni okeh.. <3

ok..tular entry aku hari ni..memang impian aku sangat-sangat nak teror bab masak memasak ni..mintak-mintakla menjadikan..nak taruk gambar banyak2 kena ingat bulan ni bulan ramadhan...karang meleleh air liur tengok...kurang pahala puasa..haha..oklar..jari pon macam nak rehat je kan..so aku stop sini keyh..ada idea lagi aku taip lagi keyh...
Assalamualaikum~ :)





Saturday, August 20

Celebrate birthday Umi, Habib and me on July..Superb!!

After sekian lama aku tak menulis dekat blog ni..now aku nak story about birthday aku yang ke-20..tak sangka pejam celik pejam celik dah 20 dah umur aku. No more 'belasan tahun' haha..
By the way tak sangka balik rumah hari tu all my siblings ada kat rumah..susah jugak nak kumpul semua orang..so umi masak special la hari tu..kebetulan nenek aku yang dekat selangor pon ada jugak so meriahlah rumah aku kat Tapah tu..chewahh..
As usual la kan, aku akan snap pic untuk tatapan aku and kenang kenangan..so lets take a look guys!!
Million thanks to my sis Ayong for the cake..much love <3 <3 <3

Big family..ops sis Ayong tiada dalam gambar..dia yang snap pic neh. :D

Umi with her favourite cake..she's really love it.. <3


Abah with his big smile. Najmi aku tawu dia dah tak sabar nak aummmm..haha


Sesi suap menyuap..abah yang terlebih nganga..hahaha

Umi with her first daughter 'Ayong'


Umi with her first son. Oh forgotting my brother ni also birthday boy hari tu.

and its me!!haha..shaky sikit tapi takpelah..by the way beza tarikh kitorang 3 hari je..so celebrate sekali la kan.

my first younger brother..Hannan..ok dia memang tinggi and pic ne buktinya..haha

My first younger sister Najwa. dia memang macam tu..haha.. :D

My youngest brother Najmi..memang kuat nangis..tapi kacau orang nombor satu epecially Sufiyah mangsa kekacauan..haha :)

My youngest sister Baby aka adik aka Sufiyah..mula2 dia moody sikit malam ni tapi last2 ok jugak nak tiup lilin punya pasal..haha.. <3

Ni my nenek dari selangor..with her daughter..my umi..sangat lovely kan..haha

Special pic for my bro..dia kata dah 22 tahun ni baru nak rasa feel tiup lilin..see his face u know how the feeling right???haha

Special coctail for my family made by myself with kasih sayang..tu yang jadi sedap..kan3???haha

so tular pic2 yang aku dah selit untuk entry kali ni..memang meriah and sangat happening bile family aku semuanya ada..sebab adik beradik aku semuanya perantauan except yang dua orang budak kecik tadi..apa-apa pon aku memang sayang family aku..sama macam korang sayang family korang.. :)

apa-apa aku tulis lain la okey..daaa...nak pergi berbuka puasa dengan girls2 aku kat rumah ni..jom semua!! Assalamualaikum.

Wednesday, June 22

SeNgaL di pAgI-pAgI bUtA.. :)

Selamat pagi buta korang..okey buat pertama kalinya aku sengal dengan my bestie anum di pagi-pagi buta..actually aku tengah buat report...untuk menghilangkan bosan aku pon borakla dengan anum..macam-macam yang kitorang borakkan..then,sambil-sambil tu aku bukak twitter aku yang dah berhabuk tu..reason aku tak bertweet2 ni sebab tak reti gune..haha..so aku pon try la gune..ajakla anum sekali..dia pon 2 x 5 je dengan aku..

tapi..kitorang dah pandai guna dah sekarang ni..siap design2 lagi..haha..oklar aku rase mcm dah merepek banyak dah pagi2 ni..jomlar masuk tido...hope korang dapat mimpi yang indah dan manis.. :D bye semua..

ni twitter aku..haha..agak2 nak bertweet2 dengan aku jum ler.. :)

ni pulak twitter anum..jumla join tweet dengan kitorang.. :D

Friday, June 17

Hey!!i gOt My 'P'!!!

Guess what...hahaha...finally hari ni aku lulus test JPJ untuk lesen motor aku...
setelah bertungkus lumus...yelar dari bulan sebelas tahun lepas aku buat lesen..tahun ni bulan 6 baru aku dapat..sengal je kan...haha

tapi aku lambat ni bukan sebab aku fail ke hape..'mase' tu takde..tengah praktikal bukan senang nak amek cuti...adelar jugak aku mintak cuti untuk buat lesen ni..tapi bile dah dapat susah pulak aku nak pergi buat sebab transport pulak takde kat rumah..nak naek bas..huh..pengalaman pahit sungguh...sebab ari tu aku tunggula bas kat depan kampung aku ni..dah melambai2 aku dekat bas tu..boleyh pulak dye laju terus je xbehenti..perghhh..dengan perasaan yang agak bengang memang aku ingatla muke pakcik bawak bas uh...last2..aku pikir habeskan lesen ni lepas habes praktikal..and Alhamdulillah..aku lulus jugak tanpe perlu ulang ..semuanye telah dipermudahkan Allah untuk aku..



so,nak ceritela pengalaman aku hari ni..pagi tadi aku dah terjage mase azan subuh..try2 la nak lelap balik..tak boleh..aduh..last2 aku ingat balik step2 nak buat untuk lesen ni..punyela nervouskan..so aku pon ingatla dalam kepale tuh..sebab tak boleyh tido balik..mase umi kejutkan adik aku pergi sekolah aku buat2 la tido..padahal tengah pikir pasal test JPJ..punyela cuak..memangla cuak sebab aku tak nak ulang..mane nak cekau duit kalau kene ulang..yang paling risau aku takut jatuh titi..yelar mule2 lagi kalau jatuh terus fail..tak nak lah aku..

then nak pergi buat lesen tu aku doala supaye Allah permudahkan urusan aku..aku pon pergila tempat lesen tu bertemankan mr.AGS..dalam hati dup dap dup dap la jugak..dekat sane aku pon tunggu giliran..nombor bertuah hari ni '31'..kalau korang tengok motor dekat tempat lesen ni kalau diorang jual half price pon korang tak nak kot..adelar 2 motor yang elok sikit..so aku pon doa2 la dapt moto yang terbaik untuk aku bawak hari ni..nasib aku baek aku dapatla motor yang elok ni..memang happy la kan..sebab bab motor Allah dah permudahkan untuk aku...tinggal aku je nak buat elok2..sampai giliran aku pon bawakla...bahagian titi 'lepas'..bahagian kon pon 'lepas'..tang brek kecemasan??.....jeng jeng jeng..penguji JPJ tu cakap "Alahai..."hahaha..aku pon kekek2 gelak..sebab aku pon tawu aku punye brek kecemasan tu macam nak pergi pasar..haha..then dye mintak buat lagi sekali..fuhhh naseb baek ade second chance..dah dapat second chance ape lagi..aku pon buatla sehabes baek..memang terbaekk la kan aku buat..baru orang JPJ tu tawu..haha..then terusla ke bahagian 3..bahagian 3 bab selekoh maut tu memang aku tak risau sangat..sebab aku kan teror..haha..saje nak puji diri sendiri..then lepas la semua..Alhamdulillah..



penutup hari ni..aku nak ingatkan diri aku sendiri and korang semua..dah dapat lesen tu bukan sbg 'greenlight' untuk kite merayau tak tentu hala or bawak moto laju2 kat jalan raya..gunakanlah kemudahan yang kite ade tu sebaiknye..jangan bawak laju2..aku kalau bab laju ni gerun sikit..takot kalau terjatuh..kalau jatuh tak sakit memang ajaibla kan..tapi kalau sakit memang tak ingatla..tak nak lah sakit2 ni..so,bile bawak moto tu always careful okey...tunggang moto dengan cermat...kalau teror sekali pun bawak moto tu..condition jalan raya tu kadang2 macam permukaan bulan..silap sikit je tak pasal2 memang boleh terjatuhkan..tapi mintak dijauhkanlah ye..

oklar..banyak pulak tulis hari ni..penat nak membace..ape2 pon mane yang baik tu kite ikotla..yang tak baik tu jauhilah..always jage diri elok2... senyum lah selalu..sebab dengan senyum tu boleh membuatkan kite lebih comel..haha..ok wassalam.. =)


Thursday, June 16

iNi BloG sAye..

hahaha...memang la ni blog aku pon..saje je nak taruk tajuk macam tu...
actually aku ni sukela nak bagi blog aku semakin hari semakin cun..
supaye sedap mate memandang..sedapla jugak mate ni nak membaca ape yang aku tulis...

so,as a result aku semakin berpuas hati dengan keadaan blog aku ni...and aku akan lebeyh concentrate dekat blog aku neh....if korang ade sebarang komen or cadangan..tak kesahla ape jua...just tell me okeh...

akan datang aku akan tulis macam2 lagi and post macam2 lagi dekat blog ni..pade korang yang sudi membace blog ni..tq very much..

w.i.t.h.l.o.v.e.a.n.a

Friday, June 3

AISHITERU ( Menunggu )-by ZIVILIA BAND

Hurmm..mesti ramai yang dah tahu lagu ni..aku jelar yang sikit tertinggal..first aku dengar lagu ni mase tertengok cerita indon dekat astro ria 'Cinta Melody'..punyela terfikir2 apela tajuk lagu cerita ni agaknye..then adelar nampak member2 kat fb post lagu 'Aishiteru' ni...tak pulak terfikir nak dengar..sebab macam poyo je kan tajuk die..pastu dah lame2 tu tergerak hati nak dengar lagu yang diorang kate suke2 ni..sekali lagu yang aku dok carik2 selame ni..haishhh...
Then dah dapat lagu nak la cari lirik dye..buat karok sorang2..ngeh3..ape2 pon lirik dye memang kene sangatla dengan situasi aku sekarang ni..hurm...tapi tak kesahla tu kan..biasela ade orang suke kaitkan perasaan or show diorang punye feeling melalui lagu..ikut kreativiti masing2la..ape2 pon aku memang suke bab nyanyi2 ni..nyanyi sorang2 cukup la kan..sebab suare pon tak berapa nak hade..haha..korang pon mesti ade lagu2 yang korang suke..so enjoy your music okay...tapi janganla sampai tak ingat dunia pulak..okey dah banyak merepek dah ni..actually aku nak menulis tentang lain..tapi takde mood..so aku tulislah pasal lagu ni..sekarang ni pon tengah dengar lagu..perghh..layan..
So aku adelar sikit buah tangan untuk korang..lirik and lagu 'aishiteru'..layan la ye...



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

p/s..tq ye pada yang sudi luangkan masa untuk singgah ke blog ni...aku ade nak story kat korang mase aku tengah cuti sem ni..tapi tular line kureng..nak story pon mood kureng..ngeh3.. :)

Thursday, May 12

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Meriah sungguh bila tengok kat Facebook bila masing2 berlumba2 wish Hepi Mothers Day..'Umi','Mak','Ibu','Mummy','Mama' and yang sewaktu dengannya..insan ni la yang telah bersusah payah untuk membesarkan kita..penuhi segala kemahuan and keperluan kita..semuanya sebab nak tengok kita ni berjaya di dunia dan juga di akhirat..masing2 ade great moms dalam hidup korang kan..bagi kita ibu kitalah yang terbaik dalam dunia..

Macam tu lah jugak aku..insan yang cukup istimewa..'umi'..Norazlina Yahaya ..actually tak reti sangat nak cerita about mak sendiri dalam blog neh..ape-ape pon umi memang superb..wanita yang tak pernah putus asa membesarkan 7 orang anak..lagi2 dengan anak yang degil macam aku ni....nak ucapkan terima kasih tu memang tak cukuplah nak dibandingkan dengan segala pengorbanan and kasih sayang yang umi beri..ape2 pon thanks sebab selalu mendoakan kami adik beradik.."anah sayang umi sangat2"..
So, show time..antara pic2 yang diambil mase hari ahad hari tu 8 Mei 2011..
enjoy keh..
umi dapat hadiah from my sister Ayong..huhu..lawa2..feewwwiittt...

yeah..time to posing with her new bag..and budak kecik yang suke menyibuk..

rupe kek chocolate moist umi sebelum taruk chocolate topping atas kek ni..

chocolate topping yang sedang dimasak..

nilar die rupe kek chocolate moise umi yang telah siap dihias...maafla ye tangkap dalam loyang yang begitu..sebab kami2 je yang nak makan..hihi..rase memang terbaekkk...xdapat woo kat kedai..

untuk melihat lebih dekat lagi ye..pencinta coklat pasti gemarkannya..

huhu..oklar..da macam gambar cara2 untuk buat kek la pulak kan..ape2 pon..memang sedap kek yang umi buat..air tangan umi memang xboleh lawan la..suppose aku la kan yang masakkan untuk umi..tapi tular..tunggu belajar memasak dulu..hehe..

oklar..times up..erm..nanti bile free aku menulis lagi ye dekat sini...hope penulisan aku semakin baik and terus baik...



w i t h l o v e a.n.a

Wednesday, May 4

We laugh, We cry, We angry that was memory..

Latihan Industri..bagi aku banyak sangat kenangan and pengalaman yang aku dapat selama tempoh li dekat SNS Network..jaga Warranty ataupon lebih dikenali RMA..ape tu??korang cari la kat GOOGLE keyh..banyak gelak tawa..air mata..kemarahan..pemberontakan..penat..ketidak puasan hati..macam2 feeling ade..tapi akhirnya habis jugak..tapi benda yang bernilai aku dapat selain pengalaman adalah 'kawan'..

Selama tempoh li ni aku dapatlah kenal beberapa orana kawan ni..diorang memang terbaik..tak kiralah baru kenal or yang dah lame kenal..thanks sangat2 sebab always ade kat aku..sampailah hari last..serius..sebab hari last motor aku ngan fena kene pancit dengan hamba Allah yang mungkin cemburu dengan kecantikan kami..hak2..ayat tak boley blar kan..tapi nak buat ape lagi kan..terima jelar..la ni aku nak kenal kan kat korang 'kawan' yang aku dok sebut2 dari tadi..

Aku mulakan dengan Nur Fazliana Azmi @ Fena @ Kak Yang..dia ni bestie aku..lame jugak la kitorang kenal..setahun lebey kot..aku paling nak ucap terima kasih kat die sebab banyak bersabar dengan aku and banyak tolong aku..even macam2 yang berlaku..tapi kalau dah namenye kawan..gaduh tu kire asam garamla kan..ape2 pon aku nak kau tawu yang aku memang sayang kat kau..satu je ubahlah sikit habit ko yang kuat melatah uh..gantikan dengan word lain keh..and lagi 1 jangan cepat menggelabah..belajar relax keh..hope kite dapat jadi bestie forever..best of luck to u!! <3 ni die antare pic2 yang ade dengan aku..banyak lagi tapi ni je yang mampu nak tayang..hihi.. :)


Ok habis cerite pasal fena..Now aku nak kenalkan kat korang 'orang baru' dalam hidup aku..haha..Name die Ahmad Fuad Rashid @ Fuad @ Ad (name manje mak die bagi).. die ni trainee kat company SNS ni..student UTM Skudai..Fuad ni mule2 kitorang kenal pendiam sangat2..tapi lame2 dah kenal kecoh jugak mamat ni..bertempatla..die ni pon banyak sangat tolong aku..he's bring me happiness..hak2..tak boleh cakap lebih2 la kan..karang die bangga..nanti ade rezeki aku perkenalkan die kat korang personally keyh..kat bawah ni aku nak tayang kat korang rupe mamat name fuad neh..eh cop...aku pon nak cakap kat die yang aku pon 'sayang' die jugak..hehe..



And now member yang aku dah kenal kat PUO tapi sekadar kenal je..Tak sangka pulak boleh li same2 dengan budak ni..name die Muhammad Faiz Zainal @ faiz @ paez..nak add die kat fb ni ha name die Faiz Zainal..die ni suke buat muke comey..so memang seronokla kalau dapat ngusik die..memang gelak jelar kalau dengan paez neh..to paez..aku hope ko berjaye dunia akhirat..thanks sebab jadi kawan yang baik untuk aku..sayang kau larh!


Sekarang ni aku nak tunjuk kat korang gambar2 pekerja kat SNS Network ni..rasenye tak perlulah nak cerita sangat kan..sebab korang bukan kenal pon..tapi aku puji care diorang ni berkerja..takde perkataan 'MALAS'..semua mesti siap tak kire ape pon lar..tapi yang kesian kat kitorang nilar as trainee..kerja same macam permanent..penat wooo...so korang tengokla eh cuci2 mate gambar yang aku nak tunjuk neh..

Aku cerita sikitla kan..hihi..yang 3 gambar atas tuh..(Jia Hwei,Cathy,Serrah)3 ah moy yang jaga inventory..memang bestla kalau dapat berborak dengan diorang nih..pic bawah diorang tu pulak yang jaga production..Ah Leong trainer Fena..and seblah tu pulak Yoke Theng (first2 kenal die nih pergh memang geram betul.susah giler nak senyum.tapi tak lame die ok dgn kitorang and da start senyum.tengokla siap boleh pose lagi kan..)then sebelah tu mesin thumbprint.(saje nak tunjuk) seterusnya yang kunun2 nak tumbuk aku tuh Nixon name die..team Network..sangat 'poyo' orangnye..fasih cakap melayu..and jejaka yang bawah tu pulak Roy nama die..die ni lar yang jage faiz dgn fuad..and pic yang besar tu lar pemilik RMA..trainer aku..Miss Kong..seronok kerja bawah die..suke maen2 dgn die..tapi kalau die tengah baran or nak nanges aku lari belakang dulu dekat faiz and fuad..hihi..ape2 pon thanks all..ade lagilar pic yang aku nak tunjuk kat korang..pekerja2 SNS yang laen..


yang ni pulak antara pekerja yang lain kat situ..semuanya ok and kire tak de hal la..ade jugak antara pekerja2 yang agak rapat dengan tapi tak sempat nak pose dengan diorang..so thanksla sebab sudi cuci2 mate dengan aku..

Tapi kalau korang nak tawu ade lagi 1 kawan yang memang sentiase contact aku mase li nih.. Marhanum Mohamed @ anum @ mar name die..thanks anum..rindu sangat kat kau..thanks sangat2 sebab sudi same2 share story dengan aku..sayang mar!!haha..sorila takde gambar baru dgn anum..sebab die li kat kelantan..ni je yang mampu..enjoy ya..




Ade satu lagi benda yang aku belajar mase li nih..pade aku setiap orang akan pentingkan family die dulu.."family first"..same goes to me..tapi even family first kalau kite jauh..kawanla yang akan ade dengan kite tak kirela susah or senang..takde konsep 'kawan tu bile senang je..bile susah diorang bukan ade'..hope aku takdela kawan yang amalkan konsep ni..

Last but not least..aku nak mintak maaf pade semua..aku ni manusia biasa yang kadang2 tak tawu mane salah aku..thanks sebab aku sentiase dapat kawan yang baek macam korang..ramai kawan2 aku ni kalau nak cerite sorang2 sampai tahun depan pon tak habiskan..oklar..nanti aku cerita pulak tentang housemate aku selama sem 4 nih..have a good day keyh..Wassalam.. :)





Tuesday, May 3

Ini Permulaannya


Huhu, agak poyo tajuk untuk penulisan yang pertama aku kat blog sEnyUmaN kAmU dAn aKu ni. Apa-apa pun memang inilah permulaannya setelah buat pertama kali aku mencuba untuk menulis blog p0y0 vs slUmBeR!! yang sememangnya terlalu 'childish' dan agak 'jiwang'. Tapi apa-apa pun aku sememangnya masih belajar dan akan terus belajar untuk menjadikan penulisanku lebih baik dan semakin baik.

Actually dah agak lama aku nak tulis kat blog
sEnyUmaN kAmU dAn aKu ni tapi aku agak sibuk dan kekurangan masa untuk menghadap blog ni diatas sebab-sebab yang tertentu. By the way aku nak bagitawu yang aku habis LI..finally... Perasaannye macam korang dah lama tak tidur and perlukan tidur sangat-sangat and akhirnya korang dapat tidur yang sangat cukup..wahhh!!

Last but not least, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat dekat semua orang yang sentiasa ada dengan aku tak kire susah or senang..Korang memang terbaekkk..nanti bila ade mase lagi aku akan upload gambar-gambar kat blog ni and akan start bercerite.. Sebab aku tawu bebel banyak-banyak pon bukan korang nak baca..kan??? huhu..
Oklar..Wassalam and have a nice day!!